Salam

Hai Blog!

Susah mahu sebut ni mula-mula (bagi akulah), tapi kalau ikut sebutan Aamir Khan, senang pula. Kenapa aku kata Aamir Khan, sebab aku sedang menonton Like Star On Earth atau Teera Zameen Par(TZP). Tapi belum habis, bayangkan tengok di Youtube yang ada part-part kan, kalau kau makan nasi sempat lagi kau tambah 3-4 kali. Jadi untuk tidak membuang masa, aku tunggu sampai habis, baru aku restart balik dari mula, bukan refresh. Sampailah semalam baru habis part 13 dari 16 atau 17 part semuanya. Entah bila tersambungnya nih dengan line macam SB.

Aku terfikir untuk buat sinopsis Stanley Ka Dabba(SKD), mahu suruh kamurang tengoklah sekarang ada di saluran Tayangan Hebat Astro. Tapi nantilah, aku tengah ada idea pula mahu buat entri pasal Disleksia. Punca yang mendorong aku ingin menonton TZP sebab dalam reviu SKD ada disebutkan tentang TZP yang pernah terima anugerah, adalah 3-4 anugerah, dan aku mahu tahu juga apa itu disleksia dari perspektif dunia lakonan.

Aku tidak tahulah penerimaan ibu bapa yang baru tahu anaknya mempunyai Diskleksia, mungkin juga seperti penerimaan ibu bapa si Ishan, budak yang pegang watak utama di samping Aamir Khan. Begitu juga dengan penerimaan serta perlakuan cikgu-cikgu yang bisa saja prejudis pada Ishan atau rakan-rakan yang mengejeknya, sedih. Sedih kalau aku di tempat Ishaan, atau membayangkan anak-anakku diperlakukan begitu. Tapi ini hanya dalam filem saja, harap-harap sepanjang yang aku tahu belum ada kes begini di dunia sebenar.

DEFINISI- Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Ia bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

JENISNYA  iaitu Disleksia visual (penglihatan), Disleksia auditori (pendengaran) dan Disleksia visual-auditori

PUNCANYA-Keturunan atau genetik, Biologi dan Kematangan

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA– Mengeja, Membaca, Menulis, Bercakap dan mendengar, Nombor, Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

Sumber : PORTAL RASMI PENDIDIKAN KHAS 

Sebelum ini aku pernah dengar juga tentang disleksia, iaitu di Saluran E-News. Cerita tentang artis ini yang mempunyai Disleksia, Kiera Knightly. Jadi aku terfikir bagaimana kanak-kanak yang pada mulanya mempunyai sama ada pendengaran, penglihatan dan auditori macam Keira boleh menghafal dan menghayati skrip lakonan dengan begitu baik.

Bukan Keira saja, tapi mereka-mereka ini juga yang terdiri pelbagai bidang:

Bruce Jenner, Orlando Bloom, Keanu Reeves dan Keira Knightly

Agatha Christie(penulis novel), Muhamad Ali dan Tom Cruise

Ramai lagi sebenarnya kalau tengok di FAMOUS PEOPLE WITH THE GIFT OF DYSLEXIA. Cher, Albert Einstein, Leonardo Da Vincci, Tommy Hilfiger, John Lennon, George Washington dan lain-lain. Penemuan yang agak mengejutkan juga bagiku. Orang-orang yang berjaya, ilmuwan, penulis, ahli ekonomis, berjiwa besar tapi kemampuan minimal pada zaman kanak-kanak atau sepanjang usia remaja, memanglah mengejutkan.

Berbalik kepadaTZP, aku akui lebih suka menonton filem begini, sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan di dalamnya. Tidakku prejudis pada filem kita, drama kita, tapi inilah yang sepatutnya dijadikan rujukan perfileman kita.:). Sekadar menyebut tiga filem Stanley Ka Dabba yang benar-benar merenggut perasaanku dan Teera Zameen Par, Chillar Party juga salah satu filem yang patut ditonton 🙂

Bahagian buatku berderai? ada jugalah dua tiga scene, tapi tidak seberderai Stanley Ka Dabba, namun emosi sedih ku juga mungkin disebabkan oleh lagu-lagu dan pembawaan karekter dalam filem ini seperti petikan ulasan reviu ini:

As much as the narration itself, it’s the music and images that play on viewers’ emotions.

jamesplath

Hey, aku tidak arif dalam membuat ulasan sesuatu filem ya, cuma kurasa filem ini bagus ditonton sebab kita akan lebih tahu tentang disleksia yang mungkin terjadi pada anak-anak kita tanpa disedari.

Just find your niche in life. Look at dyslexia as a gift. Don’t worry about it. You won’t die from it.” ~ Bruce Jenner

Bruce Jenner tu bapa tiri Kim.K :), baru tahu hari ini dia rupanya ahli sukan wuwuwuwuwu.

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. aima berkata:

    good entry anang..

  2. Lina Marley berkata:

    dlm family aku pun ada..

  3. Nonny berkata:

    saya dan adik lelaki saya ada dyslexia masa kecil.masa saya kecil, asyik tulis huruf terbalik (mirror image).sampai koyalk buku,lepas tulis,padam lagi.akhir 80an awal 90an,manalah terdedah sama learning disabilities.tapi syukur,sbb mama sy cikgu.gigih dia latih sy.so sebelum tamat Tahun 1,sy dapat fight back masalah tu.smpi skrg,sy selalu ulang balik apa sy baca sbb kdg2 sy nampak huruf macam tebalik.adik lelaki lambat keluar dr kepompong dyslexia.tidak silap mau masuk sekolah menengah.mama sy ckp,klu budak lelaki mmg susah sikit mo fight back dyslexia.

    ps: nice entry.sy rajin lawat blog ni =)

    • wow…kagumlah saya dengan kamu dan adik kamu dan ibu kamu juga…camana ah mau cakap perasaan saya ni bila tahu begitu..macam terharu ada juga, macam bangga ada juga sebab kamu boleh atasinya dengan baik, boleh laluinya dengan tabah…

      terima kasih selalu singgah, dan salam kenal ya Nonny 🙂

    • Nonny, saya ada cuba pergi blog kamu tapi nda dapat tinggal komen gmail problem..saya guna open id pun nda dapat tau huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s