Salam

Hai DSCK!

Malam Jumaat ini, InsyaAllah akan adakan majlis hari lahir si Syazanna yang ke 1 tahun. Agak terlewat, tapi tidak mengapa. Macam-macam sudah dalam fikiran aku masa ini. Bukan pasal makanannya, tapi mahu dekorasikan konsep atau tema hari lahir. Maklumlah mamanya ini agak-agak kreatif dalam bab menghias (agak NARSIS di sini, sila abaikan).

Jadi kerja aku sekejap tadi masa tunggu mesin basuh menjalankan tugasnya adalah mengoogle apa yang patut. Makanya ini bukan kreatif. Ini peniruan. Tapi Meniru adalah Guru Yang Terbaik kata seorang pelukis yang aku lupa namanya. Maksudnya di situ, Meniru Lukisan.

Tidaklah terfikir untuk membuatnya secara besar-besaran kerana berdasarkan bajet ketat, maka yang ala kadar dan termampu saja yang akan dibuat. Untuk kenangan dan ingatan JnJnJ. Rancangan awal Febuari lalu untuk buat di rumah ini, tidak menjadi. Sebabnya pada Sabtu ada kenduri kahwin jadi Abah Juan cuti Khamis, kami balik kampung awal. Lagi pula tempah kek dan Apam Dot Polka dari Umie HaiQalessya di Seri Maju ambil Rabu malam. Takut pula hari Sabtu tidak best sudah rasa kek dan apam tersebut.

http://www.thesweetestoccasion.com/2010/08/diy-party-hats-birthday-party-ideas/

http://www.nobiggie.net/2011/06/diy-birthday-banner-with-psa-stamps.html

http://athome.kimvallee.com/2011/06/

skcnis.com

petitemandoo.xanga.com

thoughtfullysimple.com

Ahhhhhh semuanya pun KIUT-MIUT, rasa macam mahu buat semua. Tapi harus diingat dengan kesibukan (buat-buat sibuk), dengan cuti sekolah dan Syazwan ada di rumah maka tugas aku menjadi dua kali ganda. Tapi syukurlah juga dia menjalankan tanggungjawab sebagai Abang dengan baik hari ini. Tolong tengok-tengok adik dan boleh disuruh-suruh. Maka tugas dua kali ganda jadi ringan sedikit.

Semuanya di atas itu DIY, tidak payah beli. Manalah tahu kan, satu hari nanti ada orang panggil aku jadi birthday party planner :P. Ada? ada?, roger-roger jaklah ya.

Tunggu dan lihat keberhasilannya nanti. Risau juga, cakap-cakap sini nantinya habuk pun tidak ada :).

Aku kan begitu. Sang Pemimpi.

Sekian

Kami.Orang.Kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. aima berkata:

    anang..nah aku pn tengah memikirkan konsep jg ni tapi untuk bulan depan..pastikan ko updated entry birthday c Jajang a..aku mau tingu jg hasilnya!!

  2. alala… macam best ni kak.. ūüėČ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s