Salam

Hai Blog!

Oklah tu banyak tajuk. Nanti tangguh-tangguh macam hal boleh jadi. Charger rosaklah, usb phone cikai ni putuslah, line tidak baguslah dan macam-macam lagi. Jadi keputusan untuk buat tajuk 3 dalam 1 adalah keputusan yang paling tepat.

Ramadhan ke- 7

Hari ini sudah masuk hari ke-7 umat Islam seluruh dunia berpuasa.  Alhamdulillah masuk hari ini keberanganku terhadap macam-macam perkara sudah dapat dikendurkan juga. Jika tidak kerana solat yang  tenang, puasa yang benar-benar puasa dan bibir serta hati tidak lekang daripada zikrullah mungkin aku akan tewas lagi dalam peperanganku menentang kemarahanku sendiri. InsyaAllah. Tapi kan, aku akui selagi Jannah belum tidur atau dapat bertenang main-main bantal gulingnya atau Jajang tidak menyusu atau tidak menghadap kartun, aku tidak akan dapat solat tanpa mendengar tangisan dan hati sentiasa teringat kalaulah Jajang pergi gomol adiknya itu masa aku solat, nescaya terberhentilah aku. Makanya masa solat kena tutup pintu dan Jajang asyik dengan kartun di ruang tamu barulah dapat solat dengan tenang.

Seriuslah kan MamaJnJnJ, apa bah yang bikin kau meradang ni hari-hari???

Haha!

Pertanyaan itu aku tidak dapat jawab dengan sejujurnya. Sebelah sisiku bagitahu, TERUS TERANG. Sebelah sisiku lagi kata BAIK RAHSIAKAN. Dan lebih banyak dorongan untuk merahsiakannya. Bukan semua pun boleh dikongsi melalui laman sosial, atau tempat bersosial bukan?

Jadi untuk mengelakkan berlakunya kontrovesi dalam diri, baik aku rahsiakannya. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi. Entah dari mana lagi aku petik tagline ni.

[Syahid] Ramadhan lesson: Sabr (patience) and shukr (gratitude) go together. When you’re not patient, you start complaining. And the fact that you’re complaining is the sign that you’re not grateful. – via Islamic Thinking @fb

‎”Berterima kasih kpd org yg menyakitimu krn mrk MENABAHknmu,
Berterima kasih kpd org yg menipumu krn mrk memberimu pengAJARan,
Berterima kasih kpd org yg tidak mengendahkanmu krn mrk mmbuatmu BERDIKARI,
Berterima kasih kpd org yg menjatuhkanmu krn mrk memPERHEBAT KREDIBILITImu,
dan
Berterima kasih kp org yg menyeksamu krn mrk meguji keSABARanmu.

Prof Dr Muhaya@fb~jombelajarmengaji

Beralih kepada berita gembira pula ya 🙂

Hanger Tudung dan Shawl Satin

Sebenarnya gambar shawl satin tiada. Seprais dulu ah tunggu raya nanti. Aku beli dari Aima pemilik Anggun Rapi masa Shopaholic Baazar di Suria Sabah minggu lalu. Tapi tidak lama dapat berjumpa dengan Aima sebab kami mahu cepat juga ada urusan. Kami check-in di GB dan dia pula kena cepat balik rumah. InsyaAllah ada jodoh, berjumpa juga ya Aima :). Lama-lama sikit. Selain shawl satin aku ada beli hanger tudung sebab keadaan pemandangan mata semak sebab shawl dan pashmina bergantungan di hanger. Pakai lagi dua tiga biji hanger. Sangat makan ruang ok.

Sebelum~Penyimpanan shawl dan pashmina agak bertabur dan guna banyak hanger pula

Penyimpanan shawl dan pashmina kemas daripada sebelum ini, abaikan pemandangan di belakangnya

Bergambar dengan Aima, henpon cikai buat aku bida'

Guna kamera Aima cantik ngeeehe, tapi dressingku bikin spoiled sebab macam-macam warna ada ya tuan puan!

Terima kasih kepada Aima. Aku beli ya. InsyaAllah kalau ada rezeki mahu tengok juga tudung-tudung lain yang Aima jual

Baiklah itu saja.

Sekian

Kami.orang.kampungan

p/s mahu masak nasi ayam tapi banyak kerja, tengah-tengah malam hingga ke subuh prang prung prang periuk sudu mangkuk pisau berperang nanti. Sediakan yang mudah-mudah sajalah.

Ohya, satu pengajaran buatku masa jumpa Aima hari itu, jangan lebih dari 3 WARNA..ingat itu baik-baik MamaJnJnJ..tenkiu Ma 🙂

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. puanbee berkata:

    warna untuk dressing ke sue ? lebih senang kalau pakai 2 warna je mcm bee… seluar dn tudung mesti sama kaler hehe.. baju je lain.. kasut dn hendbeg satu kaler juga…

  2. anangsue berkata:

    hihi pn bee saya men bantai saja sebelum ni ada 4-6 kaler kalu keluar..

  3. Puan As berkata:

    yes, colour block jgn lebih dari 3 warna dlm satu masa…ehehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s