Salam

Hai Blog!

Hari ini saja setakat ini kami didatangi dua orang lelaki.  Seorang ini pakcik bangla penjual kain dan seorang lagi adik promoter jual hos gas.

Pertama, pakcik Bangla main pujuk-pujuk beli cadar yang berharga RM70 satu, bila aku kata tidak ada dan duit memang tiada pun ditinggalkan di rumah, dia pujuk lagi beli tuala, aku kata ada sudah, dia pujuk lagi beli baju tidur, bila aku kata sudah ada, dia pujuk lagi beli tuala. Erkk.

Akhirnya dia pergi sebab aku berkeras kata aku sudah ada semua itu, walaupun dia kata boleh hutang. Dan dia masih di pintu yang bergrill, aku tidak bagi masuk pun. Biarlah.

Kedua, adik promoter hos gas, mengaku daripada wakil PETRONAS, untuk beri taklimat cara-cara menggunakan gas dengan selamat di rumah. Pada mulanya aku was-was sebab aku ada isu dengan orang asing yang masuk ke rumah. Manalah tahukan dia saja tengok-tengok barang ‘berharga’ di rumah ini kemudian malam karang dia datang kopek grill untuk curi. Wasangka ini perlu juga untuk keselamatan aku rasa. Dia meyakinkan aku bila dia kata ada kes gas meletup di Taman Rugading iaitu perumahan flat sebelah juga. Aku bagi dia masuk dan tengok gas (terlupa langsung minta kebenaran dengan AbahJnJnJ)

Sambil bercakap aku tengok kad yang bergantung di lehernya juga. Dia kata hos gas yang selamat berwarna hitam, dorang jual RM68 sebiji. Kebanyakannya penghuni di sini sudah beli dan HUTANG dengan janji dibayar 1 Januari 2012. Percaya jugalah aku. Dia cakap juga kakak yang tengah masak di Taman Rugading itu terkejut dan lari bila hos itu terlepas dan meletup. Aku percayalah juga. Isunya juga sebab si Syazanna selalu ikut ke dapur, tengok aku masak dengan baby walkernya ini, jadi aku seriau. Naudzubillah.

Tapi masalahnya aku kena tanya AbahJnJnJ dulu, walaupun aku boleh berhutang. Benar kebanyakan orang memandang remeh akan keselamatan gas di rumah, macam aku jugalah. Tapi belum tentu hos gas yang dia promosikan ini benar-benar selamat dan atau benar-benar mematuhi spesifikasi keselamatan gas di rumah. Ada kebingungan yang jelas di sini. Heh!

Bila dia keluar, aku tengok matanya, manalah tahu dia tengok bilik pula kan, tapi syukurlah tidak, dia keluar sambil meminta maaf  sebab menganggu. Tahulah rumah agak semak walau jam sudah pukul 11, aku masih terkedek-kedek dengan mana mengayun Syazanna, mana masak nasi goreng semalam (banyak lebihan sebab makan di luar), mana lagi memandikan Syazwan dan Syazharina, pendek kata rumah bagai tongkang pecah. Sabar sajalah kau dik tengok rumah kamiorang ini.

Jadi aku pun hairan sebab aku ada masa kemaskini blog, sekarang ini, masa ini. Kan?

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. aima berkata:

    Nang..jangan ko kasi masuk orang melainkan kebakaran!! bolehka? hu hu hu ku pernah tu ms menyewa llk mau masuk sebab dia mo pom nyamuk..ms tu kami semua prmpn..POM NYAMUK dia caj mahal ne..maka maka pom nyamuk kerajaan bg FREE..lepastu aku nda kasi masuk dia men teriakteriak ugut mau saman kami.. smp aku blk KK tiada pun surat saman datang..pok silap ja tu mau masuk rumah!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s