Salam

Hai Blog!

Pertama sekali, aku mahu bagitahu yang kerja-kerja bunga telur telah siap sepenuhnya, tinggal lagi kena periksa oleh pelanggan (bolehkah aku gelar pelanggan?) dan akan dibuat semula mana-mana yang dia tidak puas hati. Sebabnya, pada awal mula membuat aku belum temui ‘design’ yang sesuai lagi jadi macam-macam corak yang terhasil. Bila tengok balik tadi tidak sama letak ribennya. Harap-harap dia tidak suruh buat balik hehe. Penat ooo…tiap jam 12 bergulat dengan solitip, dawai, bunga stokin, riben, benang, gunting dan lain-lain alat lagi. Tapi aku rasa kalau sudah minat namanya, janganlah banyak komplen, ye dak?

Okeh! seterusnya mahu cerita pasal hari Sabtu yang lepas ni, kami mencari lampin moden (ClothDiaper=CD) untuk Jannah. Setelah beberapa kali meyakinkan bahawa penggunaan CD lebih murah dan selamat, SELAMAT?, ya selamat untuk Jannah, maka AbahJnJnJ pun setuju untuk ke 1B.

Memang sebelum ke sana aku balik-balik sudah tanya dengan adikku. Dia ada beli kalau tidak silap 30 pasang CD untuk Baby Zahra, eh betulkah? rasanyalah. Masa aku dengar dia beli itu, aku takjub sebab sebelum ini memang tidak pernah ambil kisah pasal CD, walaupun corak-coraknya tuh bikin aku geram. Sekarang tidak lagi, mencuci CD adalah merupakan perkara paling seronok aku rasa. Tehehee…bukan apa kainnya yang lembut tu bah, kotoran senang hilang.

Mula-mula kami cari di ground floor ada jumpa kedai Little Me sana tapi terkejut dengan harga CD jenama Autumz berharga RM39.90. Sedangkan dulu kakakku beli dengan harga RM15 pula. Jadi untuk cari lagi satu kedai nama Pro Niaga kami naik lagi pergi 1st floor. Aku dapat info Pro Niaga ni dari internetlah, google sebelum jalan. Tapi langsung tidak jumpa juga. Yang kami jumpa kedai Baby Comfort pula tapi masa itu penjualnya kata sudah habis. Turunlah lagi kami ke bawah untuk cari di Parkson sebab penjual tu kata cuba cari situ. Aku tanyalah bahagian baby di Parkson;

” ada jual CD?”

Semua tengok aku hairan

“err ada jual lampin moden…cloth diaper”

Semua tengok sesama sendiri pulak.

Lepas itu ada senior dorang ni yang menjawab oh ndada dijual sini kak’ sambil senyum padaku.

Aku pun tidak pastilah kan mungkin aku yang tidak tahu memang ada dijual di sana atau tidak aku hanya mencuba saja.

Jadi kami pun turunlah balik ke Ground Floor terpaksa beli juga di Little Me. Aduihh penat juga walaupun guna eskalator. Mengangkut JnJnJ lagi haha. Jadi sekarang Jannah hanya ada dua sarung CD (Itukah yang kena panggil), dan 5 insert. Yang satu lagi belang-belang kakakku bagi entah kenapa dia tidak mahu pakaikan anaknya sudah.

Abah JnJnJ kata nanti bulan depan mau beli lagi, jadi aku berkira-kira mau cari juga di fesbuk mana tahu ada yang murah hehe.

Sekian

Kami.orang.kampungan

p/s i will get my first payment of BungaTelur tonight yahuuuuuu (antam saja english betulkan inda…)

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s