Salam

Aku membaca status salah seorang sepupuku yang berasal dari Sandakan tapi menetap di Semenanjung. Bapanya (di Sandakan) meninggal baru sekejap tadi dan aku kurang pasti jam berapa dan sebab apa, kami kenal begitu-begitu saja. Tidak berapa lama bulan yang lalu, tahun lalu, bapanya dan anak lelakinya ada datang tidur di rumah memandangkan tidak ada saudara terdekat, hanya mamaku yang berada di kampung (mamaku adik beradik dengan mama sepupuku ini, isteri kepada pakcik yang meninggal).

Dia datang dengan anak lelakinya dan berasa kekok juga kulihat. Aku tahu sebab diaorang tidak mahu menyusahkan kami, sedangkan kami tidak kisah, malahan berasa kasihan. Masa itu bapa datang dari kampung untuk ambil mereka dari terminal, hantar ke rumah ini dan balik semula ke Kota Belud sebab ada kerja yang perlu disiapkan esoknya. Mereka bermalam sebab esoknya ada temujanji dengan doktor di hospital likas atau Queen kalau tidak silap. Besoknya pagi-pagi lagi AbahJnJnJ hantar mereka ke hospital, aku tidak sempat berjumpa sebab mereka terus balik ke Sandakan, lepas temujanji.

Malam itu, aku dengar batuk-batuk yang kuat, dan sekarang aku rasa hendak menangis. Berat kerongkongku, ditambah lagi beberapa gangguan emosiku sejak siang tadi yang aku rasa aku sendiri puncanya, perasaanku ini bercampur baur. Mana lagi kerisauanku dengan Syazwan yang akan mula sekolah besok. Serasa ingin menampar muka sendiri. Menyesal sebab tidak kenal lebih dekat, menyesal sebab tidak bertanya-tanya khabar selepas itu. Aku terbayang kelibatnya yang sudah agak berusia begitu, ya Allah. Rupanya itulah kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengannya.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali.

Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan golongan mukminin dan para solihin, Amiiinn..

 

Dan kini aku merasa kehilangan.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s