Salam

Hai Blog!

Lamanya tidak letak tajuk ‘kemaskini biasa’ macam dulu-dululah waktu di blogspot lagi. Sebab banyak yang mahu dikemaskini dalam satu entri selalunya memungkinkan aku letak tajuk macam ini.

Atau aku sudah tidak terfikir lagi mahu letak tajuk apalah, senang cerita.

Juan @ Syazwan

Budak 5 tahun ini masih lagi kencing di tilam. Pening kepala aku fikir macamana mahu buat apa lagi. Selalunya dia memang kencing juga sebelum tidur, tapi mungkin sebab terlampau sejuk dia kencing juga. Habis kami semua dikencingnya. Sebab dia ini tidur di tilam satu lagi, yang peliknya kebiasaan dia yang bangun dan tidur di bawah ketiak tiap malam ini. Ingat cerita pasal ‘Magnet Kepet’ dulu (bagi yang ada bacalah), itu pasal Juan dan Jajang yang sebelum tidur jauh-jauh, bila aku bangun sahaja, dorang sudah melekat di ketiak aku. Belum terfikir lagi apa pendekatan yang aku dan AbahJnJnJ harus ambil untuk menangani masalah Syazwan ini. Selain letak plastik, tapi dia masih juga tidur berdekatan dengan aku dan Syazanna.

Balik Kampung

Selasa atau Rabu depan kami terpaksa balik kampung sebab AbahJnJnJ ke luar kawasan selama 3 hari. Bukan sebab kami tidak berani tinggal di sini selama dia pergi, cuma dia bimbangkan keselamatan kami. Aku mencadangkan kami ikut, tapi dia melarang sebab dia bekerja, bukan makan angin. Paling malaslah balik kalau tengah-tengah bulan, fahamlah apa maksud aku ini. Lepas balik kampung Sabtu kami akan ke ‘rumahrehat’ GrandB selama 2 hari 3 malam. Yeaaaaa…Masa itu memang sudah hujung bulanlah juga jadi ada semangat mahu jalan-jalan walau tidak membeli belah dengan jayanya.

Jannah @ Syazanna

Sudah mulai duduk awal minggu ini, terujalah aku sebab saat itu yang ditunggu-tunggu. Kasihan juga sebab sebelum ini berhabis mengadjust punggung, kaki dan pehanya untuk cuba duduk. Dia selesma balik sebab dari kampung hari itu. Dengan kami-kami sekali kena tonsil (aku dan Jajang). Dia sudah andai makan guna tangan, cuma dengan jarilah, kalau genggam itu belum lagi. Lucu tengok dia terkial-kial makan biskut dengan jarinya yang gendut itu. Lagi, pandai sudah merajuk kalau dibesarkan mata sebab dia selalu mengorek-ngorek itu tikar lantai dan mengigitnya. Caranya merajuk ialah teriak dengan gaya-gaya manja. Alahai…

Jajang @ Syazharina

Budak ini macam biasalah dengan kemanjaan pada AbahJnJnJ. Yang bikin sengal, dia suka jerit tiba-tiba. Bikin terkejut juga.

Aku

Macam biasa. Masih menunggu panggilan kerja. Sudah lebih 4 bulan sejak aku temuduga hari itu. AbahJnjnj kata kalau tiada juga juga, baliklah kami di kampung, tanamlah jagung, hahahaa. Manalah tahu boleh bikin bayar duit ptptn kan.

AbahJnJnJ

Dia ini…..tidak payahlah cerita hehee..

Itu sajalah. Hari ini adalah hari terakhir RM15/week. Jadi update laju-lajulah juga, fikir-fikir dulu apa yang mahu diupdate tapi belum terupdate.

Bahasa aku makin ‘failed’. Balik kampung kena baca baliklah buku-buku bapa. Mana tahu dapat ‘improve’ gaya penceritaanku. Kan?

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s