Salam

Hai Blog!

Hari Sabtu lepas sebaik saja selesai menghadiri perkahwinan kawan AbahJnJnJ yang juga ada pertalian saudara dengannya, kami melawat kakakku di hospital yang ditahan sebab tinggi darah. Dia mengandung anak kelima sekarang ini, anak keempat umur setahun 4 bukan (mengkalilah seingatku)

Dia ini, kalau mengandung mesti tekanan darah rendah (tinggi?) aku pun tidak pasti. Lupa tanya dia hari itu hehe. Dia mohon untuk masuk bilik kelas pertama (di hospital KB). Ok jugalah. Nanti kalau ada adik Jannah, mau masuk sana juga, sebab luas, ada aircond dan pelawat boleh lama-lama melawat.

Orang selalu cakap muka kami sama. Rasanya aku ada cerita dulu-dulu pasal ini. Mestilah kan adik beradik. Yang tidak seronok kalau orang cakap dia itu adik aku, sebab muka dia muda sikit dari aku :P. Tapi tidak mengapalah aku sedarlah aku ini bermuka tua kan Ning? hehehe

Menurut adikku, dia sepatutnya sudah keluar kemarin, tapi kena masuk antibiotik lagi (belum telefon dia tanya khabar), jadi mungkin duduk situ sampai 3-5 hari lagi. Bosannya hahaaa. Tapi ngam juga dia duduk sana, tidak payah fikir pasal kerja dulu. Rehatkan fikiranmu tu saja ya

Love you!

Jangan lupa bagi hadiah 12pcs BA masa hari lahirku nanti, ingat 7 hari lagi taukkk!!

yang ini nda sengaja sebab aku ambil gambar sendiri, separuh seja, jadi nda payah simpan watermark dimuka haha

masa suruh AbahJnJnJ ambil gambar memang membebel sebab dia malas ni ambil gambar, sikit-sikit bergambar, sikit-sikit bergambar katanya adoii

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s