Salam

Hai Blog!

(Entri untuk pengalaman N.I.P guna Long Dress, untuk ibu-ibu yang menyusukan anak)

Banyak betul mau taip, tapi Nur Syazharina ni menyendeng-nyendeng di tepi sambil mengelus-ngelus kulitku, GELI, tiadalah aku peduli. Macam-macamlah mahunya kalau aku sudah buka laptop ini.

” Mama, Dadang mahu tengok Backkom, buliiiihhhh”

ATAU

“Mama, Dadang mahu tengok lagu mamatua, (Waka-waka-Cikgu Shida)

ATAU

“Mama, Dadang mahu tengok lagu ‘hatnya amu’, (Jahatnya Kamu-Cikgu Shida)

Kamu tahu, anak ini belum lengkap lagi cakapannya, sudah 3 tahun lebih tapi masih cakap separuh-separuh lagi. Salahkan diriku yang kurang bercakap dengannya juga.

**********************************

Eh tadi mahu cerita pasal tajuk atas itu, meleret pula pasal Jajang ni. Ya, entri tidak berapa lama sebelum ini, aku ada cerita pasal long dress yang aku beli masa mengandung Syazanna hari itu. Sayang, kalau tidak dipakai berkulat. Jadi balik kampung hari raya Aidiladha aku cuba pakai juga dan  berjaya!

Cumanya ada beberapa masalah sebab pakai inner dan long dress agak sukar juga untuk N.I.P. Bagi akulah, kalau orang lain aku tidak pasti. Tapi, tapi, tapi. Kalau pakai baju pendek, nampak perut tau kalau ‘mengraise’ baju, kalau pakai long dress macam ini cuma buka baju inner saja, dan bahagian itu sajalah yang perlu dilindungi.

Contoh macam ini:

maaflah muka kena conteng lagi. Risau dengan orang-orang sekarang pergi share gambar orang nda bersalah, trip-trip hana tajimalah, mengaibkan orang tu taukk

jyeahh..camni pun adakah..trip gamba paparazi pulak lah kan bhahaha

beginilah yang dimaksudkan juga

Jadi, lepas ini aku tidak pasti kalau mahu pakai lagi. Sebab, sebab sebab:

Aku nampak sangat pendek bila pakai itu ya.

Sekian.

kami.orang.kampungan.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s