Salam

Hai DSCK!

If you want to become rich, Become a farmer – Jim Rogers

We don’t need more bankers. What we need are more farmers. The invisible hand will do its magic. “The world has got a serious food problem,” says Rogers. “The only real way to solve it is to draw more people back to agriculture.”

Read more: http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,2080767,00.html#ixzz1mQXrOfdc

Aku percaya ini. 3 Tahun yang lalu beberapa golongan bukan rakyat tempatan di tepi-tepi jalan sebelum rumahku, hanya tinggal di rumah kayu, atau khemah-khemah saja, daif. Tapi sebab mereka bertani, bertanam buah-buahan, menternak sayur, sebab kegigihan, kerajinan dan ketabahan mereka, rumah mereka sekarang ini rumah batu, kereta dua tiga biji. Kau percayalah. Aku saja yang meremang bulu bila lalu rumah diaorang ini.

Untuk kawan-kawan blogger sezaman aku masa belog aku LTK pasti  tahu akan keinginanku untuk menjadi petani yang sangat tinggi pada masa dahulu. Sampai wujudlah blog ini. Kesungguhan pengusaha pertanian dan pulangan agak lumayan daripada industri pertanian pada masa itu padaku menguatkan semangatku untuk mula bergiat aktif dalam dunia ini. Dengan cara mencari maklumat selengkap-lengkapnya tentang penanaman cendawan. Bangsal cendawanku sudah siap lama dahulu, rasanya sudah dua tahun ia berdiri kukuh dibina bapaku di sebelah bilik kami. AbahJnJnJ siap buat loan dan bagi sedikit untuk belikan jaring warna hitam serta benih cendawan dari KPD. Tapi hampa, semuanya yang aku impikan rasanya terhenti setakat itu saja. Bila mana modal semakin sedikit, dan aku terpaksa balik mengikut AbahJnJnJ ke Telipok. Tidak tahan berjauhan begitu. Dia di sini, kami dan anak-anak di sana. Jadi bangsal itu kian berkulat kayu-kayunya. Atap nipahnya makin tua keperang-perangan, menunggu untuk gugur satu persatu.

Pergi sanalah belog kalau mahu tengok bangsal buruk aku tuh..

Jadi bila timbul soal dipaksa untuk menjadi sesuatu yang aku tidak mahu jadi. Terdetik dalam kepala ini kembali agar pulang ke kampung dan menjadi petani. Atau bina rumah kecil di kampung, belajar bawa kereta, tanam sayur-sayuran atau lada dahulu lepas itu jual. Cumanya mentaliti ahli keluarga yang kita susah mahu ubah. Bilamana kau adalah lulusan universiti jadi kau kena kerja makan gaji, kau kena kerja di pejabat, kau kena kerja di kerajaan. Begitulah yang aku alami. Di kedua-dua pihak pun (sama ada mama dan bapa atau mentua) memang mahukan yang terbaik untukku. Bekerja di sektor kerajaan menjamin masa depan, kata mereka. Titik.

Jadi halangan-halangan yang mungkin timbul bilamana aku cuba untuk melaksanakan impian ini adalah:

1. Perasaan tidak mahu berjauhan dengan dia (AbahJnJnJ)

2. Bagaimana hidup kami anak beranak tinggal sendirian, atau tinggal dengan ibu bapa. Aku punya jiwa sensitif tahap gaban, manakala bapa pula seorang yang tegas.

3.Penerimaan bapa bilamana aku berjualan di kedai, tamu dan sebagainya. Susah dirunding itu beliau, aku sudah cuba dahulu.

4. Modal, tapi kalau setakat tanam sawi-sawian dan lada-ladaan berapalah kan. Cendawan, nanti dulu.

5. Jika yang aku mahu usahakan cendawan juga, aku agak risau bila melihatkan blog-blog pengusaha cendawan yang aku follow dulu kini agak terbiar. Lihatlah, kemaskini mereka setahun yang lalu, 5 minggu yang lalu. Tapi aku tidak boleh terus buat andaian bukan? sebab aku belum godek lagi blog mereka.

6. Semangat jitu. Oh ini perlu. Aku manusia yang paling cepat bosan, paling cepat tegelincir sabar dalam menangani hal-hal kelembapan. Tidak kisahlah kelembapan apa. Sangat tidak sesuai jadi ‘guru’ tahu.

7. Ohmy..aku belum bersedia untuk meninggalkan tempat separa bandar ini. Aku takut saja bila aku tinggal di sana, aku mahu pula balik ke sini, mahu jadi orang separa bandar lagi… nanti..nantilah fikirkan itu.

Pulangan yang lumayan. Nampak macam mudah, tapi tidak, dan aku nampak macam mata duitan di situ. Tidak sehingga kau mengelap keringat, berpanas-panasan di luar rumah, di tambah lagi dengan mengurus JnJnJ. Ini bukan keluhan. Pra keluhan, dan kemungkinan-kemungkinan yang akan aku hadapi nanti. Banyak faktor yang membuatkan aku jadi mahu pulang ke kampung dan menjadi petani. Petani moden. Antaranya, bisa menjaga kedua orang tua, atau menjenguk dengan kerap mentuaku yang juga duduk di KB. Nah boleh kau terima alasan itu?…

Ok. Banyak sudah aku membebel. Aku harap ini jangan setakat bebelan impian si Anang yang tidak akan tertunaikan. Astaga. Banyaknya impian aku nih.

Tidak apa. Pelan-pelan, kayuh pelan-pelan, nanti aku sampai situ juga.

Sekian

Kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. aima berkata:

    i feel u anang!! dl aku berminat mau follow blog mu sbb tengok blogmu yg satu itu..aku suka follow orang yg berjiwa besar bikin ku terinspirasi. sekarang pn masih jg bah aku terinspirasi..contoh bila ko bersemangat mau didik anak2mu aku pn mau jg bgtu 🙂 apa pun fikir dalamdalam lah dulu kan..? all the best!

  2. nonny berkata:

    ibu sy selalu cakap..kalau org ingat kerja makan gaji tu selesa, mungkin selesa sebab senang loan rumah dan kereta saja.tapi bila balik kampung, yg petani² tidak payah loan pun masing² dengan vigonya,tritonnya..kita yang makan gaji masih dengan proton hahaha…

  3. dayz j berkata:

    Nang, baru ku terperasan ini. kita anak muda ni ada prinsip bah, tapi orang tua selalu fikir logik dan masadepan. pertanian itu bagus, permintaan akan selalu ada kan. tapi kadang sebagai anak muda (macam aku) pandai tewas dengan keadaan dunia. contoh ya, terpaksa bekerja pejabat walau aku sebenarnya mau buka pusat tuisyen (okay, boleh gelakkan aku sekarang). Mak aku kata, untuk permulaan bekerja lah makan gaji, sementara hidup tidak stabil, bagi tempoh percubaan pada diri untuk teroka sisi lain diri, dalam pada tu menyimpan sikit-sikit untuk keinginan yang belum tercapai itu. Ada masa, aku letih mau menurut, rasa mau fight back to earn my dream life. Tapi nang, untuk terus menerus menongkah arus (dan kehendak orang tua) ni perlukan kekuatan dan ketabahan yang sangat tinggi. jadi, aku bertahan begini lah dulu. happy ku boleh dipupuk juga pelan-pelan.

    • iya dayah, begitu juga aku terfikir, orang-orang tua kalau dorang bercakap dan menasihati sebab dorang berpengalaman, macam kita juga nasihati adik2 kita kan belajar betul2 jangan main2 (macam aku dululah kali), sebab kita pernah berada dalam situasi itu..
      aku terfikir juga kerja makan gaji untuk save duit, save modal begitu..masalahnya itulah yg pertama hati aku nda cukup kuat tinggalkan JnJ ini, macam2 kes di pusat jagaan kanak2 sekarang kan, walaupun di semenanjung kebanyakannya tapi risau juga berlaku di sini..kedua, aku masih mencari2 juga kerja yang betul2 berbaloi, maksud aku gajinya cukup=sama dengan yuran taska Jajang dan Jannah, dan juga terbayar sikit2 itu studyloan..bukan demandlah tapi begitu sudah keadaannya..hihi..
      wau aku sokong itu pusat tuisyen, banyak permintaan bah sekarang :)..
      Sama-sama kita mengejar cita-cita ya :), aku pun cuba bertabah, sekuat hati punya ni hihii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s