Salam

Hai Blog!

Sebenarnya aku tidak larat sudah membelogkan ini, masalahnya nanti entri ini akn tertunda lagi. Aku mahu letakkan gambar-gambar ini untuk simpanan belog agar gambar dalam laptop boleh di pindahkan/disalinkan ke cd. Jimat ruang, boleh laju-laju tengok movie di Youtube. Padahal kan baru entri semalam merengek-rengek mahu berubah. Peh!.

Oklah. Gambar masa di Perdana Park dulu baru cerita.

Budak berdua ini berkali-kali dipanggil untuk mengadap kamera, tapi gagal. Terpegun mereka melihat air pancut tu. Juan kata itu air longkang. Astaga…

Jajang dah buang tudung sebaik saja masuk ke playground

Budak ini tiada mood.

Jumpa Puan Azmah beserta Double A nya, Azam dan Amira. Oh Amira, keletahmu ini bercakap mengingatkan aku pada Jajang dulu-dulu seumurmu. Maaflah Si Jannah tiada bermood pula, ketakutan dia tengok orang ramai, budak berlarian dan mungkin kejutan budaya melihat warna-warni playground sebegitu.

Gambar akhir sekali ini untuk mempromosikan Bundle Naim. Berharga RM15.90 diskaun RM15 sahaja. Pernah pakai baju begini masa bujangan, dan kini aku merasakan baju ini yang  tiada diseterika beserta tudung diselaputi bubur Jannah, adalah jenis baju yang sesuai untuk aku ketika inilah. Mungkin untuk sementara waktu. Eh tapi ini aku beli dari section bahagian lelaki pula, aku tertarik sebab besar dan buat aku nampak besar juga. Kalau tidak silap baju ini dipanggil flannel kah?

Sebenarnya mula-mula merancang untuk beli jagung rebus, AbahJnJnJlah yang teringin makan. Sebab Juan sudah menangis-nangis balik kampung jumpa sepupunya, aku kata kita pergi PP lah, baru pergi beli jagung. Lepas dari PP, AbahJnJnJ pula ajak makan di entah akupun tidak pasti nama restoran itu, ada Satay, ABC juga. Sebab kami pindah 2 kali, pertama sebab Panas dan cari kipas, kedua sebab ada pelanggan datang duduk dekat meja dan merokok pula, maka ABC yang dipesan tidak sampai-sampai aku merungut kata tidak payah tunggulah. Mungkin cashier tu sebal dengan kami yang pindah-pindah meja. Bila mahu bayar, dia tanya pembuat ABC kenapa tidak buat, dia bilang ada, bila kena tanya balik, Oh Lupa…..

Maka baliklah kami dan aku berwajah Rambo.

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Lina Marley berkata:

    tgn yg d simpan d pinggang tuh ba..hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s