Salam

Hai Blog!

Beginilah seperti selalunya. Bila bersama anak-anak, bersama suami, sama ada berjalan-jalan, berulit-ulit, melihat telatah gusti Syazwan dan Syazharina (termasuk Syazanna, iya….mereka berdua sudah mulai suka membuli budak kecil itu!), selalu banyak idea muncul untuk diblogkan. Mesti seronok, laju saja tangan menaip. Ayat-ayat baik punya mencurah-curah keluar.

Tapi begini selalunya terjadi. Bila sudah mengadap laptop dan mula meng’add new post’ kan entri, jari terhenti, otak automatik kosong.

Oh tidak. Oh iya pula. Beginilah penyelesaiannya. Aku buat draf di sini, supaya senang ingat. Mahu draf di nota, memang tidak munasabah sudah bagi aku yang bergelar ibu kepada 3 orang anak ini. Munasabah mengikut kamusku adalah bila :

-letak pen dan kertas merata alamat menjadi alat contengan Syazwan dan alat koyakan Syazharina atau alat kudapan Syazanna.

(tiada kelogikan dalam pernyataan di atas, sila scroll ke bawah terus)

Begitulah alasannya apabila sudah wujud persoalan “kenapa tidak tulis saja di kertas, atau nota, bukankah lebih baik begitu?”.

Masalahnya aku sudah cuba. Dan ia berakhir dengan contengan dan koyakan kedua-dua mereka. Mengarut sungguhlah alasan ini. Haha.

Baiklah, ini drafnya:

-Cerita pergi klinik di IP

-Cerita Jannah (Hei besok dia sudah…..10 bulan yeaaa!!)

-Sambungan cerita dan gambar di GrandB

-Cerita pasal ULU KUKUT (ini kena pinjam gambar mama dulu-dulu)

-Cerita pasal orang kahwin (ini nantilah hujung minggu)

-dan lain-lain hal berbangkit dan sesuai untuk diceritakan (lagi mengarut)

 

Baiklah. Sebelum aku sambung kemengarutan ini, baik aku berhenti setakat ini dulu.

 

 

 

 

sebut keju!!!!!! tapi nda dapat, budak itu mengantuk jadi marung ahhaha

 

Sekian

 

Kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s