Salam

Hai DSCK!

Beberapa minggu yang lalu (rasanya), ada perbincangan dari hati ke hati antara aku dan bapa. Masa itu aku baru saja duduk di sofa ruang tamu dengan Syazharina dan Syazanna. Baru lepas mencuci dan menjemur kain. Baru mahu berehat.

Bapa : Aku lihat kau banyak masa lapang, menulislah.

Aku : Eh?

Bapa : Daripada kau duduk-duduk di situ (menonton tv), baik kau menulis, hantar di suratkhabar, Dewan Sastera atau Wadah.

Aku : Aaaa…

Bapa: Ada dibayar juga tu, kalau puisi RM50, Cerpen RM100 >, kalau tulisan/esai ilmiah/ kajian lagilah banyak kau dapat. Cuba kau kaji-kajilah, baca buku terutamanya tentang kritikan sastera begitu.

Aku :….. (senyum)

Bukanlah senyum sinis, tapi senyum segan (rasanya). Sebab kami jarang berbicara begini tahu. Bapa jenis yang tegas. Bukan tidak pandai berjenaka. Pandai, tapi sebab mungkin dari dulu karekter begitu, jadi kami sulit bawa dia bergurau senda.

Sambungnya lagi :

Bapa : Kalau kau tengok Jasni Matlani, Ramlie Awang Murshid (sekadar menyebut beberapa nama), sudah ada yang menjadikan penulisan sebagai sumber pendapatan. Boleh hidup (senang). Contoh macam Ramlie, anak kelahiran Sabah itu, asal saja terbit bukunya, orang tidak tengok tajuk sudah, orang tengok namanya saja terus beli.

Aku: Ooooo (mengecil)

Bapa: Kalau kau belum ada nama (nama pena), kau pakai sajalah nama pena aku  Suhana Binti Siba Nita As (Senyummmmmmm panjang dia)

Aku: (Senyum simpul sajaaaaa)

Isunya di sini : Bila kau menulis untuk dibayar adalah berbeza dengan kau menulis untuk kepuasan diri atau kerana kau cintakan dunia penulisan.  Kalau tidak silap ada kritikan sastera mengenai isu yang pernah aku baca dalam Dewan Sastera (tahunnya tidak ingat). Aku akui minat aku membaca dan menulis (sajak khususnya) datang daripada buku-buku bapa yang dia beli. Sebab dia antara salah seorang daripada penulis sastera Sabah satu ketika dulu walau kurang dikenali umum, tapi mesra dengan penulis yang seangkatan dengannya. Kini dia kurang aktif, atau tidak ada lagi hasil karya terbaru. Tugasnya sebagai imam serta komitmen lain (contoh ternakan kambing dan lembu) tidak memungkinkannya duduk berkelana mencari ilham bersajak, bercerpen.

Aku sebagai anaknya, satu ketika dulu berhajat untuk menyambung cita-citanya bukan sebab bapaku adalah salah seorang pengkarya dan aku tumpang nama, tapi sebab MINATku yang mendalam dalam dunia Sastera. Kalau boleh sehingga dapat menghasilkan satu atau dua antologi sajak. Tapi, bagiku semuanya sudah mustahil bila aku sudah berkeluarga kini. Komitmen dan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak juga tidak memungkinkan aku duduk berkelana mencari ilham bersajak.

Ohya, sebab BURUNGBIRU, MUKABUKU dan DSCK juga salah satu sebabnya ya :).

Cheh alasan betul.

Sebenarnya ini alasan utamaku : mahu membaca satu persatu buku dari Rak Buku Bapa ini dan mendalaminya, terutamanya rak pertama sebelah kiri paling atas…. InsyaAllah….

Sekian

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. aima berkata:

    ya lah nang..bapaku dl pun ms zaman universiti ja..antar2 di newsaper majalah..baru dl setiap gmbr ada puisi kihkih sekarang tumpul sudah sbb kerjaya sudah tukar kali..

  2. Rinah berkata:

    pertimbangkan saja. nda juga sia-sia bakat penulismu kak. hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s