Salam

Hai Blog!

Sebelum buka laptop, beribu satu macam perkara yang hendak dicurahkan di sini. Harap-harapnya dapat diteruskan dan ada penyudahnya.

Bercerita tentang hari temuduga dua hari yang lepas, sejarah lucu tercatat lagi dalam diari hidupku. Ini adalah hari yang sepatutnya moralku berada pada tahap paling tinggi, atau setidak-tidaknya paling tinggi. Namun hampir punah hanya di sebabkan sepasang KASUT.

Beberapa hari memerah untuk Jannah nampaknya setelah mendapat nasihat dari Puan Azmah untuk mencuba longan kering dan kurma merah agak berjaya. Walaupun hanya dapat perah sebanyak 3 auns setiap sesi sambil berhabis menghafal peranan, visi, misi, objektif KEMAS namun menurut ibuku cukup juga susu yang dibekalkan, jadinya semua stok EBM untuk Jannah ialah 7oz sahaja. Alhamdulillah. Nasib baik juga sesi temuduga berjalan sehingga tengahari dan aku orang terakhir sebab lambat mendaftar kerana KASUT.

Persediaan pakaian, kasut dan tudung. Macam biasa. Kalau mahu yang ‘semat’ kata orang Sabah, pinjamlah baju adik dan tudung kakak. Aku pun hairan dengan baju-baju kurung yang aku ada. Sememangnya pilihan corak dan warna baju-bajuku memang pelik dan di satu-satu masa yang mana ianya sangat diperlukan, aku sendiri tidak puas dan sebagai langkah selamat, pinjam. Orang cakap kalau baju untuk temuduga pilihlah warna yang terang dan kurang corak atau bunga. Tudung instant kakak punya, baju kurung adik punya. Kasut? memang aku ada kasut. Kasut itu aku beli berharga RM30 dan tidak ingat di mana tempatnya. Aku rasa bersebelahan panggung wayang Asia City ada kedai kasut beg aku suka pergi masa kerja dulu sebab murah dan memang mengena dengan citarasaku.

Dengan ditemani AbahJnJnJ yang mengantuk sebab layan bola malam sebelumnya, kami bertolak seawal jam 5.30 pagi ke Mini Putrajaya. Sesampainya di sana hari sudah cerah. Aku dengan yakin melangkah seiring dengan AbahJnJnJ menuju ke pejabat KEMAS.

*ini part best*

Bila mahu seberangi jalan untuk pergi ke blok tersebut, aku terasa angin sejuk-sejuk masuk meniup-niup kakiku. Aku sudah agak. Akuuu sudah agak perkara ini berlaku tapi sebab aku yakin ia boleh bertahan sampai habis temuduga. Jangkaanku meleset. Kasut yang bukan juga murah, bukan juga mahal yang amat aku percayai selama berkerja dulu kini ter’bilak’, ternganga menampakkan kaki tuaku yang berurat dan beribu jari gempal-gempal. Astaghfirullahalazdim. Allah sahaja yang tahu betapa moral aku ketika itu telah jatuh ke tahap bahaya yang memungkinkan aku mahu balik masa itu juga. Ingin menangis tapi tidak berdaya. Perut berkeroncongan padahal baru jam 7 pagi. Ingin ketawa tapi kusimpan demi melihat muka AbahJnJnJ yang menjadi masam. Sambil bebel yang kata aku akan berbau gam gajah bila kena temuduga nanti.

Kasut teda jenama seja bah

gam gajah buat kasut ini hancurr

lambat melekat. sandi terus kasut ni sedangkan ini paling tahan walau murah

Aku sudah agak ini terjadi sebab selama ini KASUT itu terperap dalam bonet kereta AbahJnJnJ. Bayangkan suhu dalam itu panas sejuk panas sejuk. Mestilah KASUT yang kononnya tahan itu pun akan rosak kan. Kami berdua berfikir. Muka aku sekejap sengih sekejap masam. AbahJnJnJ bergegas ke parking, katanya ada GAM GAJAH dalam itu. Aku tunggu sambil menyeret kedua-dua kaki agar tidak hancur terus KASUT itu. Bila sampai dia sampai dan mula gam, masalah timbul bila gam tidak melekat dan tepi-tepi kasut sudah tertanggal kulitnya. Ya Allah. Masih juga kurasa hendak menangis tapi tidak menangis. Hendak ketawa tapi tidak ketawa. Mindaku berputar cepat, fikir apa lagi penyelesaian yang boleh digunakan. Aku suruh AbahJnJnJ telefon adik ipar tanya kalau ada kasut kawan boleh dipinjam. Tebalkan muka. Nasiblah ada. Abah JnJnJ hilang lagi, dan muncul. Kali ini bawa kasut yang bikin aku terkejut. Kasut 5 atau 6 inci warna purple (sesuai dengan bajuku) bersaiz 4. Ya Allah!. Macamana aku mahu pakai ini? Aku betul-betul surrender kalau pakai kasut inci-inci ni taukk. AbahJnJnJ marah katanya bagus lagi ada orang tolong. Aku bukan apa, bila aku pakai dan berjalan dua tiga langkah memang hujung kaki pedih. Tersepit ke dalam, berat badanku terkumpul di celah-celah kelingking bayangkan. Tumit kakiku terkeluar. AbahJnJnJ kata turunkan lagi kain dan lindungi tumit.  Rasanya kalau saiz besar sedikit boleh lagi. Tidak mengapa. Aku pakai dan berjalan perlahan-lahan naik lif untuk daftar sementara AbahJnJnJ cari lagi alternatif lain. Semua tengok sebab aku jalan macam kaki cacat. Mana tidaknya muka aku menahan kerut, malu semua memang aku sudah lempar jauh-jauh. Moral ada naik sikit sampai level sederhana. Aku harus buat ini, kata hatiku.

kasut tumit tinggi, jam kamera hendpon tu laju sejam sedangkan masih jam 7 lebih masa ni

Siap daftar, AbahJnJnJ telefon suruh keluar. Jam 8.20 masa itu rasanya. Dia tunjuk kasut dari kawannya di pejabat KASTAM. Nasib orang yang ramai kawan. Syukur juga boleh membantu dalam waktu kritikal. Bila pakai, masalah timbul lagi sebab kasut itu saiz 7. Tiada cara lain, terpaksa lagi jalan dengan pelik sekali lagi sebab tumit terkeluar dan berbunyi yang mengundang curiga di kalangan orang yang aku lintasi. Baiklah. Semangat naik kembali. Tidak mengapa.

kasut kastam, ehem. kawan AbahJnJnJ yeee, perempuan?....

Tunggu punya tunggu giliran memang tidak rasa apa sebab rasanya ini kali 5- 6 pergi temuduga kerajaan. Entri sebelum ini, aku lupa sebab kelam-kabut update blog. Tapi bila tiba masa dipanggil agak gemuruh juga. Alhamdulillah. Dapat juga menjawab soalan-soalan yang diberikan. Adalah juga satu dua soalan yang dijawab dengan agak meleret tapi aku puas hati walaupun nantinya ditakdirkan tidak berjaya, aku tanamkan azam untuk tidak putus asa lagi demi anak-anak, demi melangsaikan pinjaman pelajaran.

Tapi aku tidak berhenti BERHARAP.

Kepada pemilik KASUT TUMIT TINGGI warna Purple dan KASUT KASTAM, aku ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab sudi membantu daku yang sangat kasihan.

Motiffff??????..... elak untuk jadi bahan superimpose.

kami.orang.kampungan

Sekian

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

13 responses »

  1. Lina Marley berkata:

    ohooo..aku tau kedai kasut dan beg itu..haha..aku slalu masuk bila aku on da way pigi stesen bus d depan shang ri la tuh..

    • anangsue berkata:

      iyaaaaa itulah..best kan situ..suka kulepak lama2 sana sampai kena ehem2 oleh abahjnjnj..dululah time ada juan masih..sekarang sorry nopo ngan jannah jajang bershopping kasut ngan beg sana hahaa

  2. Puan Azmah berkata:

    Goverment suka buat interview hari rabu nang, jd petuanya pakai baju biru….

  3. c rina ba ni berkata:

    aku rasakan mesti ada saja tu halangan kalau time2 ada hal penting. bila aku bertekad mau buat sesuatu, kononlah esok hari…ok, hari ni aku dah bersiap sedia prepare untuk esok. esoknya, ada la tu yang melintang/perkara yang boleh membantutkan benda yang aku nak buat tu.
    shall i say this is ‘ujian’?
    pernah dengar ka; bila nak buat sesuatu kebaikan pasti ada halangannya?..aku tak pasti dari mana aku dengar ni hehehe… : )
    apa2pun, bukan selalu kita dapat kenangan begini kan?

    • anangsue berkata:

      iya bah…betul2 kenangan..thats why aku suruh ko berbelog…kalu bukan untuk tontotan dan sharing ngan orang kisah2 kau…ko buli private dan baca untuk kenang satu hari nanti, kita ketawa atau boleh pilih perasaan apa saja…

      • c rina ba ni berkata:

        betul jugak kan. ni kira diari:kisah hidup, perjalanan dan pengalaman yang kita lalui.. kita kongsi mana tau ada yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca.
        sebenarnya bebeh…aku ada 1 blog ba, wordpress. puasa tahun lalu aku buat. macam dah lupa pula passwordnya tau, apa nda…kalau berkurun nda ku buka… : )

  4. c rina ba ni berkata:

    adeh…begitu ka ujiannya? sabar ja la…tersengih2 aku baca ceritamu ni. rasanya kan, misalnya ada benda penting yang kita nak buat mesti tu aaaada saja halangannya.
    samada kita naik angin, rasa macam nak menjerit, nak menggila, atau pendam dan sabar ja la… : )

  5. c rina ba ni berkata:

    laaa..terdouble ka? sebab tadi yang first komen bilangnya ralat:double komen dikesan ka apa…jadi aku taip sekali lagi.
    maaf bebanyak ya mbak…membanyakkan komen di sini hehehe..

  6. Anangsue berkata:

    Amboih ada wordpress jua,bah unjarkan passwordnya sampai dapat bebeh,ayo meriahkan blog masing2. Sekurang2nya kita jarang berjumpa dan bkenalan dalam masa singkat, ini saja penghubung kita selain burbir dan buku muka ya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s