Salam

Hai Blog!

Untuk pertama kalinya selepas aku berhenti kerja setahun, eh dua tahun yang lalu aku menghadiri perjumpaan ibu-ibu menyusu. Maksudnya keluar berjumpa dengan orang, berkenalan, bertukar-tukar cerita, menghadiri perjumpaan ilmu sebegini.  Jadi ada terasa kekok, berdebar-debar pada mulanya, takut akan reaksi orang bagaimana dengan diriku namun apabila berjumpa dan berbual sesama mereka perasaan itu hilang serta-merta. Sekali lagi maksudnya di sini, setelah lama tidak berjumpa orang lain selain ahli keluarga dan saudara-mara, aku agak aku hilang sentuhan keperamahan dan daya bersosial dengan orang lain ya. Tapi aku berjaya juga mengharunginya. Minta maaf andai aku agak kaku bila bercerita dan tersekat-sekat masa itu ya.

Tamat Mukadimah, ayuh pergi ke cerita seterusnya:-

Perjumpaan pertama ahli kumpulan sokongan susu ibu dianjurkan oleh Support Group Susu Ibu Sabah diFacebook julung kalinya di adakan di Perdana Park yang juga pertama kali kami keluarga JnJnJ jejaki agak lewat disebabkan Jajang tidak mahu bangun. Dikejut dua tiga kali masih juga tidur balik. Bila semua sudah siap baru dia mahu bangun.

Sampai sahaja di sana memang agak ketinggalan sebab grup sudah separuh jalan bincang pasal tiga topik ini :

  1. Kebaikan susu ibu kepada ibu
  2. Kebaikan susu ibu kepada anak
  3. Kebaikan susu ibu kepada masyarakat

sementara itu di satu tempat yang lain

sila cover gigi next time ya juan!

sesi pembentangan

sesi menenangkan jannah

Aku masuk dalam grup kedua, Aima dan As yang lebih dahulu aku kenal juga masuk grup yang kedua dan ketiga. Perjumpaan agak santai dan aku agak kecewa sebab duduk jauh sedikit dari Gina sebab banyak yang mahu ditanyakan . Dan kecewa juga sebab kurang bercerita serta bertanya walau pertanyaan itu boleh digoogle. Aku pemalu sedikit bukan tidak peramah. Banyak perkara mahu ditanyakan tapi hari makin meninggi dan bajuku mulai berpeluh, si Jannah juga asyik menangis, Juan dan Jajang balik-balik menanya ‘boleh makan sudah?’. Yang tidak tahan tu balik-balik bawa pergi tandas yang jauh (malamnya kaki aku cramp sebab jarang senaman :P). Tapi tidak mengapa, aku harapkan ada kesinambungan daripada perjumpaan pertama ini dan InsyaAllah perjumpaan yang seterusnya aku akan lebih bersedia. Aku juga kena memberanikan diri bertanya pada yang arif tentang bf terutamanya  dalam SGSIS :).

sesi menapau dengan ayu

Ohya, aku sangat teruja sampai malam sebelum perjumpaan susah mau tidur ok, sebab inilah pertama kalinya aku komited dengan penyusuan sepenuhnya, InsyaAllah. Semasa Juan dan Jajang memang aku kurang pendedahan tentang segala-galanya mengenai kebaikan susu ibu. Aku hanya menyusukan kedua-dua mereka selama lebih kurang 3-5 bulan tapi bercampur susu formula.
Terima kasih kepada AbahJnjnj sebab menyokong hasrat murniku untuk mendapatkan lebih pengetahuan tentang bf dan terima kasih kepada pihak SGSIS kerana menganjurkan perjumpaan ini juga kawan-kawan baru yang tidak sempat berkenalan lebih lanjut.
ohya tidak lupa  juga kepada dua orang ini :
terimakasih photoscape atas fungsi ‘bloom’nya tehee
Itu saja. Seminggu entri ini jadi perkasam dalam draf. Bukan. Dua minggu pula.
Sekian
kami.orang.kampungan
p/s: yang gambar jelas dan terang itu dari Aima, terima kasih ya! 🙂
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Puan As berkata:

    Wahhh lepas bloom muka ku lebih ‘terang’ ahahaha…

  2. anangsue berkata:

    nda nampak bintik hitamku sama kedot ehehe…
    *jelesku gigimu putih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s