Salam

Hai Blog!

Sejak Ahad lalu Jajang cirit-birit. Setahu aku kami makan biasa-biasa saja, di rumah. Aku masak kerapu ala sos-sos gitu sama telur dan kebetulan kakak serta anak-anak datang dan dorang JnJnJ bermain dengan girang hari itu.

Menu makanan aku dan Jajang kalau siang hari memang telur sajalah sebab hanya itu yang sempat dimasak. Si Jannah ni bukan boleh disimpan atas katilnya. Merengek-rengek minta dipegang saja. Kecuali kalau dia tidur baru dapat masak yang sulit-sulit saja. Itupun kalau Jajang tidak bising atau kacau adiknya tidur.

Yang bikin aku hairan juga cirbir Jajang sampai begitu sekali tapi masih juga dia aktif. Bermain, jerit-jerit macam biasa. Kalau aku memang lemah sudahlah begitu. Aku cuba bagi air garam tapi taulah budak-budak ni yang pelik-pelik punya ubat mana diaorang mahu. Yang manis-manis saja.

Jannah lagi satu hal. Aku rasa aku makan telur hari-hari itu yang buat dia keluk ubun-ubun sangat ketara. Aku tidak pastilah kalau dia kembung perut dan aku tidak pandai pun periksa macamana. Tapi perutnya memang nampak buncitlah.  Satu lagi punca yang aku fikirkan juga sebab guara. Kemarin terbaca di SGSIS pasal minum nescafe dan kesan pada bayi. Tapi kawan-kawan SGSIS bagi link KellyMom yang aku rasa ada betulnya juga. Jadi aku masih fikir apalagi makanan yang aku makan menyebabkan keluknya begitu.

Jannah masih selesma. Setakat ini aku hanya sapu kunyit dan vaporub saja. Ubatnya sudah lama habis. Kahak dan batuknya masih juga keras aku dengar. Mau google macam-macam tentang ini, tiada masa langsung. Semalam baru siap buat popia. Berdiri 4 jam sejak dari 9 malam sampai jam 1 baru siap. Haaaa….

Petang ini akan jumpa Dr M di Likas. Harap-harap ada penyelesaian dan dia dapat cadangkan sesuatu untuk Jannah.

Sekian

Kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. Puan As berkata:

    nang apa tu keluk?

  2. Lina Marley berkata:

    klu kpalanya bekeluk mmg masuk angin, ko rajin2 panas kan perutnya pkai tapak tangan mu, letak tapak tgn mu tuh d perutnya kasi lama smpai dia kentut..

    • anangsue berkata:

      lina yang aku heran.. nda jua dia kentut2 nih… ndataulah tapi selalu kan begitu kalau keluk brkembung perut budak..yang tuan dokter pun ni bikin geram 2 kali aku tanya ada kembungka..2 kali dia jawab dia akan sihat, dia akan sihat…
      nantilah kami bawa lagi balik..

      nanti aku cuba ya..thanks lina..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s