Salam

Hai Blog!

(updated)

Nampaknya sejak-sejak puasa ini emosi aku makin menjadi-jadi tidak stabilnya. Aku terbawa-bawa oleh perasaan yang entah dari mana punca asalnya, melarat sampaikan aku rasa aku jadi pendendam. Bagaikan beban amarah itu setiap petang aku belai-belai hingga aku tewas dalam kebodohanku sendiri memanjakan kemarahan. Padahal syaitan iblis sudah dirantai. Jadi makanya inilah diriku yang sebenar penuh dengan kebencian. Astaghfirullahaladzim!

Aku taip dan blogkan ini untuk mengingati diriku sendiri bahawa betapa ruginya aku selama 3 hari berturut-turut berperasaan sebegini. Aku harap sangat besok lusa InsyaAllah, perasaan ini akan tenang. Aku akan berusaha.

Baiklah! Sambung cerita yang agak-agak gembira sedikit. Tadi berklinik dengan Jannah. Beratnya mencecah 6kg pada usia 5 bulan. Alhamdulillah. Aku tidak sempat mewawancara nurse-nurse bertugas disebabkan bilangan ibu-ibu yang datang agak ramai di Dewan Telipok. Jannah bersuntik juga tadi dan menangis kuat tetapi sebentar saja. Anak mama kuat kan Jannah? heee. Beratku juga bertambah dan ini sangat merisaukan diriku. Sedangkan sepatutnya pada masa puasa ini berat patut berkurang, cumanya air yang aku minum hari-hari dalam 1.5liter x 2. Kalau makan pun ala kadar macam pengambilan seharian menu juga. Tidak mengapalah, yang penting Jannah dapat susu yang cukup untuknya. Aku anggap saja mesin timbang berat yang  bukan digital itu tidak benar kiraannya.

Biasalah mesti ada gambar. Kenangan Jannah berklinik pertama kali dalam Dewan Telipok Ria. Ada 4-5 gambar. Masalah line lagi terpaksa reserve saja untuk gambar yang lain. Muahahaa

Sarung saja tudung syria, nda sempat berlilit2 pashmina bagai ngkauuu

Posing jangan nda posing Jannah!

Ni Lagik

Anduuu ba...kesian anak mama...

Inilah mesin penimbang berat bukan digital yang cuba menipu aku tu

Golongan ibu-ibu yang datang..ramai jugalah

Dewan Telipok Ria

Sekian

Kami orang kampungan

P/s hei esok petang balik kampung. Masih memikir-mikir nama apa sesuai untuk domain….mmmmmmm….cari dalam mimpi bolehkah??? ceh kemarin kata mintak sehari lagi masa. Maaf amirul, line masih tidak mesra masa ini. Jangan tarik balik hadiah domain tu yaaa..hehee

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

10 responses »

  1. c rina ba ni berkata:

    dewan telipok ria? ertinya misi2 itu datang sana ka? ndak jauh dari rumah la tu?
    mengenai kemarahan mu itu, aku juga alaminya pada hari turn kami buat moreh. mak aku marah, aku naik marah, bapa ku pun ikut marah. deii…ujung2 moreh tersedia dengan jayanya hehe…dan…dan…dan….sadap!
    itu penting… : D

    • anangsue berkata:

      iya..so skrg nda pyh lg berklinik di kkia tuaran..duran dtag sini, nda jauh turun tangga limpassatu blok bangunan sampai sudah hihii..

      iya kan masa2 bulan mulia ini memang tercabar jak sabar tu adehhh..

      ala jadi juga moreh kamu ?

      • c rina ba ni berkata:

        jadi. antara rojak dan kuih, nasi lemak pula yang jadi campur air kupi. lain dirancang lain yang jadi. cuma sudu yang tertinggal… : D

      • anangsue berkata:

        alaaa kasihan..nda pa next year umur pnjg ketemu ramadhan balik harap2 semuanya ok kan hihi

  2. Alfisah Sabri berkata:

    aku masih cari mana shout mu yg aritu?!, d sini kah or d blog lain?

  3. puanbee berkata:

    hehe sue , sip reserved tuk gambar tk pernah di buat org..sabar byk2 lah sue ..dugaan bulan pose ni .. nafsu kita je kdang2 melebih2 ..

    • anangsue berkata:

      iya pn bee.. inilah problem upload gmbr kalu time tidak baik adeh..

      iya pn bee time sabtuahad oklah rasanya sbb abah jnjnj ada so kepenatan tu dikongsi bersama hehee

  4. puanbee berkata:

    heeh baru leh tengok semua gambar wee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s