Salam

Hai Blog!

Ini entri yang kedua selepas entri SGM. Buat terus, takut lupa, takut malas, takut sibuk, takut tidak sempat dan macam-macam ketakutan yang ada bersarang dalam kepala. Sebenarnya keadaan ini bukanlah takut, tapi risau. Sebab apa, mungkin dalam sebulan ini akan bertambah-tambah kesibukan diri dengan dua kerja yang perlu dilaksanakan dengan semangat juang tinggi.

Ini adalah rentetan daripada cerita tentang menambah pendapatan hari itu. Agak malas untuk cari entri yang mana, nantilah edit balik kalau ada masa, InsyaAllah.

Tentang churp-churp, tentang nuffnang aku sudah kurang ambil kisah (Nuffnang dipasang dalam blogshop aku satu lagi tu, (blogshopkah juga tu?)).  Bukan apa, komitmen terhadap kedua-dua bujangku yang ada sekarang ini pada waktu siang dan juga kepada anak lelaki tunggal serta Abahjnjnj pada sebelah malam membuatkan agak mustahil bagiku untuk menambah lagi komitmen mengadap laptop lama-lama. Kan, masa charger laptop rosak, menceceh saja komplen pasal tidak dapat tengok gambarlah, tidak dapat update bloglah dan bermacam-macam komplen lagilah. Nah! sekarang sudah dapat pula terbiar begitu saja. Bukan apa, ada alasan untuk itu. Ohya, ditambah lagi dengan line internet yang semput-semput kan manalah konsentrasi mengechurp-churp.

Ya Allah, panjangnya lah bah mukadimahmu anang!

-Baiklah.

Sebenarnya sejak-sejak promosi popia bersira pedas (pedaskah juga tu?) di fesbuk hari itu, adalah juga dua tiga orang yang berminat untuk mencubanya. Saudara-saudara dekat saja. (Sedapkah juga?). Jadi kesibukan mengurus jnjnj serta abahnya ditambah dengan kesibukan menggulung, menggoreng, menumis popia. Tapi Alhamdulillah, dapatlah juga sehelai dua not-not merah mengisi dompetku yang berhabuk tu kan. Bolehlah bawa Jajang dan Jannah shopping di kedai runcit bawah sana.

Jadi kawan-kawan di twitter dan fesbuk sabar sajalah, kalau sehari tidak bercakap pasal popia, memang bukan sianang namanya. Kalau banyak tempahan lagi aku beli pula kuali besar, penapis besar supaya senang menggoreng. Hari ini terima dua tempahan lagi sekilo setiap seorang. Syukurlah. Kalau aku duduk saja menghadap laptop, nda duit tu jatuh dari poket abahjnjnj keh keh keh keh keh.

Komitmen baru yang seterusnya adalah yang perkhabaran yang paling gembira ketika membaca twit dari inabun@safarina bahawa kawannya yang akan berkahwin pada bulan 11 ini ingin sekali menempah bunga telur daripadaku. Katanya dia berminat dengan rekaanku yang ringkas, unik dan tradisional. Betul kalilah. Terima kasih RINA!, nanti aku belanja kau ya hehe. Kawannya cadang mula-mula minta 600 unit. Wah terkejut aku sebab nahi mungkin aku dapat buat sebanyak itu dalam masa sesingkat ini. Kalau dia minta bunga telur tangkai fishball mungkin aku boleh buat. Tapi ini bunga telur stokin susah sikit dan agak mahal. Banyak kerja beb. Atau kalau dia tempah 3 bulan sebelum majlisnya, memang aku AKUN saja. Untung mak! boleh beli bundle berbundle-bundle ya!

Untuk permulaan dan sebagai pelanggan pertama aku bagi harga paling murah. rm1.50 seunit. Jadi dia minta hanya 50 saja. Apa-apa pun aku bersyukur pada Allah SWT kerana mungkin ini adalah permulaan bagi segalanya tentang menambah pendapatan yang aku maksudkan dulu. Walaupun agak kecil jumlahnya namun dari situ aku sudah tahu bagaimana hendak bajet bahan-bahannya sekiranya ada tempahan pada masa hadapan, InsyaAllah.

Jadi kawan-kawan di twitter dan fesbuk sabar sajalah, kalau sehari tidak bercakap pasal bungatelur, memang bukan sianang namanya.

(ayat berulang)

Okey. Banyak sudah aku menaip sudah jam 4. Minggu depan balik kampung seminggu, AbahJnJnJ outstation 2 hari di Kota Belud, 3 hari di Kota Marudu. 4 hari di rumah MIL, 4 hari juga di rumah bapaku pula. Adil. Sebulan lebih tidak balik kampung. Berkarat rindu datuk nenek diaorang ni.

Maaaakkk!!! banyaknya aku taip!. Haha teruja betul bung sebab lama nda menaip banyak-banyak ni, berceceran idea tu keluar.

Itu saja.

Sekian

Kami.orang.kampungan

p/s : Abahjnjnj mohon kali kedua rumah di TuaranImpian. Ground Flr. Harap-harap dapat, InsyaAllah. Nda sabar mendesign rumah sendiri…hehe

uiii bila siap tu lukisan di bawah tu?? setahun sudah dayang suhana hua hua hua

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s