Salam Hai Blog! Berapa hari tidak kemaskini blog rasanya sudah merajuk. Masalah charger terbakar sebab cuba cas laptop besar. Persiapan hari raya macam biasa. Ada kala rasa terlampau teruja pada satu ketika dan ada kala terasa terlampau haru. Lebih-lebih lagi hari ini. Takziah untuk sahabat blogger atas kehilangan datuknya pada hari ini, Al-Fatihah.  Juga Seorang tweepleyang tidak aku kenali juga meninggal dunia dalam perjalanan balik kampung hari ini dan awal puasa lalu salah seorang dari sepupuku meninggal di Sandakan. Allah SWT lebih meyayangi mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Amin. Ramadan ini mencatat kisah suka dan duka dalam hidup kami sekeluarga. Kebanyakannya dalam diriku sendiri. Ada ketika aku menangis, aku ketika aku teramat gembira, takut, resah semuanya bercampur baur dan hanya kepadanya juga aku berterima kasih bersyukur atas kegembiraan tersebut atau memohon padaNya agar diberikan ketenangan hati atas segala kerisauan. Ada kalanya aku rasa dipinggirkan, ada kalanya aku rasa dilebihkan dan semua itu bertolak daripada kekurangan diriku sendiri setelah menelaah perlakuanku selama ini, aku tahu aku belum cukup baik untuk dikasihi atau menjadi sahabat yang baik pada sesetengah orang. Terkadang terjadi keterlanjuran kata sama ada tersengaja atau tidak yang mengguris perasaan seseorang dan bila aku sedari aku menyesal. Bukan mudah untuk memenangi hati seseorang. Terkadang aku kalah dengan perasaanku sendiri, bersyak wasangka, menebak sendiri-sendiri kemungkinan yang terkadang melukakan perasaanku, buat aku marah adakah aku yang sedang diperkatakan atau orang lain. Sedangkan aku sedia maklum, betapa tidak eloknya perasaan seperti itu. Namun aku pasrah akhirnya, perasaan itu bisa merosakkan hatiku sendiri. Jadi di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf kepada kamurang yang masih sudi membaca blog ini, yang pernah terbaca blog ini, yang pernah follow blog TWOCK, atau rakan-rakan Burungbiru, atau sahabat handai di Mukabuku, seikhlas hatiku, andai selama ini aku pernah melukakan perasaan kamurang semua. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga selepas Ramadhan ini, aku boleh berubah menjadi insan yang baik, yang tahu mengawal emosi, yang sentiasa tidak berprasangka, yang mengasihi semua orang dan menjadi manusia yang sabar, menjadi ibu, isteri, anak, adik, kakak yang solehah. InsyaAllah.

Hadiah daripada Izzati -menang tekateki hari itu, terima kasih ya Izzati (http://theworldofsizuka.blogspot.com)

Tahun ini buat popia untuk ibuku sambil berniaga, adalah dapat sedikit-sedikit buat sedekah budak-budak datang beraya

Sekian Kami.orang.kampungan

p/s: orang yang baik hati, ramai orang sayang tauuuu

Berhati-hati di jalan raya kalau balik kampung ya, kami balik petang karang, semoga tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku…

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

10 responses »

  1. Puan As berkata:

    Harus aku belajar buat mcm ni dengan kau tau…Aku suka makan.

    • anangsue berkata:

      ya As senang ja ni..simpul cam tali ja..kalu nda mau susah2 beli inti udang atau ikan yang sedia berjual tu untuk intinya..aku punya inti mula2 tu nda berapa merasa..

      ps aku suka makan jugahihi

  2. Lina Marley berkata:

    Selamat ari raya nang. Minta ampun minta maaf klu selama kita kenal aku ada mengguris hati mu dgn kata2..hehe..mana la tau kan, dlm bergurau2, kata2 ku menyentuh ati mu..hahaha

  3. gedek berkata:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, anangsue!

  4. tengkorak emas berkata:

    selamat hari raya buat kak sekeluarga! maaf zahir batin ye 😀

    juan, jajang, jannah, apa kabar?hehe

    glory glory man united xD

  5. kicap masin berkata:

    c bapa juan jua lah…hehehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s