Salam

Hai Blog!

Semalam mahu update pasal ini, tapi sangatlah pening dan mual pula. Bercampur minuman milo susu untuk banyakkan ASI, indocafe (tiada pilihan, tiada guara), Neslo (untuk elak mengantuk). Jadinya selepas jam 12 bila semua sudah tidur, bila buka saja laptop terus mereng.

Beberapa hari ‘bertapa’ (istilah yang digunakan untuk merujuk kepada ketiadaan internet ya, jangan disalaherti di situ ^^ ), aku libatkan diri secara aktif dalam memantau Syazwan. Ringkasnya menjadi CiguMama, tapi bukan saja dengan dia, dengan adik-adiknya jugalah.

SYAZWAN

Dia dapat buku baru lagi, sebab hampir kesemua buku yang sebelum ini dia pergi isi, jawab dan rait kata si Ona, (memang kena marahi oleh Cikgunya di Sekolah kali ah)

Jadi apa yang aku perhatikan antara semua latihan dalam buku-buku tersebut, dia paling suka  ‘BULATKAN, WARNAKAN, SUAIKAN’. Selain daripada itu, bila aku suruh dia tulis A, B, C, D atau suku kata, atau membaca, memang dia MARAH. Automatik marah nih. Maka keluarlah ugutan-ugutan darinya:

‘Juan ndamau g sekolahlah ni’

‘Juan ndamau makan nasi lah begini ni’

Dan macam-macam jenis ugutan yang bikin kami lemah semangat tahu. Jadi aku ikut rentak dia saja, dengan harapan dia tidak begitu di taskanya, dengan harapan bila di taska ramai kawan mungkin dia mahu belajar yang aku sebutkan di atas itu, dengan harapan meletak tugas mengajar dengan lebih berkesan pada cikgu di taskanya (ahhh, ini kena berbincang dari hati ke hati dengan cikgunya nih). Aku tidak putus asa, cuma lemah semangat dan buntu bila jadi begitu.

SYAZHARINA

Ini budak kan, dia punya kerja kalau masa aku mengajar abangnya, dia pergi belek-belek buku dan dalam masa yang sama juga bawa aku bercakap. Semput mak tahu… melayan Syazwan lagi, ohya si Kecil Syazanna lagi (itu nanti diceritakan). Lepas itu dia pergi warna beberapa helai dalam buku tersebut, habis satu petak begitu. Nah! (memang kena marahi si Syazwan di taskanya ni). Lepas itu kalau aku ajar dia hijaiyah kan dia suka main-main. Bila aku siok-siok baca A Ba Ta Sa…tiba-tiba dia jerit :

“Mama, mama itu kan di gambooll (Gumball) tuh HAHAHA!!!”

Tepat betul di telingaku dia menjerit, nah bikin lemah semangat kan begitu. Makanya kalau masa mengajar, kena tutup TV, kena tutup Laptop. Tiada gangguan lagi.

SYAZHARINA

Ini anak bikin lucu keletah dia. Masa abang dan kakaknya duduk di meja belajar dorang, dia pigi tarik-tarik buku dan mahu tahu apa yang ditulis oleh abangnya di atas meja. Dia sibuk mahu pegang warna dan pensil tapi sayang bukan bikin tulis, tapi buat kudapan gusinya yang aku anggap gatal. Maklumlah belum bergigi lagi. Kemarin masa mahu menidurkan dia, abang dan kakaknya buka lagu Kids Alif Ba Ta. Kami dalam bilik, matanya membesar, macam sangat teruja, cepat-cepat dia turun dari tilam dan menuju keluar. Pada mulanya aku hairan, maklumlah mamanya ini walaupun macam cikgu, tapi lampi. Dia merangkak laju lagi, sampailah di bawah meja komputer di ruang tamu. Astaga, rupanya. Dia bediri di sofa sambil menggoyangkan badannya, menggoyangkan kakinya, mengangguk-anggukkan kepalanya. Boleh aku katakan itu respon yang baik? Sebab kalau aku buka lagu lain (yakni lagu MTV, astaghfirullah lagi), dia tidak menunjukkan reaksi teruja yang sebegitu. Subhanallah. Aku harap-harap sangat aku konsisten dalam melatih dia mengenal huruf-huruf hijaiyah begini, konsisten ya diulang sekali lagi. Bukan dengan #AADT saja. Bila aku ambil dia, sebab matanya mengantuk, macam mahu tertutup saja, dia mengamuk sebesar-besar teriakan. Dia mahu tengok lagu AlifBaTa sampai habis, dan kalau habis dia menangis pula macam minta diulang. MasyaAllah. Aku sebagai ibu, merasakan inilah saat paling mengharukan dalam hidupku. Ada juga sebelum ini masa Syazwan dan Syazharina kecil, bila dengan Azan akan bagi reaksi teruja. Tapi sebab SALAH AKU, aku tidak meneruskannya begitu. Banyak benda-benda lain yang bikin aku lalai dalam melatih mereka. Banyak gangguan . Tapi tidaklah bermakna aku berhenti di sini. Aku tengah mencuba lagi ni, ya.

Jadi begitulah cigu mama beberapa hari ini. Lain-lain cerita, adalah sesuatu yang gembira, Alhamdulillah, cumanya sipi-sipi gembira. Belum gembira yang benar-benar. Jika yang benar-benar gembira, memang akan buat entri penuhlah. Bukan sekarang. Tunggu lagi.

Tunggu lagi, andai umur panjang…andai Dia mengizinkan…

Akhir Kata:

~Ada 3 peringkat dalam mendidik anak
1. Peringkat bawah 7 tahun.
~ jadikan anak seperti raja, maksudnya mengikut keinginan dan cara mereka selagi tidak keterlaluan seperti dalam bergaul, bermain sesuai dengan perkembangan diri mereka..serta memberi pujian dan sanjungan pada mereka.
2. Peringakat 7-14 tahun
~ jadikan anak seperti hamba, maksudnya di waktu ini kita boleh memerintah anak-anak untuk mematuhi perintah Allah seperti bersolah dan seandainya anak-anak tidak menuruti maka kita boleh merotannya..
3. Peringkat 14 tahun ke atas
~ jadikan anak seperti kawan kita, maksudnya berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak dan apa sahaja sesuai dengan umurnya. pendekatan lebih kepada mendengar permasalahan mereka dan berkongsi pendapat dengan mereka.
Mudah-mudahan dengan didikan seperti ini kita mampu melahirkan anak yang soleh-solehah,hafiz-hafizah, alim-alimah serta menjadi daei-daeiyah. InsyaAllah..
(rujukan dari satu blog tadi, tapi tidak sempat copy url, terus malware detectedlah pulak, nanti aku cari balik ya..nda sempat sudah ni…mau jam 12 sudah)

Sekian

kami.orang.kampungan

p/s lepas ini entri AADT ya

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. aima berkata:

    good entry cigu mama semoga kita memanfaatkan peluang kita ada hu hu hu…aku pun masih mencoba ya anang..susah bah jadi cigu mama!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s