Salam

Hai Blog!

Jap, Butang ENTER aku rosak ni oleh Syazwan.

Sebab mula-mula sudah namanya, maka-maka hari ini aku mahu cerita pasal dialah ini.

Syazwan ini ada  cakap-cakapnya yang bikin aku ketawa berdekah-dekah sampai kena marah oleh AbahSnSnS. Tidak lama lepas itu aku, Syazwan pula pergi menangis belakang sofa sebab aku ketawakan dia. Oh sensitifnya kamu anakku.

Syazwan sudah 5 tahun dan akan masuk 6 pada tahun hadapan. Tapi, semua sepupu-sepupunya yang muda dari dia, (bukan semualah) contoh anak kakak dan adikku, begitu juga yang seumur Syazharina juga lebih pandai berkata-kata dari Syazwan.

Oh janggalnya membahasakan dirimu Syazwan sudah ni Juan.

Jadi aku menyalahkan diriku sendiri, sebab sebagai ibu kepadanya dan juga kepada Syazharina dan Syazanna akulah yang bertanggungjawab mengajar mereka bercakap bukan?.

Aku akuilah, aku di rumah sendiri, di rumah bapaku, dirumah mertuaku jarang buka mulut bercerita-cerita. Entahlah kenapa. Tapi kalau sudah bergosip dengan kakak, adik sama mamaku memanglah lama. Dan oh ya aku juga boleh buat mereka ketawa ya.

Syazwan bukan tidak pandai bercakap. Pandai, kadang-kadang kalau dia bercakap tu memang tiada mahu berhenti sampai aku rasa pening-pening sikit sebab melayan cakapan itu. Bolehkah aku ertikan di sini, dia belum pandai berbahasa seperti orang dewasa, berbanding sepupu-sepupunya yang lain itu mengerti bahasa yang lebih kompleks dari bahasa kanak-kanak, yakni bahasa orang dewasa.

Adeh apa yang aku cakap ni, kamurang faham kah? Maksudku dia belum pandai mengatur cakapannya bah. Bukanlah aku membanding-bandingkan anakku dengan yang lain, dan tidak pula memaksa dia untuk bercakap bahasa dewasa denganku, tapi risaulah juga sebab takut perkembangannya yang sebegini membuatkan dia lambat  faham (maksudku, pelajaran nantinya)

Ini adalah CONTOH yang selalu buat aku ketawa okeh:

Syazwan: “mama, mama TADI SEMALAM kan Juan makan bubur sama nasi sama sup sama mee sama telur sama ikan di sekolah”

Banyak lagi ayat tapi masalahnya masa aku tidak online banyak idea keluar. Bila online asyiklah pula layan twitter jadi, idea hilang begitu saja.

PERKATAAN:

Sabun = Pabun

Minum= Minung

Besen Mandi = Bakul (wakakakaka)

Ok, tidak baiklah aku mengetawakan dia kan. Kasihan anakku.

Yang bikin aku kagumlah juga kan, ada anak adikku umur beberapa bulanlah muda dari Syazharina ni. 2 tahun lebihlah rasanya. Diaorang main-main dan terpukul tangan si Syazharina oleh hanger yang dipegangnya, Si Badriyah namanya ni. Syazharina pun menangislah. Si Badriyah ini terus berlari ke pangkuan mamanya dan cakap:

“Ading tidak sengaja ba tu”

Kagumlah terus aku rasa sebab Syazharina yang berumur 3 tahun lebih ini, langsung belum pun faham atau pernah sebut ‘tidak sengaja’ itu.

Ish..ish…

Apa punya mamalah aku ni kan.

Ini akibatnya kalau banyak buang masa di laptop.

Jadi, berubahlah mamaSnSnS. Dari sekarang.

sekarang menyandang gelaran jejaka paling korean di kaguraan dan liang. Tima kaseeyyy, saranghaeyooo

Sekian

Kami.orang.kampungan.

p/s antara sabtu atau ahad akan balik kampung sempena Aidiladha. Mungkin ada entri lagilah rasanya. Nda suka bila mengadap laptop, tangan jadi kaku otak jadi beku, tiada idea untuk taip apa. Tapi selalu masa masak, ada pula idea tu datang kan? hehe

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s