Salam

Hai DSCK!

Pagi tadi dikhabarkan oleh kakakku yang balik kampung, bahawa ada satu bongkah yang cendawannya sudah keluar. Kabak-kabak terus aku sepanjang pagi (sampai sekarang pun)

Bagi pengusaha cendawan, saat-saat yang paling bermakna adalah apabila cendawan mula keluar. Begitu juga aku. Tapi sekarang aku tidak berada dekat dengannya. Aku jauh, jadi perasaan agak terkilan. Kalau dapat tengok pun mungkin cendawan tersebut telah kembang dan berombak. Kesempatan yang ada ini aku ambil untuk kemaskini, simpankan gambarnya di DSCK.

Ini adalah salah satu contoh cendawan yang kami panggil ‘terlebih advance’ sebab keluar sebelum masanya. Sebelum ini aku ada baca tentang ini, tapi tidak ingat apa puncanya. Beberapa bulan di kampung telah menjadikan aku semakin pelupa. Memanglah kalau benda itu kita jarang-jarang baca, jarang-jarang tengok. Aku akui, aku sangat sibuk dari pagi subuh sampai budak-budak ini tidur, aku gagal merancang masa dan memanfaatkan walau sedikit masa untuk melayari internet walaupun menggunakan telefon bimbit.

Tapi tidak mengapa, perasaan teruja ini hendaknya berkekalan hingga ke esok saat aku menatapnya, membelainya, mencabutnya dari  beg (sayang tahu!!), InsyaAllah, tunggu kedatangan kami esok ya cintabaruku.

*UPDATE: Pagi tadi aku mmskan gambar cendawan itu kepada supplier, Saudara Maslin. Baru sekejap ini dia telefon tanya keadaan bongkah sudah macamana, adakah berwarna putih dan kembung, aku kata ia. Dia terus jawab, nah dialah itu boleh buka sudah kapas steril dan siram kerap sebab keadaan cendawan yang menggerutu tepinya itu menandakan cuaca panas. Aku siram 5 kali sehari tauuu…. Jadi fikiran aku tidak keruan sudah. Mana lagi menyiapkan tempahan popia simpul dan popia bersira pada esok hari untuk dibawa AbahJnJnJ ke KK. Naaaananananananaa

Sekian

p/s berhabis mengupdate….

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s