Salam

Hai Blog!

Seharian ini mengemas stor. Cuba mencari di mana bersarangnya serangga yang paling aku tidak suka. Apalagi memikir ia merayap di almari bajuku. Rasa macam mahu pijak-pijak. Tapi aku masih punya peri. Sebab tahap kegeraman itu menjadi-jadi bila kau jumpa ia dan anak-beranak menyusup celah-celah baju yang akan dan mahu dipakai. Sudahnya terpaksa cuci juga baju-baju yang pada firasatku terkena ia. Bayangkan saja umur Syazharina 5 bulan kami sudah pindah ke sini. Sekarang dia berusia 3 tahun masuk 4 Julai ini. Nah mesti sudah beranak pinak dalam stor, belakang almari, bawah sinki dan lubang paip. Geli geleman aku membayangkannya.

Salah satu sebabnya juga dia telah pindah. Duduk di kampung dan kami rasa biliknya kosong itu perlu ditambahkan juga kesemakannya, memandangkan bilik stor sangat sarat dengan pelbagai barang. Aku tidak harap AbahJuan yang kemas sebab dia akan letak sesuatu barang di tempat yang aku tahu. Dan bila aku perlu barang itu masa dia kerja, serba salah pula telefon menyibukkan diri bertanya, pada perkara remeh. Mula pagi, siap petang. Masih juga tidak siap, sebab kena masak, solat dan mengurus rumah tangga. Ohya, bertwit juga, laporkan perkembangan kerja. Biasalah, #tahitwitter yang #noob dan #bbnu.

Masalah timbul bila mahu buang barang sebab makan ruang. Sebab barang-barang yang ada di situ adalah kebanyakannya barang-barangku juga. Dari aktiviti nomad sejak bujang dari likas, peringatan, menggatal then kahwin dari teluk villa, kg likas ke seri maju dan akhir sekali di sini Telipok Ria. Lepas itu bawa balik buku dari kampung, majalah, bahan-bahan bernilai sentimental. Memang satu bilik stor itu aku punya. Kecualilah raket, kasut futsal dan lain-lain seperti mainan JnJnJ.

Susah mahu buang, tapi terpaksa.

Memang mengimbau kenangan. Automatik. Seperti juga melihat detik-detik akhir tenggelamnya Titanic tadi di Astro Fiesta. Aku mengenang masa menontonnya dengan keluarga. Masa itu pakai video tebal begitu lagi. Ulang-ulang sampai rosak dan dimarahi. Archie, masa tinggal di Sembulan dengan kawan-kawan bujangan yang kerja KFC. Tanpa lampu waktu malam, tinggal di sebelah bawah agak daif kalau aku ingatkan. Sebelah atas penyewa kedekut. Kaset BEP, terkenang kisah masa itu tapi lupa yang mana satu sebab terlalu banyak. Majalah muka depan KirstenStewart, teringat masa mula-mula tergila-gilakan Twilight sampai ulang 6-9 kali tengok. Hei masa itu New Moon ditayangkan di pawagam dan aku meminta AbahJnJnJ melanggan astro Movie. Tidak cukup dengan itu, aku beli dvd pirate lagi sampai ke Eclipse. Haha gila.

Kenangan begitu susah kau dapati. Dan jika kau tidak rakamkan, kau lupa. Macam aku. Ada perkara-perkara penting misalnya perkembangan anak yang aku lupa. Bila Syazwan sudah mulai merangkak, bila Syazharina sudah pandai berdiri jatuh, kadang aku lupa gelagat mereka.

Begitulah fungsi perakam kenangan macam blog ini, tapi jurnal bertulis adalah paling sempurna. Cuma kurasa aku lebih suka menaip daripada menulis sekarang ini hehee.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Lina Marley berkata:

    eh archie!! eh! katun aku minat satu ketika dulu! ‘sugar! oh honey honey!` you are my candy girl~..’ haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s