Salam

Hari ini hari kedua berpuasa InsyaAllah. Jannah turut memeriahkan sahur dengan menyanyi dan menjerit dengan lantang. Bukan menangis tapi menyanyi. Lepas Subuh hari ini dan kemarin memang saaaaangat mengantuk. Solat subuh sampai menguap-nguap dan waktu taip menguap nipun aku sedang menguap juga.

Kemarin puasa ingatkan tidak sampai. Sebab tahulah selalu baca pasal ibu menyusukan anak ini kurang air. Walau bagaimanapun ada juga sesetengah pendapat berbeza daripada pendapat ini. Jalan selamat adalah dengan mencubanya. Sebelum ini masa Juan dan Jajang aku tengah berpantang dan masa bayar puasa pun diaorang tidak lagi menyusu badan. Masa Jannah pula tahun lepas keadaanku agak teruk ya tuan puan, siapa yang mengikuti blog aku dari tahun lepas memang sengal baca keluhan luahan aku masa itu. Huaaa

 

Hari ini Juan nangis pagi-pagi mengadu kepalanya sakit. Bila aku rasa ada benjol di dahi sebelah kiri. Abahnya cakap petang lepas kerja bawa pergi klinik sebab dia kerja, Juan tidak payah ke sekolah. Aku kata kalau jadi apa-apa sama Juan nyesal tidak berguna kalau mahu tunggu sampai petang sebab pagi subuh tadi nangis macam teruk betul.

 

Tapi tahukah kamurang apa dia buat sekarang?….

Dia main game, dia main ultraman, dia main kejar-kejar dengan Jajang. Baguslah, aku tambahkan lagi beban kerja di pejabat AbahJnJnJ sebab tidak bekerja hari ini.

Petang ini mungkin goreng popia berinti saja. Lamanya sudah popia tu dalam peti sejuk entah baik kah lagi atau tidak. Untuk makan malam tidak pasti lagi menu apa, kalau masa mengantuk, haus dan lapar otak amat tepu ya tuan puan….

Sebelum berpisah, aku paparkan ini untuk kenangan blog wp DSCK:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sorry, nda dapat upload…line macam lampir yaa….lain kali saja,

 

Sekian

 

 

kami orang kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s