Salam

Hai DSCK!

Sekali lagi hari ini aku menyempatkan diri membikin entri. Kalau diikutkan tidaklah sesibuk macam hari-hari biasa sebabnya aktiviti pencucian kain telah dibuat kemarin dan kerja-kerja rumah lainnya telah disiapkan seawal pagi (macam banar).

Aku tertarik juga dengan kelebihan Maxis di kampung ini ya. Bukanlah aku mahu berpaling tadah dari Digi. Nombor itu akan aku guna sampai bila-bila. Biarlah ada dua nombor. Macam orang kerja jugalah kononnya ada dua tiga nombor kan?. Hik Hik Hik. Maxis hanya akan digunakan untuk menyempurnakan keinginan bersosial di alam maya.

Eh, banyaknya sudah aku taip. Sebenarnya mahu cerita atau lebih tepatnya paparkan gambar-gambar hari keluarga hari itu untuk simpanan DSCK.

 

Tidaklah berkualiti gambar yang dipaparkan, sekadar ada untuk ingatan JnJnJ. Banyak lagi sebenarnya tapi tidak dapat diuploadkan semua. Gambar Mamanya tiada kerana sedang dalam proses mengurangkan gambar-gambar sendiri (ehem).

 

Fakta tentang HK HM (nama keluarga, arwah datuk Abah JnJnJ)

#Syazwan dapat tempat nombor tiga untuk hafalan Al-Fatihah 🙂

#Syazharina ikut acara rebut mainan untuk umur 4-5 tahun, tapi bila wisel dibunyikan dan orang ramai bersorak dia takut dan reverse balik menuju abahnya sambil menangis (andu).

#Syazwan ikut acara rebut mainan juga, berlari mendapatkan mainan, tapi kemudian pusing balik kepada Abahnya yang sepatutnya menghabiskan larian lurus ke depan (kurang faham arahan, hehehee)

#Tujuan asal Hari Keluarga ini diwujudkan adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan HM dan agar generasi yang terbaru seperti anak-anak kami saling mengenal antara satu sama lain. Rasanya objektif tersebut berjaya

#Hadiah sangat meriah, walau bagaimanapun hamper besar yang diidamkan tidak sampai ke tangan (hehehee, tahun depan ada lagi InsyaAllah)

#Masa Hari Keluarga, MamaJnJnJ diserang gastrik, , loya-loya, cirbir walaupun begitu dikuatkan semangat untuk kegembiraan anak-anak (yalah tu)

#Cuaca baik, Alhamdulillah, cuma cuaca agak terik dan kurang sesuai bagi bayi-bayi kecil. Termasuklah mengkali si Syazanna. Tapi dia tetap sporting dan kurang meragam

#Baju tema keluarga kami adalah berwarna merah (biasalah semua adik beradik AbahJnJnJ peminat tegar ManU)

#Tahun depan InsyaAllah, tuan rumah hari keluarga adalah keluarga kami, wow tidak sabar rasanya

 

Sekianlah, itu saja

 

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s