Salam Hai Blog! Sebelum itu, aku ucapkan tahniah pada Lina dan keluarga atas kelahiran little rockstarnya pada 20 September 2011 dan dinamakan Athier Dayyan Ghassani . Wow!. Aku suka nama itu sangat unik!. Jadi lepas ini ada sudah kawan si Bunga bermain dan kawan mamanya juga ikut membundle yeh!. Malam sebelum dia masuk wad, kebetulan kami bawa JnJnJ ke hospital sebab batuk dan selesma. Kebetulan masa itu ada kes pula bersalin dalam kereta depan pintu kecemasan. Langsung tidak sempat masuk jadi aku bercerita dengan dia. Bila tunggu-tunggu tiada jawapan aku pun fikir dia tidur. Rupanya dia sudah masuk hospital sampai ke siang diberitahu oleh Aima, dia sudah selamat bersalin. Lina adalah kawan blogger dari aku mula-mula join WASABER hari itu dan selalu mengasi kena tag-tag antara satu sama lain. Haha!. Masih kau layan tag Lina?. Kami berkongsi minat yang sama. MemBundle dan MenYanyi.  Semoga Dayyan membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh serta menjadi kebanggaan mamaLina dan keluarganya, InsyaAllah. Aminn..

 

Lina dan Hannah masa raya baru ini

Entri kali ini hanya bercerita tentang Jannah. Rasanya banyak yang telah tertinggal tentang perkembangannya sejak charger rosak hari itu. Jadi perkara-perkara yang dia pandai buat pun sekarang main ingat saja. Lepas dia berjarum campak hari itu, syukurlah juga dia tidak demam sebab nurse kata kalau ada bintik-bintik merah keluar kena bawa jumpa doktor cepat. Dalam entri ini juga dijamin tiada gambar mamanya menyibukkan diri. Sekiranya ada gambar pun kena edit juga ya! Hahahahahahahahah * Ketawa dulu baru teruskan. Alhamdulillah, aku berjaya juga BF Jannah tanpa susu formula selama 6 bulan, kecuali di awal-awal kelahirannya terpaksa guna susu SNOW sebab kuning hari itu. Tapi hanya dua tiga kali saja. Aku berdoa pada Allah SWT agar memberikan aku kekuatan dan meningkatkan rasa positif dalam diri bahawa aku boleh menyusukan dia sehingga umurnya dua tahun, InsyaAllah. Dalam umur 6 bulan ini Jannah sudah pandai ; -berkaki empat sambil menggoyangkan badannya mungkin itu caranya untuk belajar duduk aku pun tidak pasti. -mencuba merangkak tapi akhirnya mengundur ke belakang -melentikkan badannya jika rasa rimas atau lapar -meneroka setiap sudut tilam sampai berapa kali offside, nasib tilam saja. Pendek kata guling-gulinglah. -mengenal orang, dan aku adalah orang ‘kegemarannya’ haha! -sudah mula makan bubur nestum soya dan milna rusk, bubur nasi yang blender dia muntahkan, hanya bagi dia seminggu 3 kali. -menggengam sesuatu benda dengan kuat -main letup-letup liur itu saja mungkin. Jadi bila dia sudah pandai merangkak, duduk dan berjalan jatuh kami kena fikir cara untuk dia tidak sampai di dapur sebab dulu dapur adalah kegemaran kakaknya Jajang. Tapi, mungkin lama lagi ya Jannah, belajar perlahan-lahan sayang.

masa ini aku terlewat bangun, Juan pakat dengan Jajang buka pintu bilik dan bongkar dapur. Terpaksa kutip satu-satu beras itu. Masa ini juga belum ada penghalang jalan ke dapur. Tiwas kau mamajnjnj, tidur matik bah!

lutchuu oo kau jannah pakai seluar tuh!

Banyak gambarmu Jannah kali ini. Puas hati! Budak ini nampak macam besar di gambar sebenarnya kecik-kecik genit ja orangnya. Beratnya pada awal bulan 9 6.4 saja dan kata nurse masih lagi normal. Ohya, Jannah masih batuk berkahak. Sudah berkali-kali pergi klinik dan hospital berganti ubat, masih macam itu juga. Dia selesma masa seminggu sebelum raya lagi, sembuh sekejap lepas itu datang balik. Akhirnya aku pasrah saja. Cuma kata doktor hari itu kalau batuk kahak itu buat dia susah bernafas kena bawa pergi hospital cepat.  Sekarang ini selesmanya datang balik. Kesian Jannah.

Sekian Kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. Lina Marley berkata:

    d lulus kan!! haha..
    dan aku mc nda suka main tag2..klu ada org tag pun aku pura2 nda nmpk..hahaha..
    nasib baik aku slalu lewat bgn itu, beras ku nda behamburan bgitu,
    cuma baju ku d almari la yg behamburan mcm beras tuh..hahaha

    • anangsue berkata:

      aduui cian bah aku baru2 memblog kunu jadi kena tag happyla haha..

      itu hari memang nda tersedar sudah penat betul bah sudahlah durang dua2 tidur lambat bangun awal lagik ayooo..dua-dua dapat hadiah cubitan mesra mamanya kihkihkih

  2. Puan As berkata:

    ya ampun tu beras… ketawa aku tengok tu gmbar nang, teringat aku sama kau bila aku tnya ko, nda nakal ka anak mu di rumah..ah ah ah..
    itu pashmina kaler kuning oren2 tu cantik!

    • anangsue berkata:

      nah as aku nda risau pasal beras tu kalu durang ngasi hidup gas adeehh..memang cuailah aku masa tu bila ingat balik memang ku ketawa ada lagi kugambar muka nda bersalah jajang hari tu lepas durang membingkar beras ya ampun

      -ya ba kasian kalu ikut 3 helai ja pasminaku jenis begini ni balik2 ulang pakai, mau minta beli kunu nda dilayan maka RM11 seja pun sana kamdar duii

  3. gedek! berkata:

    apasal muka conteng2 ni…?

    huhu

    • anangsue berkata:

      ala uncle ni musti tidak baca entri kaaannn huhuuu…
      “Dalam entri ini juga dijamin tiada gambar mamanya menyibukkan diri. Sekiranya ada gambar pun kena edit juga ya!”

      *entri panjang ni uncle mana larat mau baca hehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s