Salam

Hai DSCK!

Ini adalah perkembangan rumah cendawan selama sebulan. Bukan aku yang mengerjakannya (tapi aku bilang dengan As akulah yang bertukang konon, hehee sorry As). Adikku yang buat dengan Abah Juan, tapi kalau ikut adikku yang paling banyak berpenat lelah. Dia tolong buka rak di rumah lama, pindahkan dan buat balik. Abah Juan penat jugalah pasang siling tapi dibantu oleh adikku juga. Ikut anggaran ukuran tiga rak dapat memuatkan 700 bongkah cendawan. Kami kira berdasarkan ukuran plastik bongkah yang belum berisi (rujukan dari dalam blog-blog pengusaha cendawan) 8cm x 35cm.

Status sekarang menunggu benih yang ditempah selama sebulan sampai. Tapi menurut KPD Kundasang jika ada pihak yang membatalkan tempahan, mereka akan menghubungi kami.

Kerja lain yang tinggal adalah memasang jaring hitam serta membersihkan rumah cendawan dengan dettol, membersihkan rumput-rumpai di sekelilingnya. Perkara yang merunsingkan adalah rumah cendawan yang baru ini dekat dengan jalan raya besar (KB-KUDAT). Bunyi dan asap kenderaan yang lalulalang dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan cendawan. Almaklumlah cendawan alah pada asap. Tapi belum cuba belum tahu kan?. Cuba dululah macamana nanti.

Sepatutnya aku lampirkan gambar sebelum dan selepas rumah cendawan tapi masalah pula dengan transfer gambar dari handphone separa cikai ini. Tidak mengapalah.

Itu sahaja mengkali.

Sekian

Kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s