Salam

Hai DSCK!

Sepatutnya aku dahulukan entri anak kelmarin, tapi sebab sangat teruja dengan projek C ini, yang mana sepatutnya aku tidak mengewar/ mengwar-warkan lagi di mana-mana laman sosial (risau juga tidak jadi kan).

Berbalik kepada perkembangan Syazanna pada umur setahun ini (pada 02.03.2012 lalu) Syazanna :

1. Pandai merajuk, baring di lantai, tunjuk tanda protes, minta dipujuk.

2. Sudah pandai berdiri lama-lama, yakin bahawa ada tempat pegang, tapi belum pandai melangkah. Kecuali bila dia sorong baby walkernya, masa itu dia yakin dia boleh berjalan dengan bantuan.

3. Tahu bahawa telefon itu letak di telinga. Apa-apa saja benda yang empat segi contoh mainan, dia akan letak di telinganya, konon-konon mengajuk bertelefon.

4. Tahu bahawa remote astro dan air cond itu diunjuk ke atas, seolah-olahnya menekan supaya hidup.

5.Panggil Abbbaaahh dan Maaamaa dengan betul, cumanya kadang tersalah orang hihii

6. Sudah pandai pegang pen dan menulis (kononnya lah), bila aku ambil pen takut dia jatuh tercucuk (palis-palis) dia pegang kuat-kuat, tidak mahu lepas. Bila terlepas dia pula nangis kuat-kuat haha!

6. Sudah tumbuh gigi sebatang, tapi giginya masih malu-malu lagi untuk keluar.

Mohd Syazwan D.O.B 04.09.2006, Gambar bertarikh 10.10.2007

Nur Syazharina D.O.B 22.07.2008, Gambar bertarikh : 18.04.2009 dan 25.04.2009

Umur 1 tahun 2 hari. Berklinik dan berjarum pada 02.03.2012 hari itu aku bertanyakan tentang giginya yang baru sebiji keluar. Jururawat kata masih normal sebab dia ada perkembangan yang lainnya, contoh bercakap, bercakap, ketawa, menangis dan sebagainya. Perkembangan yang tidak normal kata jururawat ialah bayi yang tiada perkembangan yang aku sebutkan dan belum tumbuh gigi umur setahun (mungkinlah).

SAYANG BANGET denganmu Jannah! Inilah sebabnya aku tiada bernafsu untuk bekerja jauh darinya. Besar pengaruh budak ini padaku…huaaa huaaa huaaa

Inilah rupanya gigi seciput yang malu-malu keluar tu, eheheh. Besar gedabak gambar, sampai hingus-hingusnya pun nampak eh, tangan lagi kotor bekas makan coklat. Coklat? Errrkk

Sebetulnya aku tidak ingat dan tiada catatan langsung tentang perkembangan Syazwan dan Syazharina untuk dibandingkan dengan perkembangan Syazanna.  Apa yang penting, mereka sihat dan membesar dengan baik, InsyaAllah.

Dia masih menyusu badan dan guna cloth diaper juga :). Kecuali ada saat-saatnya bila CD sudah habis terpakai gara-gara Mamanya malas mencuci, maka terpaksalah dipakaikan lampin pakai buang ya.

 

Sekian

 

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s