Salam

Hai Blog!

Nasiblah ada bahan juga untuk ditulis. Rugi kalau tidak kemaskini. AbahJnJnJ bagi elaun reload RM30. Terima kasih! Hehe.

Sekarang aku baca kumpulan puisi Stencil Si Pari-pari karya Mabulmaddin Shaiddin, salah seorang karyawan sastera Sabah yang berasal dari Kota Belud yang aku kagumi. Aku selalu juga berpapasan dengan dia ini di Pekan tapi segan pula aku mahu tegur. Pernah datang sekali dua ke rumah berjumpa dengan bapa, rakan penyair bapa juga. Aku suka hasil puisinya sebab lain dari yang lain. Seperti ulasan di muka belakang yang aku petik dari dalam buku ini :

‘Setiap kali membaca puisi Mabulmaddin, sentiasa ada tarikan baca yang tersendiri. Kenapa? Kerana Mabulmaddin jarang terikat dengan ungkapan klise yang biasa-biasa. Pada permainan bahasa dan idea, sentiasa ada yang ‘luar biasa’ dan menikam-nikam. Seperti sengaja menuntut kita untuk berfikir (ciri puisi yang baik).

Dr Ramzah Dambul dalam Milis KEMSAS, Malaysia.

Benar. Itu benar, aku mengaku di sini bahawa aku telah baca buku ini sebanyak 4 kali, tapi masih mahu membacanya lagi. Akhirnya aku ‘tapau’ balik dari kampung sebab sebenarnya ini bukan kepunyaanku. Kepunyaan bapa.

Sesungguhnya aku tidak pandai mengulas dengan baik akan isi sesebuah buku, apalagi yang bergenre begini, maksudku, karya sastera. Aku masih belajar untuk membuat puisi yang bagus, sedap dibaca, menyentuh hati, membuat orang-orang yang membacanya tersayat hatinya (itu melampau). Tapi, sebab aku sudah kurang membaca, kurang menghayati hasil karya begini, kurang membuat rujukan maka akhirnya aku tersangkut dalam dilema sama ada untuk meluahkan atau tidak meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku.

Di burung biru saja tempat curhatku yang paling terkini.

Hei, kamu semua, sama ada yang berjiwa sastera atau tidak, kamu perlu dapatkan kumpulan puisi ini, ia bagus untuk senaman jiwa. Sekurang-kurangnya sebagai alternatiflah, selain buku keagamaan, atau ilmiah.

DIA-MABULMADDIN SHAIDDIN, hlm 188

Tiada marahnya dia

pada guliran angin yang pergi

pada senandung riak di tasik

sepetang berdiri-menghakis egois

dan suara menjelma terapung-apung

dengan bayangan manis

kerana kata-katanya

pembalut kesepian dan cedera luka

tiada apa-apanya-setelah kujumpai dia

duduk dan berlunjur

meresapkan kalimahnya dan kalimah-Nya

Pernah katanya

seribu panglima menyerbunya

seumur hidup ancaman ditimpakan kepadanya

tak pernah ia menyerah

walau seinci mundurnya.

.

Sekian

kami.orang.kampungan

p/s kena pulangkan balik buku ini cepat-cepat, takut bapa cari.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s