Salam

Hai DSCK!

Satu hari lagi bah genap seminggu aku mengabaikan dsck ni. Burung biru jangan cakaplah, muka buku minta maaflah. Dua-dua pun muka baru, pening aku sekejap tahu!. Biasalah begini gembira-gembira kan kalau baru jumpa burbir dan dsck, kalau muka buku tu, nda jumpa pun tidak apa hihiii (sadisnya ayat, maka mula-mula aktif dulu sampai berjaga malam, tidak buka muka buku tidak keruan uolls).

Nantilah kemaskini pasal hari-hariku tanpa burbir dan dsck. Yang penting dan harus dikemaskini di sini, JnJnJ sihat, Alhamdulillah sepanjang minggu, cuma kemarinnya lepas ke 1B, si Syazanna macam ada berhingus sedikit pula (kena aircond dalam kereta)

Khamis lepas, AbahJnJnJ balik dari outstation KB, kena kirim ketam dan lokan oleh FIL, wauu, dia tahu aku, Syazwan dan Syazharina ni minat ketam. Jadi aku pun terdetik dalam hati mahu cuba Siager Lokan. Sebenarnya Siager adalah masakan tradisi kaum Irranun dan terkenal dengan Siager Ikan Yu. Tapi Sigaer Lokan juga boleh ya..

(Siap ada resipi lagik, mengadanya…)

1. Macam biasa bebeh, rebus lokan, kalau rajin berus sebersih-bersihnya untuk rebus dan ambil air rebusannya, tapi dalam kes masak siager, tidak perlu air banyak. Dulu masa awal-awal kahwin suka berlagak pergi berus-berus guna berus dawai kulitnya, di rumah mentua untuk merit kunun hik hik hik. Sambil-sambil itu sila tumbuk b.putih, b.merah, kunyit dan halia sampai hancur. Dalam kes aku, terpaksa cepat-cepat sebab si Syazanna sudah merengenk-rengek mahu masuk di dapur menyibukkan diri…tapi nasib ada kerusi menjadi penghalang pintu ke dapur. Jadinya ramuan yang ditumbuk kurang lumat disitu. Yeah.

2. Bila sudah terbuka katupannya itu, kopeklah semua isi-isinya dan hiris/potong kecil-kecillah konon.

3. Tumislah ramuan dengan minyak dok sekadar ada (eh?), dan masukkan lokan berserta air lokan yang sedia ada dari dalamnya itu. Wangi lokan dan santan beserta ramuan memang terbaik aku cakap, bikin terbayang-bayang ini wanginya.

4. Bila hampir kering masukkan santan. Dalam kes percubaan pertama ini, aku tersilap langkah. Aku masukkan tatkala masih ada sedikit kuah. Jadi Siager ini berair. Sepatutnya kering ya puan-puan…

5. Siap masak. Seterusnya ketam masak lemaklah pulak.

1. Tumiskan ramuan dan masukkan ketam, bila sudah sebati masukkan air santan kedua dahulu. Bila sudah mendidih dan dekat-dekat rasa-rasanya mahu masak sudah, masukkan air santan pertama.

2. Tunggu sampai kering sedikit air kuah dan matikan api (mak skema betty hahaah)

3. Masak lemakkah juga ni ah ah ah ?

Itu saja, nanti cerita lain pula, InsyaAllah..

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s