Salam

Hai Blog!

Semalam tidur awal sangat mengantuk pula tidak ketahanan. Sambil BF Syazanna sambil main game. Malas mahu buka laptop sudah sedangkan petangnya nekad mahu blogwalking puas-puas waktu malam. Sebabnya aku reload RM15 / Seminggu Digi maka, tidak boleh lepaskan peluang. Sayang owh seminggu itu tapi ialah pula kan, sebagai ibu yang bertanggungjawab (eceh), maka aku perlu pastikan semua kerja rumah selesai dan keadaan JnJnJ serta Abahnya dalam keadaan yang santai, barulah aku akan bersantai-santai dengan lamanya depan laptop. Sekali-sekala juga melayan twitter (sekali-sekala kah juga?) sambil bf Jannah.

Rasanya terbangun jam 3 tadi, terus tidak dapat tidur balik. Nah! menunggu pagilah ni nampaknya. Untuk tengok kahwin pagi karang, aku bongkarlah baju-baju kurung lama dalam bilik stor. Rupanya banyak juga. Iyalah kan, baju 5 tahun kerja. Tapi kalau banding dengan kakakku mungkin dia banyak lagilah. Baju-baju kurung aku semuanya  biasa-biasa saja. Dan kalau pakai sekarang ini pun mungkin sudah, apa orang cakap “out to date’ kah begitu. Tapi tidak mengapalah. Kalau pakai pun tengok kahwin bukan juga orang perasaan.

Paling banyaklah baju warna hijau sebab dulu-dulu warna ungu buat aku sakit mata. Keobsessan terhadap warna ungu hanya bermula sewaktu aku mencerburkan diri dalam bidang pemblogan.

baju ni aku paling suka pakai sebab tangannya bergetah. Seminggu 2 atau 3x pakai haha. Mama' yang jahit ni

Baju-baju kurung ni bungkus dalam plastik ja, sebab nda muat dalam lemari sudah. Lagipun nda kerja sudah kan

Sebenarnya aku malas mahu tengok lagi baju-baju ini. Bukan apa, terimbas semula kisah masa berkerja dulu yang mana tidak semanis mana pun kenangannya. Banyak pahit dari manis. Banyak duka dari suka. Banyak memendam rasa. Banyak mengalirkan air mata.

Tapi sebab tiada pilihan dan sayangkan baju-baju ini, aku masih simpan, tidak bagi orang, tidak juga letak di kampung. Mana lah tahu InsyaAllah dapat kerja lain nanti, aku pakai juga balik baju-baju ini, dengan BANGGAnya.

Sekian

kami.orang.kampungan.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. Kay Masingan berkata:

    salam Aidil Adha ..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s