Salam

Hai Blog!

Ramai yang tidak tahu, ibu menyusukan bayi kebanyakannya tidak datang haid. Aku pun tahu sejak sibuk-sibuk mahu menyusukan Jannah sepenuhnya awal-awal kelahirannya. Jadi harapanku tahun ini Ramadhanku tidak akan terusik dan lancar kecuali jika masalah Jannah kurang susu. Namun hampa. Pada selasa malam aku diserang gastrik yang tidak pernah pun aku ambil peduli sebelum ini. Yang aku sendiri tidak tahu takat mana seriusnya penyakit gastrik sehingga aku sendiri merasainya.

Benarlah kata doktor muda di hospital Likas malam itu. Jika bukan kerana sakit kontraksi mahu melahirkan, sakit yang kurasakan adalah gastrik sebab pedih ulu hati sampai bernafas pun sakit.

Malam itu, selepas berbuka, kami ke Gmart Tuaran untuk membeli susu JnJ yang sudah habis. Setibanya di rumah, aku dengan semangat jitu hendak membuat popia simpul untuk ibuku, mertuaku, kawanku dan birasku yang turut menempah. Tidak sampai beberapa minit aku rasa perutku pedas. Bahagian atas. Aku abaikan dan terus bekerja. Tidak lama selepas itu, aku rasa makin teruk sampai menganggu pernafasanku. Yakni sakit bila menarik nafas. Aku panggil abahjnjnj dan minta panadol. Kali ini amat sakit hingga kurasa kedua-dua tanganku mulai kebas. Aku berbaring. Pertanyaan Juan yang hairan tidak kupedulikan.

Ya Allah! Sampaikah sudah ajalku? sempat aku tanyakan diriku. Seribu satu macam rasa terkumpul dalam benakku. Aku takut aku akan meninggalkan mereka yang kusayangi. Lagi aku takut untuk pergi dalam keadaan seperti ini. Yang masih belum cukup-cukup amal ibadah. Ya Allah. Janganlah pohonku.

Aku gagahkan diri untuk menjerit dan minta Abahnya bawa aku ke hospital malam itu juga sebab sakitnya ya Allah bagaikan hendak bersalin. Sebelum kakiku pula yang kebas aku ambil keputusan untuk ke hospital sebelum terlambat. Menapak tangga sampai ke bawa juga satu penyiksaan. Meredah jalan yang rosak di sepanjang jalan juga satu penyiksaan sebab setiap gegaran amat menyakitkan. Aku tidak peduli dengan JnJnJ. Abahnya juga menguruskan.

Aku sempat update status di muka buku: ‘i’m sorry’. Macamlah orang peduli kan apa yang terjadi denganku. Aku hantar mesej untu kakak, adikku dan telefon ibuku.

Sampai di hospital aku mendaftarkan diri sendiri sebab JnJnJ dalam kereta, kurasa bibirku sudah kering dan berwarna putih. Pucat. Aku rasalah. Aku hendak minum tapi tidak tahu di mana. Sementara menunggu dilayan aku dibagi ubat berwarna putih yang bila kutanyakan mereka itu ubat Gastrik. Oh? aku ada gastrik. Aku tidak tahu pun.

Masuk saja dalam bilik kecemasan aku dicucuk dengan jarum ya Allah besarnya sampai dua kali sebab yang pertama tidak keluar darah. Dimasukkan ubat juga sangat pedih. Sakit beransur kurang. Syukur Alhamdulillah.

Aku ambil Jannah dalam kereta sebab gerak hatiku cakap dia mahu susu. Memang betul. Aku bawa masuk dan sempatlah juga ambil gambar. Untuk simpanan belog.

Bila keluar sebab doktor tanya kalau masih sakit aku kata sudah berkurang, ibu dan bapaku datang. Dari Kota Belud. Kasihannya. Bayangkan malam-malam begini. Aku pun bukan minta diaorang datang aku hanya cakap sakit dan minta ampun dan maaf sama diaorang. Menyusahkan saja diaorang datang menjenguk jauh-jauh.

Sampai dirumah ,masih sakit lagi jadi ibu dan bapa tidak balik. Teruslah bersahur dan balik esok pagi.

Peristiwa ini banyak pengajaran bagiku. Terima kasih Allah, bagi aku peluang dan tidakkan aku sia-siakan lagi. InsyaAllah.

Aku tidak dapat teruskan puasa sehingga dua hari selepas kejadian itu. Kini aku cuba balik dan Alhamdulillah berjaya sampai ke sungkai.

Lain-lain cerita macam biasa. Aku kena jadi kuat untuk hadapi semuanya. Bukan saja dari masalah dalam diri sendiri atau caraku menghadapi manusia-manusia lainnya. Aku harus kuat.

Sekian

kami.orang.kampungan

p/s minta maaf pada semua, kalau tidak sempat update, jika ada yang pernah aku sakiti hatinya, minta maaf sekali lagi. Salam Damai!

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. c rina ba ni berkata:

    andu ba… adakah ini first time? tiada makan apa2 ka sebelum tu? sejujurnya situasi mu ni mengingatkan aku pada bapaku dulu. keadaan yang sama; sakit perut sampai rasa seram sejuk, kebas2, sejuk melampau, jantung berdegup laju. apa yang difikiran waktu tu adalah Mati. siap telefon abangku yang di johor, minta maaf pada kami adik beradik, bagi pesan lagi. aku? menangis gila waktu tu….

  2. Anangsue berkata:

    Iya rina 1st time ni ya Allah. Orang yang bergastrik saja tau camana rasanya. Bayangkan kau tarik nafas pun mcm terikut juga pedih tulang2mu di dada.

  3. Kay Masingan berkata:

    dulu ada kawan gastrik tahap teruk. sampai muntah2 ni…setakat ini belum lagi saya pernah gastrik..jadi saya x tahu mcmana gastrik itu..
    bah jaga makan lah ya mama jnj..:0

    • anangsue berkata:

      iya kay..selama ni aku heran orang gastrik teruk begitu..lagilah ramai time puasa pula..nah sekali kena batang hidung sendiri merasa…
      timakasih kay

  4. pemuda malaya berkata:

    salam semua…bicara tntg gstrik ni luas skopnya,tpi dsni sy ingn kgsikan tntg apa yg sy alami..memg benar jika kt sudah trkena gstrik,bru kt tau skitnya mcm mna..sy jrang skali kena gstrik,bila dah kena,fuh xlena tdo mlm!so ksmpulnya kt knalah ambk bert tentg kshtan kt..sy mylahkn dri sndri ats apa yg sy hdpi..so fkir2 lah apa yg st ctatkan dsini..(p klnik pgi tdi)msuk arini 3hri kena gstrik..

Tinggalkan Jawapan kepada Anangsue Batal balasan