Salam

 

Hai DSCK!

 

Salam Ramadan 🙂

Alhamdulillah selepas kerja ‘ketibaan’ bongkah separa matang cendawan ke bangsal, tidak banyak masalah yang timbul. Kecuali ada dua benih yang terpaksa dikorbankan disebabkan kehadiran bendasing yang aku sendiri kurang pasti apa dia. Namun naluriku menyatakan itu adalah kulat hijau yang ditakuti pengusaha-pengusaha cendawan (menurut pembacaanku), selain kulat oren dan kulat hitam yang selalu menyerang benih cendawan. Setakat ini tidak ada masalah serangga-serangga, tikus, lipas atau yang seangkatan dengannya. Pada hematku mungkin di sebabkan bangsal ini bersimen dan bersuhu panas.

Itu sahajalah masalahnya, panas. Maka aktiviti penyiraman bangsal cendawan terpaksa ditingkatkan sehingga 5-6 kali sehari di dinding dan lantai. Jika rajin sedikit dan bertenaga, dengan atap-atap zink itu juga aku siram ya Betty. Beli tempayan bertutup agar tidak payah menghidupkan air beberapa kali. Jauh juga jaraknya, adalah berpeluh ketiak dan panas meyinggah muka. Sebab belum jumpa topi ‘petani’ yang sesuai, aku relalah mukaku dipanahi panas mentari.  Dengan dua baldi dan satu tempayan dapatlah memudahkan sedikit kerja aku. Bukan apa, susah juga mahu tinggalkan si Jannah dan Jajang di rumah. Kadang-kadang saja aku bawa diaorang, sebelah pagi kala matahari belum berapa berbahang, atau waktu petang bila matahari kurang panasnya. Sekurang-kurangnya tidak jugalah diaorang terperap di rumah. Tapi bila dibawa, adalah juga tangan-tangan cilik yang gatal membuka kapas penutup bongkah, geram haiii, hahahaaaa.

Buat masa ini aku lihat hampir keseluruhan bongkah sudah hamper memutih. Putih yang menutup kecoklatan habuk, rasanya bukan maisilum lagi, dan kandungan cecair seakan minyak juga keluar. Ada sebulan lebih lagi untuk aku tunggu hasilnya, InsyaAllah. Doakan ya 🙂

Pembekal bongkah di Ranau

Bendasing kulat.

Itu saja.

kami.orang.kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s