Salam

Hai Blog!

Tajuk di atas menggambarkan keadaan aku sekarang ini. Sebenarnya aku mahu kemaskini blog secara maksima, tidak kisah ada ‘isi’ atau tidak, asalkan bertambah entri ini untuk bulan ini (adakah?). Sebenarnya juga kami berada di rumah adikku di dekat Jawi-jawi sini ada Streamyx, jadi mengambil peluang dalam kekucar-kaciran untuk berbelog. Kucar-kacir yang aku maksudkan sekarang ialah, JnJnJ campur lagi anak saudara aku 3 orang jadilah taska tidak rasmi rumah dorang  untuk hari ini. Aku bawa Jajang ke klinik Jawi-jawi tadi sebab pipi dekat telinganya bengkak. Rupanya kata MA ada jangkitan kuman sebab batuk dan selesmanya sampai ke situ. Selepas ambil ubat kami ke sini dan tunggu Mama balik dari kerja jam 5 untuk singgahkan kami. Kucar-kacir sebab ributnya sekarang ini macam dalam taska sebenar dan aku masih aku pitam-pitaman memikir untuk menaip apa yang sepatutnya ditaip hahahaa. Kucar-kacir yang aku maksudkan di sini ialah apabila mereka ini (anak dan anak-anak saudara mahu kencing, berak, main air, mahu tengok youtube dan apa-apalagilah) dan mataku juga sekejap ke Twitter, sekejap ke Facebook, sekejap ke DSCK. Migrain Betty!

Sebenarnya banyak mahu dikemaskini, tentang Syazanna khususnya. Tapi tidak mengapalah aku gabungkan sahaja di sini. Sekarang sudah ada 9 giginya, paling baru gigi taring yang keluar satu sebelah kiri atas. Tadi beratnya mahu ditimbang di klinik tapi dia pergi duduk pula mesin penimbang (dewasa, yang kanak-kanak/bayi tiada di sediakan di luar), dia ingatkan itu basikal :P. Aku rasa tidak banyak pertambahan beratnya, sebab dia kurang makan bubur atau nasi sekarang ini. Sangat merisaukan juga. Aku tidak tahu apa lagi makanan yang memenuhi seleranya sekarang ini. Sepatutnya 4 Jun berklinik di KKIA Payas-payas tapi AbahJnJnJ ada kursus pula Isnin sampai Rabu tidak dapat ambil cuti, tidak mahu menyusahkan Mama minta hantarkan ke sana sebab dia kerja juga. Perkembangan lain macam biasa juga, banyak tapi mustahil aku ceritakan di sini sekarang karena kekucar-kaciran ini T____T.

Cendawan?

Masih menunggu. Penat sudah menunggu, masih belum ada jawapan. Menurut Mamaku yang mana ada bekas rakan sekerjanya yang bertanam cendawan juga, kami harus melawat ke sana, site visit di Kundasang barulah dorang bisa melihat kesungguhan kami mengusahakan cendawan. Tapi dengan kesibukan AbahJnJnJ sekarang, mana mungkin kami dapat ke sana. Jadi menunggu dan menunggu lagilah nampaknya.

Syazwan?

Tengah cuti sekarang, jadi berhabislah dia main game hampir 12 jam. Di pertengahan minggu lepas sahaja barulah aku disiplinkan untuk peruntuk masa selama 1 jam belajar. Sejam sahajalah. Risau aku bila fikir kata-kata kakakku kalau tidak pandai membaca lagi budak tahun 1, kena masuk kelas pemulihan. Erkkk!. Syazwan? Nah kau fikirlah macamana Betty.

Syazharina?

Tidak mahu sekolah. Sudah puasku paksa. Alasannya selagi Mama (akulah tu), tidak kerja, dan si adek (Jannah) tidak pergi sekolah, maka dia pun tidak mahu ke sekolah. Jadi aku kena kerja juga (terus berfikir-fikir dan ketawa berhabis akan alasan dia ni)

Itu sahajalah. Aku bukan jenis orang yang mengarang draf dulu entri (telah cuba tapi tidak berjaya). Kalau jenis orang begitu mesti sekarang sudah ada tiga empat entri terhasil. Isk… RUGInyalah begini…

Sehingga ketemu lagi DSCK, babai

Sekian,

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. BibiErr berkata:

    Lama nya si Anang mendiamkan diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s