Salam

Hai Blog!

Hari ini Syazwan mula sekolah, di Tadika ABIM, Taman Cerah Menggatal yang aku salahtwitkan sebagai Taman Cheras T_T.

Aku mesej pagi-pagi tanya AbahJnJnJ, macamana keadaan Syazwan pagi-pagi. Dia bilang mula-mula Syazwan tidak mahu masuk, sebab tunggu kawannya dari ABIM Tg Aru dulu, nama Hazeri (disebutnya Hazeli). Tapi bila dia nampak ada seorang budak perempuan menangis tidak mahu ditinggalkan bapanya, dia tiba-tiba suruh Abahnya jalan. Lega hatiku mendengarnya, sebab awal-awal lagi dalam beberapa hari dia macam tidak sabar ke sekolah, sanggup dia bawa-bawa kalendar dan asyik-asyik tanya :

‘Abah, berapa hari lagi Juan mau pergi sekolah ni?, ada 3 hari lagi kan?’ Begitu tanyanya.

Jadi bila AbahJnJnJ balik yang mana aku terkejut sebab dia tidak bagi tahu pun dia tambah cuti lagi, lepas masak sebelah petang kami sekeluarga ambil dia di Tadika awal sikit, sebelum jalan sesak jam 5.

Sepanjang jalan balik aku tanya kalau dia suka sekolah barunya, dia kata dia suka (suuuukkkaaaaa ) sekolah barunya. Bila kutanya suka apa, dia kata sukalah semuanya. Aku tanya dia makan apa, dia ada belajarkah harini, dia jawab ada buku yang harus ditulis nama, ustazah suruh.

Kamu tahu, bila aku suruh dia tulis namanya, dia buat-buat berfikir dan cakap pula tidak pandai. Aiseh. Aku tepuk dahi, salah aku. Memang salah aku. Selama-lama dia cuti aku jarang betul suruh dia menulis. Aku ajar membaca saja. Masalah juga sebab ada game yang bikin dia terpesong sedikit dari minat suka belajar. Salah aku memang salah aku. Aku fikir-fikir, apa saja yang diajar di tadika lamanya kalau bukan perkara asas kan?. Mustahil dia tidak diajar juga mengeja nama sendiri. Salahku sendiri juga terlalu menyibukkan diri dengan kerja-kerja rumah, hey! belog, hey twitter, hey facebook..hmmmpftttt! Memang salah akulah selama ini. Itu yang buat aku berfikir sambil menggeleng-geleng kepala. Lalu aku ambil satu buku latihan dan tulis namanya, suruh dia tulis lagi di bawah tulisanku.

Bila dia mula tulis, rupanya dia tahu, dia baru ingat. Sebenarnya aku rasa dia ini selama cuti sekolah memang tiada difikirannya semua itu. Game, game, game. Jadi bila kena refresh begitu memang dia ingat pula. Aku lihat dia tulis satu-satu sambil berhenti sekejap-sekejap mengingat. Dapat jugalah dihabiskannya. Dan kamu tahu apa???, rupanya namanya pun panjang juga ya.

MUHAMMAD SYAZWAN.

Panjangkan? Cuba kalau tambah nama Abahnya lagi.

MOHAMMAD SYAZWAN BIN M_ _ _  S_ _ _ _ _ _ @ T_ _

Aduih, aduih aduih aduih.

 

Jadi dalam bukunya pun dengan ruangan nama yang kecil dan tulisan yang besar dia pergi sambung lagi di bawah yang sepatutnya untuk nama kelas hehe.

Kena buat resolusi baru lagi tahun ini, lebihkan anak-anak. Maksudku tidaklah juga mengabaikan lain-lain  macam tanggungjawab untuk ibadah, suami dan sebagainya. Tapi aku perlu ubah juga rutin harian, kena kurangkan sedikit masa bersosial di alam maya, yee. InsyaAllah. Bolehkah aku buat itu? aku cuba, sebab setiap masa yang berlalu tidak akan kembali lagi, tidak akan menunggu manusia yang rugi. Ruginya mama budak ini.

 

Sekian

 

Kami.orang.kampungan

 

p/s – dalam perjalanan balik, kami singgah ke perumahan Putera Perdana, pasang angan-angan untuk tinggal dalam rumah seperti itu, satu hari nanti, satu hari nanti, InsyaAllah….

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Lina Marley berkata:

    nah..bygkan anak ku nnt..haha..
    Qiasatina Dalilah Hannah A. Marcial
    yg c rockstar ku pula..
    Athier Dayyan Ghassani A. Marcial..
    wah!! geleng kepala la cigu nya..haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s