Salam

Hai DSCK!

Pada mulanya aku mahu update pasal gastrik. Tapi sebab teringat betapa ngerinya perasaan sakit itu, maka aku rasa tangguhkan dululah. Aku mahu belogkan pasal satu perkara ini. Sebenarnya mahu tayangkan, bukan banyak cerita pun hihiii. Aku sedar sekarang sudah hujung bulan Mac, memasuki April tapi aku mahu juga ada diari, banyak perkara mahu catat juga tentang JnJnJ lebih-lebih lagi bila kami di kampung nanti.

Sejak seminggu dua yang lalu aku sibuk mencari planner/diari/jurnal/nota. Kegemaranku mengumpul benda ini sebenarnya bermula dari masa aku kerja dulu. Tahulah kan pekerja ‘dedikasi’ macam aku ini perlukan nota-nota untuk mencatat apa-apa saja yang diarahkan oleh boss, waima perkara yang kurang penting pun aku catat sebab aku PELUPA. Tapi awal ayat tu dedikasi kan, ketara betul tidak berkaitan dengan kePELUPAanku ini 😛

Ia bermula masa aku fikirkan tentang projek cendawan. Aku rasa amatlah perlu untuk punya nota catatan demi merekodkan segala aktiviti projek. Jadi kesempatan berjalan hujung minggu dengan keluarga aku menyinggah di kedai peralatan/alat tulis. Memang susahlah mencari jika keinginan tempat yang ditujui tidak sama dengan anak-anak. Aku cuba untuk menerapkan ini kepada JnJnJ. Suka buku/suka alat tulis berbanding mainan. Yang mana aku sepatutnya mulakan masa Syazwan kecil dulu. Jadi begitulah, keterlewatan itu tidak kujadikan alasan untuk aku bermula balik. Asal keluar/turun KK mesti ke kedai alat tulis. Beli buku latihan/buku lukisan/pensil baru/warna baru dan sebagainya. Sebolehbolehnya elakkan dari melintasi kedai mainan. Biar jauh berpusing ya. Bukan apa, terlalu banyak sudah mainan di rumah ini dan kalau dibelikan pun jarang-jarang sajalah.

Jauh sudah aku melalut. Balik kepada cerita sebenar, aku tidak juga jumpa yang berwarna ungu. Yang ada macam ala-ala merah jambu gelap dan oren bersinar.   Daaan yang paling menarik, baru terjumpa tadi di Sunny lepas dari hospital Likas, hadiah sisipan ‘My Change Diary’ Libresse!. Aku berhabis membelek-belek pad semata-mata mencari warna ungu, tapi habisssss. Ala kecewanya. Jadi aku ambil yang warna kuning sajalah, warna lain yang ada, hijau di Sunny.

ada 6 design dan warna, RM 12.90 jerr (menkalilah, malas lagi menengok harganya balik)

Yang gambar di bawah ini buku nota biasa saja, dari Servay 🙂

Kiutkan? eheeheee

Lagi review pasal Diary Libresse ini 🙂

p/s: siapa-siapa ada jumpa yang My Change Diary yang warna keUNGUan itu, bagitahu aku yaaa, aku mahu beli juga tu wiwiwiwwwwiii. Aku peminat Libresse juga ni hehee

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. nonny berkata:

    aku pun sgt sukak libresse.since guna libresse last year, memang nda pakai sudah other brands.wahwah cambest ja change diary tu.aku nda aware pun ada diary ni. cam mau di cari ni taaww hahaha

    • bah carilah nonny kalau kau jumpa yang pepel dan banyak lagi stoknya di mana-mana inform aku ah mestiiiii hihii

      aku stat pakai tahun lepas jua memang baguslah, sebelum ni laurier tapi terus tersukak pula dengan ini hihii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s