Salam

Hai DSCK!

Aku tiada idea sudah mahu simpan tajuk apa. Kalau begini tajuknya maka bermaksud info terbaru mengenai JnJnJ dan Mamanya (atau Abahnya juga, kalau berkaitan).

Syazwan

Dia ini kalau sudah balik sekolah sudah memang susah mahu belajar sendiri macam itu hari. Kecuali kalau ada kerja rumah dia akan buat, berselangseli dengan War Craft (Astaga). Aku ada cuba buka sendiri buku-buku latihannya dan ajak dia membaca atau menulis. Pun dia berat hati mahu kasi tinggal itu WC. Sekarang aku berfikir-fikir mahu uninstall itu game dari laptop abahnya. Mungkin reaksi yang aku akan dapat:

“Isssshhhh, Ndamaulah, Juan Ndamau sekolah sampai bila-bila!”

T_T. Nah kau, pandai betul sudah ini budak melawan kata.

Langkah Penyelesaian-K.I.V

Syazharina

Sudah pandai kencing dan cebok sendiri, tapi aku kena tengok juga sebab mangkuk tandas itu jenis yang tinggi (apa ah orang panggil? jap ah aku google). Haa dia kata “squat on the sitting type toilet bowl’. Gitu kah? Jadi kaki dia pendek lagi untuk menjangkaunya. Kalau kaki dia sudah panjang sedikit nah, mak akan duk rilek-rilek tidaklah dipanggil selang 30 minit ke tandas. Wah jahatnya mamamu ni Jajang Hahaha. Lain-lain perkara berbangkit, dia sekarang tengah menghafal dengan Si Syazanna itu Kids Alif Ba Ta dan Hijaiyah. Hari-hari sudah aku pasang, dia sudah hafal sampai huruf ‘dal’. Alhamdulillah.

Syazanna

Budak ini sudah pandai marah-marah. Kalau dia marah dia hempas barang apa saja. Kalau aku dan Abahnya tengah pegang, dia marah akan tampar muka.

Penyelesaian-K.I.V

Dia belum dapat sebut lagi Hijayah atau Alif Ba Ta. Tapi dia bagi respon aaa, aaa, aaa, tiap kali aku ajar satu-satu. Dia akan menari dengan rancak sambil tepuk babywalkernya bila kena pasang itu KidsAlifBaTa (pulak). Tapi oklah kan, daripada aku pasangkan Justin Biebir sama dia. Sekurang-kurangnya dia bagi respon yang baik dan kadang tidak bagi respon dengan lagu rancak yang lain bila tukar channel K-POP (Astaghfirullah). Dan yang paling aku terharu (sesuaikah gambaran perasaan terharu ni?), bila aku tidurkan dia, bacakan/lagukan Assyifa, itu yang paling dia suka juga, dia tertidur lena, MasyaAllah.

Alhamdulillah.

MamaJnJnJ

Balik kampung hari itu, membongkar lagi rak buku bapa, bila balik Telipok siap pinjam dan MMS buku yang dipinjam. Takut pula aku pinjam secara berdepan. Tapi iyalah kan, dia ini kalau mencari buku dia tidak jumpa, marah pulak. Takut dia guna untuk kelas agama dia di Surau Kampungku…

Terisi juga masa memBFkan si Jannah kan :). Sejuk hati, terharu dengan kisah-kisah para Sahabat Nabi S.A.W

AbahJnJnJ

Mulai Sabtu sampai seminggu lebih akan berkursus di PD (Karaulah aku). Tapi tidak mengapalah, kami terpaksa balik kampung dan Syazwan terpaksa bercuti.

Kami balik esok tengahari kalau AbahJnJnJ dapat cuti.

Selamat Tinggal Telipok, Internet, DSCK, BurungBiru, MukaBuku dan sesiapa saja yang sudi membaca blog ini. Minta maaf jika ada salah silap yee 🙂

Sekian

Kami.orang.Kampungan

P/S kalau line ok malam ini, akan mengupdate..apa-apalah yang dapat diupdate hehe

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. dayz j berkata:

    Ehh. Sorry nang. Jarang ku terbaca belog mu ni. Aku coba-coba add di link belog, tapi nda dapat, sebab wordpress kali ah. bah hati-hati di kampung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s