Salam

Hai Blog!

Lupakan hasrat untuk bebahasa inggeris. Sekurang-kurangnya aku mencuba dan tidak cakap saja kan?. Aku sedar aku masih banyak lagi kekurangan, itu sebab tidak diasah. Memang aku sibuk-sibuk mahu belajar bahasa inggeris walaupun kita patutnya menyanjung bahasa Melayu, tapi tengoklah sampai mana tahap orang yang pandai berbahasa inggeris dengan orang yang tidak tahu berbahasa inggeris, banyak contoh di sekeliling kita. Masalah aku, aku takut mencuba, aku segan, aku tidak punya keyakinan, aku ketiadaan semangat yang jitu untuk memulakannya. Jadi aku ketinggalan, sangat banyak ketinggalan. Lebih-lebih lagi di usia begini. Ya diusia begini. Aku tidak mahu mengatakan diriku menyesal sebab ini, iaitu jika aku pandai berbahasa inggeris aku tidak akan segan pergi ke mana-mana temuduga sekalipun. Ohya berkait rapat juga dengan keyakinan bukan. Kau pandai berbahasa inggeris, tapi kau tidak yakin, gagal juga. Kau pandai berbahasa inggeris tapi kau takbur, cakap megah di hadapan penemuduga kau gagal juga.

Melarat sudah. Tangan tidak mahu berhenti menaip. Aku taip apa yang ada dalam kepala aku sekarang. Anak-anak sila beri mama peluang kali ini saja. Seberkas kata-kata menumpuk dalam kepala mama, minta dikeluarkan sejak dari minggu lalu cuma tiada kesempatan. Mama sibuk, mama sedang cuba memahirkan diri memasak, memasak untuk kamu, memasak untuk Abah juga. Menyediakan masakan setaraf Chef untuk kamu sukai dan tidak perlu keluar makan di tempat yang kita kurang mampu (hari-hari maksud mama nih), bukan baik juga untuk kesihatan kamu kan. Sudahlah jangan begitu, aku tidak mahu membiasakan kamu dengan kehidupan yang begitu, dimewahkan. Jadi beginilah mama rasa ini peluang mama untuk menebus segalanya. Mama tahu sejak bujang mama kurang bersosial, walau dengan adik beradik sekalipun, apalagi menyibukkan diri di dapur. Sudah mama cerita dulu yang mama suka berkurung dalam bilik, melukis, membaca, berpuisi. tugas-tugas cuci piring, menyapu di luar, merimbas, itu yang mama buat dulu masa bujang. Jadi begitulah, mama kurang terdedah pada dunia masak-memasak. Tidak menyesal, cuma ralat sedikit dengan akibat yang terjadi sekarang bila mama bukan tidak pandai memasak, pandai cumanya kurang sedap.

Hei, jari tidak mahu berhenti, boleh?.

Jadi dalam beberapa hari ini, mama sudah cuba dua kali buat donut. Teringin hasilnya macam Big Apple, Dunkin Donut tidak minat, macam donut biasa (luahan berani matiku, maaf peminat DD). Cuma toppingnya mama susah mahu buat, sebab kurang bahan, kurang kepakaran. Mama tabur saja susu campur gula halus, masih sedap juga kata Abang Syazwan. Tapi itulah masalahnya, dia makan bahagian kulit saja, licin dan telanjang begitu, macam dia makan kulit Ayam KFC. Telanjang bulat drumstick itu dia tinggalkan.

Ohya dan kini mama cari resipi ayam goreng ala-ala KFC pula. Semua sudah ada cuma baking powder (baru mahu google rupanya), dan tepung pulut/ tepung beras dan sedang diperap, belum tahu hasilnya.

Tiba-tiba bertukar jadi warkah bah pula entri ini.

Gambar

 

Hey mamaJnJnJ, habislah kau kena dengan peminat KEPC lepas ni!

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

8 responses »

  1. aima berkata:

    kih kih kih.. jngn juga ko neves bah..org putih pun nda jg cek grammar mu..org malaysia seja bgtu tu tuh..

  2. Lina Marley berkata:

    yakin ja ko nang..ada org yg lagi teruk dr bahasa english mu..bahasa english tuh hanya perkara luaran aja..dalaman yg paling penting..hahaha..sakettt!!

  3. TanTan berkata:

    sbb kita ni duduk dlm msyarakat yg environment nya suka mngata. dulu pun bila sy kena wat oral speech dpn kelas, ada slh sebut ckit da kena gelak. automatic la kte jd segan kan? pastu mula la nak tkut.

    tp nasib bek ada la org2 tsayang nasihatkan sy : “Jadikan org yg komen/gelak kan kita tu sbgai pembakar semangat. jdkan tu cabaran bia diri terus bjaya”

    sy trima nasihat dorang tp pd msa sma takut jgk sanye. hee cuma kne yakin je la. ala kdg2 org yg gelak tu pun blm ckup bgus lg agknye. takde terlambat klau nk bljar. tingin gak blaja masak mcm2, lagi2 cara nk wat kuih. takpe yg penting kne try 🙂

    btw sy bru lg dlm blog2 ni, singgah2 la ye 🙂

  4. fara berkata:

    hai…selamat berkenalan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s