Salam

Hai Blog!

Seharian aku ‘hilang’. Maksudku dengan adanya internet aku tidak tahu mahu buat apa. Sudahnya aku mencuci CD 5 helai si Syazanna sejak semalam. Sambil bertwit, berfb, memang ‘hilang arah’ aku begitu.

Selalunya masa aku berilham/terbit di minda akan ‘things to do today’ adalah pada masa solat. Nah apakan khusuk begitu. Astaghfirullah! Begitulah hari-hari. Aku cuba padamkan dari dalam kepala, renung sejadah betul-betul, tapi bermain juga di fikiranku akan langkah-langkah yang aku buat pada hari ini dan seterusnya. Itu mainan syaitan barangkali. Menyuruh ingat hal dunia saja.

Jadi selepas solat yang selalunya juga agak terganggu dengan kehadiran Syazanna kalau dia tidak tidur, aku letak dalam babywalker. Habislah sejadah tu biut-biut dia langgar dengan BWnya. Tapi adakalanya juga dia diam seolah-olah menunggu aku habis solat dan berkomunikasi dengannya. Cumil kan budak begitu. Cair kau olehnya. Budak baik!

Jadi aktiviti si Syazharina pula tiap hari sudahlah lewat bangun, bangun-bangun saja mengadap laptop AbahJnJnJ. Minta pasang Mom Need Mars, Madagascar, A Bug’s Life. Begitulah putaran kehidupannya, aku larang, aku tegah nanti apa pula mainannya kan. Kalau bosan tengok laptop dia tengok si Courage, atau Pink Panther, atau Gumball.

Malamnya, bila selesai urusan SRT dan makan malam, aku pergi uji pula si Syazharina. Aku tulis ABC di kertas, ulang-ulang dan suruh dia tulis juga. Tapi hampa, ulang-ulang sampai puluh kali, sampai berpeluh juga aku dalam kipas mengajar dia. Maka baru ABC bah. Yang aku hairan, kalau baca di kertas/poster A-Z itu dia tahu baca, cuma tersekat-sekat. Kalau tidak silap sampai E saja. Aku kecewa lagi. Aku menyalahkan diri sendiri lagi. Terus rasa berputus asa sekejap. Tapi sekejap saja. Aku berfikir, aku cari jalan, aku imbas kembali selama umurnya sehingga 4 tahun ini (lahir Jul 2008), apakah yang aku sumbangkan untuk mendidik dia pelajaran asas. Tidak Banyak!. Macam yang aku katakan, aku kurang mengajar, kalau ada pun ajar begitu-begitu saja. Sebab aku kurang bercakap. Entah kenapa diriku begitu. Begitulah jika banyak masa aku bazirkan dengan perkara-perkara yang kurang berkaitan dengan mereka. Yakni mementingkan diri sendiri, ahh kamu tahulah apa. Aku akui jika internet ada, aku lalai. Lalai, selalai-lalainya.

Faktor lain aku rasa sebab tv, kartun. Laptop dan seluruh isinya. Teknologi. Itu tidak payah cakap. Cuma isunya di sini, semua banyak berpunca dari aku juga.

Maka, aku ke blog D&D lagi. Mencari inspirasi. Aku sedar aku telah lama mengabaikannya. Aku ingat pernah buat entri pasal blog ini, setahun atau dua tahun lepas. Berazam kononnya JnJ akan mengikut jejak langkah D&D. Jadi azam pun tinggal azam, kini Syazwan berumur 6 tahun dan Syazharina berumur 4 tahun, dan masih belum mahir menulis mahupun membaca ABC atau Hijaiyah.

Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka ‘cinta’ al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Ibu DarwishnDarwisya

Adakah aku telah terlewat?, benar fakta ini, sebab terjadi pada JnJ.

Aku masih ada Syazanna untuk memulakan kembali impian yang dulunya aku lupakan. Aku hanya perlu ada ‘alatbantumengajar’ yang bagus untuk mendidik mereka-mereka ini. Syazanna sudah 10 Bulan dan aku baru mahu membeli VCD Al-Furqan. Sigh.

Cuba klik pautan ini, kamu akan terpegun. Aku serasa ingin menangis, terharu, bangga. Aku membayangkan anak-anakku begitu….

Ayuh cuba lagi MamaJnJnJ. Mulai esok….

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. aima berkata:

    aku pula kena advice supaya rajin bacakan drg buku..which is 1 perkara yg aku selalu malas mau buat 😦 berbanding tengok tv budak lg cepat pandai kalau membaca.. masuk azam aku jg tu nang..wish me luck!

    ps/ homework ku mengasi kenal warna sm daniel pn blom behasil boleh marah diri sekarang!

    • aku marah diri sendiri sebab nda teruskan..dulu ada pernah kukasi biasa durang ni donlod video dari internet, hijaiyah..tapi itulah…lalai seja ni sama si jannah..lalai sama lain2 benda..

      goodluck sama DnD mu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s