Salam

Hai Blog!

Hari Jumaat hari itu keluar selepas Jumaat. Minta bawa AbahJnJnJ pergi makan sedap-sedaplah kononnya ke SM. Sekali telefon pula pemunya restoran yang juga majikan AbahJnJnJ (maksudnya, fail under dialah), boss itu cakap hanya beroperasi dari 11 pagi ke 2 petang, 6 petang ke 11 malam.

Si Syazwan pula tidak henti-henti bergusti dalam kereta, mahu minta bawa makan tempat Gambar Nenek. Habislah barang dalam laci kereta dia bongkar demi untuk memperlihatkan keinginannya itu. Jadi mahu tidak mahu kehendaknya diturutkan juga.

Sampai dekat tangga, dia nampaklah TutiFrutti, mahu juga dia pergi situ. Terpaksa belok ke kiri, ke SR. Hatiku memang tidak ada pun mahu makan di situ. Malas, menu tidak sama dengan apa yang dihidang. Minta maaflah, tapi betul. Kalau keknya sajalah yang menang.

Lepas makan, minta bawa naik pula pergi tempat Tempat Labah-Labah (serius aa lepas ini, dalam masa 6 bulan tidak akan ke sana lagi). Susah kalau bajet cukup-cukup mahu bawa dia ke sana. Jadi bawa jugalah, sementara tunggu dorang main, aku bawa Syazanna NIP di CooCity. Lepas minum, nampak pula kedai berdekatan. Tidak payah kasitahulah di mana sebab ada isu yang agak sensitif di perenggan yang akan aku ceritakan kelak.

Kedai macam butiklah begitu (ya??). Jual pakaian ladies, ada beg juga, seluar juga, cardi. Kecillah. Salesgirlnya juga kecil dan comel. Bila belek-belek harga satu blouse RM28. Bila aku tanya dia (bongok jugalah kan aku tanya sedangkan sudah tahu harga). Dia jawab RM30. Ohh kataku sebab mungkin memang dia tidak perasaan.

Bila nampak Cardi Purple (gatal juga walaupun sudah ada long cardi purple sebiji begitu, tapi yang ini pendek), aku belek harga, RM25. Bila aku tanya dia (saja ja) dia jawab RM28. Eh? Kenapa begitu? Aku sudah suspek lain sudah. Jadi aku suruh dia pergi tengok harga itu balik. Sebab ada 3 Cardi sama design tapi lain warna di situ yang juga harga RM25.

Aduih dik, janganlah begitu. Tidak bagus tahu?.

Tapi aku beli jugalah (dengan-dengan keadaan bajet yang tiada kan), sebab entahlah, mungkin sebab kasihan dengan dia. Tapi aku bayar RM25.00 saja.

Tidak pernah alami yang begini lagi, mungkin sebab kedai itu terpencil dan dia seorang diri saja di sana. Katanya baru buka. Memang boleh tahan jugalah. Kira murahlah dan boleh mampumilik macam orang-orang seperti aku ini :). Yang selalu terjumpa salesgirl yang membuntuti kita ke mana saja kita pergi kan? Kecuali keluar dari kedailah.

Sekian.

Kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Puan As berkata:

    Aku pernah bah kerja salesgirl, ko tau ka kenapa tu SA suka ikut customer..sbb sapa dpt customer yg membeli, komisen masuk dia punya..sapa malas follow customer, tiada la komisen..ehehe

    • as, aku pernah jua kerja, sana di wisma merdeka dulu ada kedai kraf (bamboo) tu..tapi aku 2 org ja, kedai kecik, buli tengok sebab rak-rak nda sama macam baju2..3 bulan ja pun pas abis grad hehe..

      baru tau pasal komisen ni..patutlah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s