Salam

Hai Blog!

Kedengaran masih ini Syazwan dan Syazharina mandi. Balik-balik mandi. Semalam terpaksa pindah dari tingkat 16 ke tingkat 8 sebab bath tub di tingkat 16 pecah. Aku agak sebab diaorang terlampau aktif mandi. Masuk kali ini adalah 20 kali atau lebih diaorang mandi (melampau tapi benar).

Aku belum bersedia mahu pulang. Aku mahu selamanya begini. Tiada apa-apa yang mahu dikerjakan, selain mengurus anak-anak saja. Bangun pagi, makan di bawah, naik balik, mandi, keluar dan jalan-jalan lagi. Bila penat balik, mandi, tidur, bangun dan keluar dan jalan-jalan lagi. Bawa budak-budak ini bergembira saja, walau ada ketika bila mereka inginkan sesuatu, mereka akan merengek-rengek depan orang ramai. Apalah yang diaorang tahu kan. Kalau kita cakap tidak boleh, bukan diaorang peduli pun. Jadi ikutkan saja, bukan selalu.

Tapi aku mahu selalu begini, tidak payah masak, tidak payah cuci kain (contohlah kain hantar di dobi kan), tidak payah mengemas (ada housekeeping), tidak payah cuci piring (cuci botol susu jnj saja). Tidur sejuk-sejuk  siang dan malam.

Yay!, mimpilah. Sema itu hanya angan-angan semata.  Ini dua hari sudah RM110 (RM50 lebih x 2 hari). Murah sebab GB kategori rumah rehat AbahJnJnJ. Jadi pengiraan hari yang seterusnya…..tahulah kan berapa. Makan lagi pun mahu juga di MB, BA, DD. Yang mahal-mahal ni. Ala-ala macam orang sepenuh bandarlah katakan.

Hakikatnya, kami masih orang kampungan yang tinggal di separa bandar, yang berpendapatan sederhana, yang bertaraf marhaen mahu mencuba sekalis-sekala bagaimana rasanya begini.

Sekali-sekala saja dan setahun sekali. Kalau ada bonus hujung tahun ini mungkin akan datang lagi.

Hehe

Sekian

kami.orang.kampungan

p/s- ajaib! gambarku ndada dalam entri ini, kan kan kan kan kan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s