Salam

Hai Blog!

Tadi membebel di twitter pasal mahu jogging dan buang lemak-lemak terkumpula yang selalu dibawa ke hadapan. Maksudnya ke hadapan bulan-bulan seterusnya. Lemak-lemak tepu dan tidak tepu berhimpun di sekeliling perut mencipta kegeleberan yang buruk. Sangat buruk. Ini hasilan ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan selama tiga kali. Kuakui sejak anak pertama aku kurang menitikberatkan penjagaan badan atas alasan di tempat kerja (dulu) aku akan kurangkan makan. Bila masuk anak kedua pun kes jadi begitu. Mencipta geleber-geleber hodoh bukan setakat di perut, tapi di peha dan lengan. Ini hasilan ibu yang mengandungkan tiga anak.

Mesti kau Tanya, kenapa ZianaZain boleh slim?. Aku jawab ‘ aku tidak mampu ke DuniaSlim’. Gaji aku masa kerja dulu bukanlah sampai angka 2K. Habis-habisan pun membantu apa yang kurang pada AbahJnJnJ. Habis-habisan. Kau tidak akan Nampak aku berpakai cantik masa kerja, kau tidak akan nampak kilau-kilau emasan mamijarum di jari, pergelangan tanganku, kecuali cincin kahwin. Aku perempuan paling selekeh dalam pejabat masa itu. Paling selekeh. Sebab aku mahu berjogging ialah bila AbahJnJnJ kata 3 hari lepas :

“Eh, besar sudah pula kau ni dari belakang”

Nah, ini perempuan perasaannya rosak kalau ditegur ‘mesra’ begitu. Sifat semulajadi ingin cantik di mata orang kesayangan. Menyinar, agar tidaklah dia menoleh ke arah lain (perlukah di sebutkan di sini, tanyamu?, kurasa kau ada jawapannya) Yang aku tahu ini bukan cerita dalam kain. Ini ekspresi perasaanku yang berdenyut-denyut di minda. Seterusnya, baca perenggan di bawah.

Terdetiknya KESEDARAN ini apabila aku suruh Syazwan buka beg, tunjukkan apa dia belajar hari ini dan dia menurut tapi mata tidak lepas dari laptop dari TV. Pada masa ini aku memang menyalahkan adanya laptop dan televisyen kerana berjaya menggoda Syazwan untuk hilang tumpuan, untuk hilang perhatian. Namun bila kufikir kembali, sebenarnya akulah yang bersalah. Baca seterusnya.

Bila dia buka buku latihan Pendidikan Islam, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Perkembangan Fizikalnya, aku terkedu. B, C dan ada satu komen dari Ustazah atau cikgunya ‘Sila perbaiki”. Sebenarnya aku sudah buka bukunya dari awal lagi sejak dia hari pertama ke tadika, tapi entah apa yang buat aku lupa untuk menanyakan perkembangannya lagi.

Syazwan bagiku adalah ‘genius bagi kanak-kanak seusianya, atau lebih tua darinya (sepupu-sepupu sebelah AbahJnJnJ), bila berhubung dengan perkara laptop dan game-game. Mungkin sebab mereka tidak dibiasakan /dibelikan komputer. Seawal 2 atau 3 tahun dia sudah kupaparkan lagu-lagu dari laptop supaya dia terhibur, lihat kartun dan main game. Itu salahku juga. Kini dunianya hanya laptop. Balik dari tadika buka laptop sampai kelewatan malam, sabtu, ahad memang itulah mainannya. Kalau dia bosan, dia buka lagu Justin Biebir, doa-doa harian dan isi-isi dalam laptop. Kalau dia bosan, dia tengok kartun pula. Kalau dia bosan lagi dia main dengan kawan imaginasinya ‘ultraman’, kalau dia bosan lagi dia main pula dengan kawan realitinya, Syazharina. Begitulah pusingan hidupnya setiap hari. Bukan tidak pernah kupanggil, minta dia sebut abc, tulis nama sendiri, baca alif  ba ta dan sebagainya, pernah tapi dia cepat bosan, dia kurang perhatian, dia kurang tumpuan. Dunianya hanya laptop dan isi-isi di dalamnya.

Aku belek lagi buku-bukunya, aku sangat tidak percaya dengan kemampuannya  memahami ilmu dalam buku itu, sebab aku tahu tahap kemahirannya kini, hari ini. Baru kutahu hari ini. Contoh soalan-soalan dalam buku latihan itu begini:

Cuba bulatkan objek/binatang yang bukan BERAKHIR yang SAMA.

Bangku, Buku, Pintu, Pisang

Ohmy. Apalah yang dia tahu pasal itu. Aku cuba mengujinya tadi, tapi dia tunjukkan pula buku-buku lain yang dan matanya tidak lepas daripada laptop juga. Memang mengundang kemarahan. Pada dia dan pada diriku juga. Tapi lebih banyak pada diriku sebab hanya berani mencanang pada dunia yang aku akan berikan yang terbaik pada dia, aku akan berubah, aku akan kurangkan masa mengadap laptop. Jadikan itu resolusi tahun baru. Sampah Tahu!, semua itu sampah semata-mata yang keluar dari otak mengalir ke jari dan dipaparkan di sini. Aku berlebih-lebihan, hanya tunjuk sisi baik saja. Ibu yang memikir masa depan anak kononnya saat itu.

Jadi bila sudah jadi perkara begini, aku memang menyalahkan diri sendiri. Segala nafsu nafsi ingin kurus sertamerta merudum, semua keinginan materialistikku hancur bila memikirkan apa yang akan terjadi padanya dalam dua tiga tahun ini.

Apa yang perlu aku buat?, menyerahkan saja pada Ustazah dan Cikgunya untuk mendidik dia, untuk membentuk dia, mengajar dia? Itukan tanggungjawab mereka. Sebenarnya itupun sudah salah kan?. Pembelajaran sebenar bermula dari rumah. Akhlak, Akidah, pelajaran asas, mengenal benda, objek, binatang, huruf dan nombor yang paaaaling asas itu bermula dari rumah, dari ibu bapa itu sendiri.

Paling kurang pun, jika aku dibicarakan dan menjadi pesalah, aku salahkan sebahagian kecil daripada itu adalah keadaan. Keadaan bila AbahJnJnJ pergi luar kawasan, kami terpaksa balik kampung. Keadaan bila AbahJnJnJ pergi kursus sampai berminggu-minggu (beberapa kali dalam tahun lepas), kami terpaksa balik kampung. Serius, aku tidak selesa bila ada adik ipar lelaki dalam rumah, sangat tidak selesa, boleh mengundang fitnah dan aku perlu menjaga auratku. Bayangkan dengan mengurus 3 anak, bila dia ada aku kelam kabut, risau, resah bukan sebab aku SUSAH untuk melaksanakan kewajipan sebagai muslimah yakni menutup aurat dan sebagainya, tapi sebab perasaan panik bila dia tiba-tiba masuk dalam rumah dan aku kelam kabut mencari tudung/tuala atau apa saja yang sempat. Dan perasaan itu sangat tidak baik, sangat mengundang kemarahan.  Aku baru saja mengetahui pasal ini tahun lepas bukan di link yang di atas tapi ada satu lagi link yang aku sudah lupa, bila aku terjumpa pasal aurat sepupu dengan sepupu. Alhamdulillah, asal balik kampung suami dan juga kampungku aku akan menutup yang sepatutnya ditutup. Aku tidak peduli apa pandangan mereka. Tidak salah berubah untuk agama atau kebaikan. Tapi selain daripada sumber yang aku bagi, aku juga kena bertanya dengan ahli agama yang tahu tentang perkara ini. (Aku terpaksa kisahkan ini sebab  itulah jawapan kepada persoalan kamu, kamu dan kamu kenapakah aku hanya mahu kami tinggal berlima saja dalam rumah itu. Jadi sebab itu kami terpaksa balik kampung, mahu menyuruh dia ke mana pula?, takkan suruh dia tidur di rumah abang-abang lain kan. Biarlah aku mengalah. Dengan ‘kemengalahan’ ini, Syazwan sangat ketinggalan dalam pelajaran di taska lama. Sangat ketinggalan. Banyak yang sepupu-sepupunya tahu yang dia tidak tahu. Dan aku dengan kedunguanku pula membandingkan dia dengan sepupu-sepupunya yang jauh lebih pandai dari dia. Ini saja ‘point’ yang dapat aku utarakan untuk membela diri jika aku dibicarakan sebagai ‘pesalah’.

Haaaah… Itu luahan perasaanku sekarang ini. Aku tidaklah mahu mencanang-canang, mengewar-warkan lagi langkah-langkah yang perlu aku ambil untuk memperbaiki masalah Syazwan ini. Biarlah aku rangka dulu. Bukan sekarang. Kena duduk berbincang dengan AbahJnJnJ.

Nampaknya aku kena lupakan kasut Jogging atau keingingan-keinginan lain yang berkaitan dan tumpukan pada menajamkan lagi ilmu dalam diri anak lelaki sulungku ini, misalnya lebih banyak buku latihan?

Yah. Mungkin boleh.

Sekian

Kami.orang.kampungan

p/s : begini dilema ibu ibu bapa, baruku sedar. Syukurlah diberi kesedaran ini walau agak lewat, memandangkan usia Syazwan sudah menjangkau 6 tahun. Ahhh…. menerawang lagi fikiranku malam ni sebelum tidur…..memikir masa depan..dan semoga aku lebih prihatin dengan auratku pada masa depan….

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. aima berkata:

    samalah ni azam kita..dari segi lemaklemaktepu dan masa dpn anak !yeh

  2. Lina Marley berkata:

    T.T psl anak kita serupa..itu skg nih sna byk terdedah kpd media..maci2 dan paci2nya lg yg terlalu membanjirkan dia dgn kemewahan smata2 mo minta prhatian dr c hannah..datuk nenek lg..insyaallah pindah kk, aku akan startkan c hannah cara hidup susa mcm aku dulu..

    • iya bah cucu dan anak sedara durang yang sulung begitulah pula kan hhe…siok eh jadi si Hannah, eh tapi si Juan tu dulu kira dimanjakan lebih oleh bapaku tau..walaupun dia cucu kedua…
      insyaAllah sama-samalah kita ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s