Salam

Hai Blog!

Vavavavah seminggu di kampung, rindu sama laman sosial kesayangan. Tapi tujuan utama untuk menyiapkan bunga telur semasa di kampung masih juga tidak terlaksana sebabnya, bahan tidak cukup. Haiyaa.

Seminggu di kampung banyak cerita juga cumanya satu-satulah dulu kan. Aku cerita dulu cerita paling best nih.

Khamis, malam Jumaat aku sudah tertidur dan bermimpi. Aku mimpikan kami dalam bilik tidur, tapi AbahJnJnJ berdengkur dengan hujungnya ….nek…nek..nek.. tilam basah dengan air berwarna biru, kedudukan juan jajang dan jannah pun berubah. Balik-balik aku baca ayat-ayat yang aku tahu, dalam mimpi tu dan abah jnjnj berhenti tapi datang balik dengkurnya yang begitu.

Balik-balik aku cuba keluar dari mimpi itu tapi tidak boleh, iyalah kan mustahil juga. Lepas itu yang lucunya Abahjnjnj pula macam kena rasuk, dan balik-balik cakap ‘ hang nak habaq apa ni? tapi mukanya berubah jadi muka Jajang dan aku makin seram….

Aku sedar dari mimpi sebab dengar anak kakakku menangis tiba-tiba dan cuba tidur tapi TIBA-TIBAlah pulak kan, aku dengar bunyi ‘itu’. Ya Allah!. Aku ni kalau di kampung memang penakut siutt.  Aku capai bantal dan tutup telinga tapi bunyi itu tetap tembus astaga. Bunyinya macam bunyi ayam atau burung ‘but-but’.  Sangat dekat dengan tingkap sebelah pintu, dekat pokok wani. Aku baca ayat kursi, balik-balik dan kejut Abah JnJnJ. Aku pegang Jannah dan terkejut juga sebab badannya mendadak panas. AbahJnJnJ bangun dan pasang telinga bila aku suruh dia dengar. Terus dia tanya ‘ bunyi ‘itu’ kah?. Aku mengiyakan dan menidakkan juga, tidak berani aku mengulas panjang. Aku capai handphone dan buka zikir dan pasang surah apa yang ada. Mendadak bunyi itu hilang juga. Ya Allah!. Betulkah benda itu B Kuasa Dua atau bukan aku tidak pasti. Malam itu juga sebelum kami tidur, ada orang kampung panggil bapa sebab ada jiran meninggal. Kebiasaanya, kononnyalah benda itu akan keluar kalau ada orang meninggal, sakit tenat atau wanita bersalin. Tambah lagi aku seram. Aku minta AbahJnJnJ ke dapur ambil coolbaby di peti sejuk tapi dia tidak mahu pula. Takutkah? akhirnya terpaksa juga aku dan dia yang ke dapur sebab aku periksa suhu Jannah sudah 38 tapi masa itu bunyi-bunyi sudah hilang.

Pagi besoknya untuk mengesahkan perihal bunyi itu aku tanya adik lelakiku yang tidur di pondok kayu sebelah rumah kami dengan alasan belajar (semoga dia dapat keputusan cemerlang STPM tahun ini InsyaAllah). Dia pun mengiyakan dan bunyi yang dia dengar di bawah pondok itu sama, tambahlah lagi aku meremang. Adikku aku cerita juga beberapa hari yang lalu ada B Kuasa Dua ditangkap di kampung sebelah. Dan berlapis-lapis kain digunakan tapi ia cuba melepaskan diri tapi tertangkap juga dan ada videonya juga. Astaghfirullah…ndalah aku berkari meningu itu video bung!, beranti jono pakau!!

Astaghfirullah!. Aku tidak pernah lagi seumur hidupku dengar bunyi atau nampak benda ini tapi benda yang satu itu aku pernah nampak dan disahkan oleh makcikku juga yang melihatnya. Benda yang aku maksudkan yang satu lagi itu yang P. Aku tidak mahu percaya benda begini dan bukan ini yang sepatutnya kita takuti kan? Tapi rasanya sudah sifat manusia ada perasaan takut pada makhluk-makhluk halus . BETULKAN JIKA AKU SALAH ya!

untuk baca lebih lanjut tentang B Kuasa Dua klik saja link di bawah ini ya dan jangan biarkan hidup kamurang diselubungi MISTERI…….

Sumber 1

Sumber 2

Sumber 3

Sekian

kami.orang.kampungan

p/s jangan cerita malam-malam, dia dengar tu …ah ah ah ah ah

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. aima berkata:

    namau la aku tingu sll betul ada bunyi ayamayam cni..pernah 1x smp lakiku ingt anakku menangis..dia blk2 bngn nih..tp dr bunyi ayamayam aku lg takut sm bunyi anjing sbb takut pencuri T__T

  2. Puan As berkata:

    kau ingat putatan ni bandar ka nang, ahahah tu tmpat si aima tu mmg ada BB tau ka, sana kg pandan. Aku x mau lah ckp mana rumah dia tp kawan aku perna terserempak dia bertukar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s