Salam

Hai Blog!

Minggu depan, atau minggu depannya lagi kami balik kampung. Jadi kesempatan yang ada ini dipergunakan untuk mengemaskini belog. Eh aku mahu bikinlah header yang cantik tahu tapi sampai sekarang belum dapat terinstall lagi CS3 daripada kakakku nih (mahu jugalah kan pakai Adobe, ceh!).

Tengok Header cantik-cantik sini 🙂

Syazwan

Sejak cuti sekolah, saaaaaangatlah susah mahu mandi. Kalau pun dia mahu mandi kena ada ‘balasan’. Contoh ‘ Juan mandi, kalau mama kasi main game‘, atau ‘Juan mandi kalau kita jalan pergi tempat gelap (shoppingmall)‘, atau ‘Juan mandi kalau abah beli gambar nenek (kfc)’.

Nah semua yang dimaukannya itu kecuali main game adalah amat susah sekali ditunaikan sebab pertama kami jauh dari bandar. Kedua abah bukannya berdompet tebal mahu makan sedap hari-hari kan. Kehendak Syazwan ini amat susah untuk dipenuhi mahu slow talk sama dia cakap “Nak, kita bukan orang senang dan boleh makan sedap hari-hari’ tapi apalah yang dia faham kan?. Tiap kali aku mula bercakap dengannya dengan nada begitu, mulalah dia memintal-mintal rambutku, tepuk-tepuk pipiku, debik-debik belakangku, Kasar bah mainannya nih, jadi terus niat tu terbantut begitu saja. Astaghfirullah.

Jadi, jika tiadalah diturutkan kemahuannya itu, dia tidak akan mandi sampai petang. Terpaksalah aku letak Syazanna di baby walker (mujurlah ada), Syazharina pula memang pandai bawa diri sudah, aku sinsing baju di lengan, angkat badannya yang kurus tapi berat itu dan mandikan dia. Secara paksa. Jadi mendengarlah jiran-jiran di sebelah. Tawakal saja kalau dorang ingat aku mendera anak, sebab tangisan dan teriakan Syazwan itu berbisa, bikin nyeri orang dengar. Sedangkan hanya KENA AIR saja.

Fuhhh. Kau, berpeluh bah.

Syazharina

Ini budak sudah pandai tambah BAH di belakang, dulu-dulu memang tidak pandailah. Ditambah lagi abahnya cuti jadi segala aspek perlakuan, perbuatan abangnya itu ditiru. Kalau abangnya tidak mahu makan, dia pun tidak mahu, cuma mandi sajalah dia suka sebab boleh rendam lama-lama dalam air, main air. Cuma tabah saja dengar mama cakap balik balik tutup air, jangan menyayang air (jangan membazir). Yang suka ketawa jerit-jerit itu pun masih lagi. Bayangkan dia ini tiba-tiba jerit tengah malam jam 12 saja suka-suka, aku pun hairan.

Ohya dia ada tabiat baru mau pakai baju dia yang dipakai berjalan (kira baju barulah) dalam rumah. Kalau baju lain yang lusuh-lusuh atau tidak lusuhpun tapi baju di rumah dia langsung tidak mahu pakai. Jadi baju-baju berjalan ini akan berulang-ulang, kalau kotor cuci dan dia pakai pula sebelah malam. Adeh..

Apalah sudah gaya durang ni???

Syazharina

PEMBETULAN. Cara kira umur bayi ya MamaJnJnJ:

Dia lahir 02.03.2011, jadi sepatutnya kira dari bulan 4lah. Jadi sepatutnya  bulan 12 ini dia masih 9 Bulan. Astaga, apalah yang aku fikirkan, sampai umur bulan anak sendiri pun dikasi advance lagi ke depan macam ini. Sudah dua kali begini. Masa umurnya 7 bulan, aku ingat dia sudah 8 bulan. Apa punya mamak ni banyak fikiran kan. Begitulah.

Ok, jadi si Syazanna ini pernah satu kali berdiri dengan bantuan kakiku lah. Dia pergi pegang kakiku dan susah payah naikkan punggungnya lepas itu tiba-tiba tiada sudah aku rasa apa-apa (masa itu tengok laptop jadi kurang peduli, apa punya mamak neh!). Sekali lagi aku tengok dia sudah berdiri sambil mengimbangkan badannya sambil tersengih-sengih, hahahaha. Lucuk! tapi tiada sempat ambil gambar sebab handphone sedang bersambung dengan laptop :(. Dan lagi walaupun tiada belum ada gigi, roti yang keras-keras macam jacob dan oatkrunch itu dia pandai makan juga, caranya dia hisap-hisap sampai berair lepas itu telan.

Lain-lain macam biasa juga. Ada, tapi biasalah kalau mengadap laptop, jadinya lupa pula.

Aku

Heh! macam biasa juga bah, hari lahir lalu banyak muhasabah diri. Jangan terlampau sakitkan hati orang. Bicara yang baik-baik sajalah. Aku cuba, yah aku cuba….kadang sepatah ayat, atau sebaris kata aku taipkan mungkin fikirku gurauan tapi tidak bagi sesetengah orang. Jadi aku minta maaf kepada sesiap saja yang pernah aku sakiti hatinya, melalui blog, melalui Twitter, melalui Facebook.

gamba time bujangan kunu, pigang pukuk kayu kelapak

AbahJnJnJ

(Masih menunggu kena belanja makan sedap-sedap, for once in a year ni baaaangggg!!!!) tehehhe… tapi aku berterima kasih juga sebab sempena birthday aku, dia ambik cuti 4 hari. Thank you abang!

Eh tapi tau apa yang paling aku suka?

Jalan-jalan dengan anak-anak dan dia (walau tidak membelilah, tengok-tengok saja, barang-barang atau baju-bajuan)

Bundle Naim/ Bundle Inanam

Kerana kau harus tahu dari dulu ‘ aku memang kaki penjalan’.

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s