Salam

Hai Blog!

Nah kan termissed lagi naik bulan anak bongsuku ini. Beginilah kalau mama-mama yang sudah berusia dan sentiasa sibuk ni, banyak benda dibuat, banyak benda difikir sampai lupa-lupa begini.

Di usia Syazanna 10 Bulan perkembangannya adalah seperti di bawah (skema bah)

-Sudah pandai berdiri, cuma mencari tempat berpaut duluan. Contoh kerusi, sofa, tilam, bakul, kaki mamanya hahaha.

-Sudah pandai hisap straw (cawan/gelas berstraw tu)

-Sudah pandai malu-malu kucing kalau di panggil namanya (awwww sumilll)

Itu saja rasanya, tidak banyak yang dia pandai lagi ni. Cuma sekarang, aku perlu bawa dia berjumpa Dr M juga, minta timbang. Sebelum ini dia ada demam masa cuti Krismas hari itu, diikuti dengan batuk dan selesma. Sudah berjumpa doktor di IP, periksa paru-paru tiada masalah juga. Aku sangat ingin mahu tahu beratnya macamana sekarang tapi tiada berkesempatan. Asal saja turun KK mesti lupa ke klinik Dr. M.

Dan Alhamdulillah, dia masih menyusu badan, cuma kurasa agak kurang dan juga dia kurang makan bubur, ohya dia sudah pandai menolak dengan memalingkan mukanya sambil tutup mata (awww sumillll) bila aku suap bubur. Kemungkinan dia sudah bosan dengan bubur kentang campur bilis blender mamanya. Jadi lepas ini kena rajin-rajinkanlah sediakan makanan macam MamaIpan tu ya MamaJuan, aku pun sebenarnya terliurlah tengok hehe..

Ramailah orang kata, dia ni ikut muka AbahJnJnJ, iyalah, muka Syazwan, muka Syazharina pun muka abah dia, muka aku tiada pula, adeh.

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Lina Marley berkata:

    awww sumilll!! nda asi kan..seumur muka bapa..yg kepayahan branak nya mama..haha..(same le dgn aku juge..menci!)

  2. itulah aduii eh tapi hannah n dayyan masih ada lg mukamu lina, aku ni langysng ndada.. juan jak kali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s