Salam

Hai DSCK!

Gambar-gambar yang akan dipaparkan adalah gambar-gambar anak kampungan. Bukan sedikit tapi banyak. Cumanya masa kurang mengizinkan. Seperti pembaca setia DSCK (dari jaman TWOCK) tahu, liputan internet di kampung tidak mengizinkan aku untuk selalu mengemaskini DSCK (andu).

Inilah aktiviti kami. Berjogging dengan selipar jepun, aku dengan kain sarung. Memang tiada kasut joging. Sajalah kasi penat JnJnJ supaya tidur awal malam di samping itu supaya mamanya yang semakin berbabat ini berkurangan babatnya.

Sebulan di kampung, hampir setiap hari bapa ke laut dapat ikan banyak. Besar-besar. Jenis ikan yang jarang kamurang jumpa di pasar (iyakah?). Ikan NEMO pun ada tahu? tapi tiadalah sempat digambar pula kerana sibuk menyediakannya untuk dijadikan hidangan tengahari, kami bakar. Lazatnya dengan rasa segarnya lagi, tanpa bahan, tanpa garam, hanya masin laut jadi ramuannya. Bapa bukan Nelayan secara rasminya. Cuma hobinya serta kepuasan yang dia perolehi bila menangkap ikan (tembak ikan dan jala ikan, bukan bom ah) memungkinkan dia seharian di laut. Hasilnya bila sampai di meja makan dan kau ratah sendiri. Segar dan rasa laut. Teringat masa kecil dulu, Bapa selalu bawa tidur di laut dengan keluarga, macam berkhemah. Lauk ikan segar yang ditangkapnya juga bakar dan rebus untuk makan malam berbumbungkan langit.

Kenapa tajukku begitu? Sebaaaab (kerana) ikan segar yang di makan, beserta kena dengan cara masaknya, contoh Isnin Masak Kari, Selasa Masak Asam Pedas, Rabu Masak Kicap, Khamis Masak Taucu, Jumaat Masak Lemak, MasyaAllah!, buatnya aku tambah nasi dua tiga kali!. Aku langsung tidak dapat mengawal makanku. Sehinggalah aku tersedar bahawa bila aku melangkah aku membawa ‘beban’ tersebut yang menganggu pergerakanku yakni ‘Babat’. Benar aku tidak tipu. Alhamdulillah! Aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya kepada keluarga kami, cumanya aku tidak mempraktikkan ‘berhentilah sebelum kenyang’, malahan ‘tambahlah lagi untuk mengenyangkan ya Nang’. Asthaghfirullah.

Kini aku sedar dan kembali kepada pendirian untuk mengawal makanku. Aku cuba ya, aku cuba. Jika di Telipok aku kurang makan, apatah lagi makan malam. Sebab aku yang masak (kurang pasti kenapa begitu). Di kampung, mama yang masak. Syazwan yang kurang suka makan nasi pun memuji-muji masakan mamaku. Cuma badannya tidak naik-naik juga. Aku dalam usaha untuk ‘menggemukkan’ Syazwan dan ‘menkuruskan’ diriku sendiri. Si Syazharina tiada masalah sama Syazanna sebab diaorang tidak memilih makanan pun berbanding Syazwan.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang berlaku sebulan di Kampungku tercinta. Aku fikirkan keputusanku untuk berpindah adalah tepat (InsyaAllah buat masa ini), namun dengan izinNya juga, apa-apa yang terjadi, apa-apa yang Dia kehendaki tiadalah dalam pengetahuanku juga.  Semoga dipermudahkan segala urusanku, urusan kami sekeluarga oleh Allah SWT, Aminnn..

oklah, yang ini selalu pula kau jumpa di pasar kan? tapik yang besar tu? hehehe

kasut berjalan-jalan dijadikan kasut sukan, anduuu

pindiknya seluarmu nak!

Ini adalah bunga kalau tidak silaplah kan bunga ta** ayam. Betulkan?? kan?? kan??. Bunga dari zaman kanak-kanakku juga, balik dari sekolah petik dan hisap-hisap pangkalnya. Manis 🙂

Jannah pun macam itu juga petik-petik dan makan, tapi aku larang, takut bahaya pula…

Sekian

Kami.orang.kampungan…

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. nonny berkata:

    hehehe.babat happy baitu nang.. 🙂 lama nda nampak gambarJnJnJ ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s