Salam

Hai DSCK!

Mimpi adalah kunci

Untuk kita menaklukkan dunia

Berlarilah tanpa lelah

Sampai engkau meraihnya~

Nidji: Laskar Pelangi

beautiful-quotes.tumblr.com

Beberapa hari lagi akan meninggalkan Telipok bersama-sama kenangan  manis kami sekeluarga. Ohya, ada seseorang yang tertinggal. Abah Juan :(. Aku harap dia akan dapat menjaga dirinya di sini. Dan aku harap dengan tugas dan tanggungjawabku sebagai ibu yang akan bertambah dua kali ganda masa di kampung akan dapat aku laksanakan sebaik-baiknya InsyaAllah.

Ohya, mesin basuh di kampung itu rosak, jadi aku kena mengeringkan pakaian kamiorang dengan memerah menggunakan tangan. Yah, kamu akan lihat tanganku akan bermuscle nanti 😛

Jadi sebab Blog Ladang Taqwa Kagu masih dalam proses renovasi, yang mana aku sendiri tidak tahu sama ada mahu meneruskan untuk kemaskini perkembangan projek di situ atau tidak, aku ambil keputusan untuk kemaskini sementara di DSCK yang tersayang ini.

Berikut adalah senarai semak yang perlu dibuat:

  1. Bersihkan bangsal cendawan bekas markas depan rumah, pasang net hitam, buka plywood sebelah atas untuk pengudaraan
  2. Pindahkan rak-rak (ada 6 rak kesemuanya), buat baru jika ada yang rosak bahagian bawah.
  3. Beli bongkah daripada Borneo Mushroom/atau jika terdapat pembekal yang menjual benih cendawan di sekitar Kota Kinabalu/Tuaran/Kota Belud sebanyak 100 dahulu untuk percubaan
  4. Pengawalan dan pencegahan serangan kulat ke atas cendawan
  5. Dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai pertanian dan jika boleh dapatkan bantuan pinjaman kewangan juga
  6. Mencari pengusaha cendawan di sekitar Kota Belud untuk bekerjasama/ bina rangkaian pengusaha-pengusaha untuk kesinambungan pembekalan cendawan di sekitar daerah ini
  7. Mendapatkan senarai kedai-kedai runcit/restoran/cafe/resort/hotel yang terdapat di Pekan Kota Belud.
  8. Memperhebat promosi, membina banner bagi memperolehi pembekal secara pukal bagi pasaran cendawan
  9. Mencari pasaran di tamu-tamu mingguan
  10. Beli chiller, mesin fog.
  11. Menyertai kursus cendawan, jika dapat tinggalkan Syazanna di kampung. Akan diusahakan.
  12. …….AKAN DIKEMASKINI

Untuk Syazwan

  1. Daftarkan ke Tadika Abim
  2. Hantar mengaji 🙂

Untuk MamaJnJnJ

  1. Sebab lesen L sudah tamat tempoh (penakut mahu ambik test sebab  memandu tempat tinggi dan banyak kereta, mesti kan bergegar tu sampai mahu menangis, last-last berhenti siring jalan menangisi nasib diri sendiri yang tidak berani mencuba memandu)
  2. Dapatkan kenderaan SENDIRI

Rancangan Jangka Panjang #SangPemimpi

  1. Membuat benih cendawan sendiri
  2. Buat lesen berniaga khas hasil-hasil pertanian
  3. Buka Kiosk Cendawan Goreng di Pasar malam
  4. Buat Bangsal dua atau tiga di kampung
  5. Buat satu bangsal lagi di rumah mentua
  6. Mungkin akan usahakan produk hiliran cendawan 🙂
  7. ….. AKAN DIKEMASKINI

Rancangan Paling Jangka Panjang#SangPemimpi

  1. Buka Cafe/Kopitiam -Pengkhususan Cendawan (impian 3 tahun lepas)
  2. Sambung belajar (Master, kalau boleh dalam bidang lain, kalau tidak bidang yang itu-itu juga pun boleh), atau buat PJJ Diploma/Sijil dalam Pertanian kalau dapatlah.
  3. Menghantar Ibu Bapa menunaikan Haji, InsyaAllah, bersama-sama 🙂

HATI MESTI MAHU KUAT, JIWA MESTI MAHU TABAH UNTUK SAMPAI KE SITU!

Aih…bukankah ada sudah nota-nota/ diari yang dibeli tu, apalah gunanya tu konok kalau kau tulis todolistmu di sini?

Bakal Pengusaha Cendawan dan pewarisnya, ehem-ehem

Semoga ini menjadikan dorongan padaku, dan pada kamurang semua yang berminat untuk berniaga 🙂

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

8 responses »

  1. aima berkata:

    Anang!!!…nnt kalu aku singgah d KB kita jumpa ya!! take care Anang and Family!!

  2. FionaHafiz berkata:

    aku suka makan cendawan!

  3. GematriA™ berkata:

    Siuk..
    lama nda mkn cendawan uda ni.

    btw, aku ada special entry sana blog nang. ada kejutan.
    ahahahaha..

    –>> http://insecretlovewedrown.blogspot.com/2012/04/wordless-wednesday-special-edition-28.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s