Salam

Hai Blog!.

Entri demam kan ditangguhkan sampai budak-budak ini dapat selesma, batuk dan bertonsil sekali. Alahai. Entri naik Bulan Syazanna juga tertangguh yang sepatutnya 7 bulan itu bulan Oktober dan 8 bulan November. Akhir-akhir ini sangat penatlah, tidak dapat tidur lewat-lewat sedikit. Red Guara pun tidak diminum. Kalau itu ada dan minum seawal jam 7, mungkin dapat bertahanlah sampai jam 3 pagi.

Heiii aku sudah tua, anak aku sudah terima sijil. Hahaha.

Namanya salah, sijil pun salah, nama di buku aturcara saja betul. Konfius dorang ni ada dua syazwan

Dia dapat dua hadiah berupa warna pensil dan dua sijil yang bukan namanya heheh

Syazharina pun ikut excited juga nih, beli bunga ada coklat untuk abangnya, tapi ndamau bergambar pula dia

Ceritanya begini:

Memang mengikut perancangan Sabtu itu akan ke rumah pakcik di D’ dalit untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya. Nasib aku bangun awal, gatal tangan pergi kemas raga-raga di rak dapur. Selalunya raga-raga ini untuk barang-barang ‘kecemasan’. Maksudnya barang-barang daripada berjalanlah, malas mahu letak tempat balik jadi terpaksa ‘parking’ situ sebab senang dilihat.  Jadi aku ternampak surat dari sekolah Syazwan ini.

Nah! terkejut juga dan baru teringat malam sebelumnya AbahJnJnJ ada bagitahu pasal ini dan cepat-cepat kejut Abahnya dan Jajang. Berkemas. Masa itu sudah jam 8 sedangkan jemputan adalah pada jam 7 sampai 1 petang.

Jadi sepanjang perjalanan memang dihantui rasa bersalah sebab lambat. Tidak pasti mahu bawa apa sebab pertama kali dapat jemputan macam ini. Ada juga jemputan sukan hari itu tapi Abah dengan Juan saja yang pergi. Lain kali kami mesti pergi untuk tunjukkan sokongan pada Syazwan, InsyaAllah.

Sampai di Dewan Flamingo (mungkinlah) Kuwasa, orang sangat ramai, ibu-ibu bapa-bapa beserta anak-anak dari semua Tadika ABIM cawangan Sabah yang dekat datang.  Tapi bukan semualah. Macam kes kami ini, yang ada jemputan saja. Kalau semua datang memang tidak muat itu dewan.

 

Aku mencari-cari cikgunya yang memang aku tidak kenal. AbahJuan lagilah tapi dia telefon cuma tidak mengangkat. Sibuk mungkin. Aku suruh juga Syazwan cari kawan sekolahnya “HAZRI’ yang disebutnya ‘Hazeli’ sebab tidak pandai sebut R. Tapi tiada berjumpa. Akhirnya kami tanya urusetia. Jumpa juga dan tunggu sampai penyampaian hadiah. Sambil itu borak-borak juga dengan Cikgunya ini:

 

‘Syazwan nakal jugakah di sekolah?” tanyaku

“Tidak juga nakal, tapi dia ini ‘ingau’ bah kak”  Jawabnya.

“Lepas tu, kalau bercerita, dia suka cerita pasal game seja’ tambahnya lagi.

“Dia ini kalau di rumah, main game saja ni, susah betul kalau mahu bawa belajar pula” kataku.

Menurut cikgunya ini, Syazwan selalu bawa hal sendiri-sendiri dalam kelas tapi ada kalanya bermain juga dengan kawan-kawan. Tapi yang ‘ingau’ tu yang macamana aku pun lupa juga tanya ingau macamana dia ini.

 

Cikgunya kata, tahun depan baru ada konvo sebab 6 tahun, jadi masa itu aku kena sentiasa beringat bila dan komunikasi lebih dengan cikgu-cikgunya ini tentang perkembangan dia di sekolah. Bukan apa, Syazwan banyak ketinggalan sebab banyak cuti. Dia cuti sebab kami selalu balik kampung, terutamanya masa Abahnya pergi luar kawasanlah, atau masa Abah dia cuti juga. Maklumlah, jarak telipok dengan Tanjung Aru itu jauh jo!.

 

Tahun depan, taska yang di tanjung aru ini akan berpindah ke sembulan dan mungkin juga Syazwan akan berpindah ke sana. Risau bila fikir sebab sudah jauh dari pejabat AbahJnJnJ.

 

Eh, aku baru dibagi tahu pasal kanak-kanak 4 tahun kena daftarkan di pra sekolah baru-baru ini, tapi kami baru sibuk-sibuk mahu tanya adik kakak. AbahJuan kata mahu daftarkan di sekolah tg aru.

 

 

Wehhh aku sudah tua weh anak aku mau masuk derja satu sudah ni hahaahhha!

 

 

 

Sekian.

 

 

 

kami.orang.kampungan

 

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Lina Marley berkata:

    aku tebayang2 anak aku masuk skola..aku nda sangguppppp…aku nda mo dia cepat besar..lps masuk skola rendah, masuk skola mnengah, pastu kolej atau U, pastu keja, pastu kawin..hish..haha..

    • anangsue berkata:

      kalu gitu ketuaanlah kita lina..aku punndamau…tapi nanati kita berbongkokan suda anK kita baru muda remaja, nanti ndala dapat ditanya ‘eh adikmu kah tu; hahah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s