Salam

 

Hai DSCK!

Sudah terbitkan entri ini tadi subuh, bila tengok balik, rupanya terlupa intro :P.

 

Syazwan

Si Juan ini selalu saja ada alasan tidak mahu ke sekolah, aku tahu dia ingat mahu main saja di rumah, malas mahu bangun pagi-pagi. Sakit badanlah, sakit selesmalah, sakit perutlah. Macam alasan dulu-dulu juga. Bermain game sudah kurang. Yang bertambah pula main gusti dengan si Jajang. Main pedang-pedang yang katanya main ‘ultraman’. Perkembangan 3M budak ini sangat merisaukan aku. Habis sudah caraku untuk menarik perhatiannya untuk belajar di rumah. Membaca belum berapa pandai, menulis apalagi, tapi mengira ada pandai sedikit.  Pandai macam itu jugalah, mengira sampai 100, tambah atau tolak sedikit-sedikit. Berbanding dengan membaca atau menulis, dia berkebolehan mengira. Ada juga aku terfikir dia ini macam si Ishaan yang disleksia (Taare Zamen Par….wuwuwuwuuuu, sedih betul filem itu kan…) sebab ada tanda-tanda macam menulis abjad terbalik dan perkembangan pembelajarannya lambat.

Ada satu masalah bila di kampung, masalah kucing. Seingat aku Juan dulu-dulu ada keraplah juga sakit selesma dan batuk masa dia di taska (masa aku kerja). Jadi bila dia membesar, aku rasa dia alahan dengan bulu kucing. Di tambah lagi dengan kehadiran  anak-anak kucing yang baru lahir sebanyak 4 ekor, JnJnJ berkerjasama bermain kucing-kucing termasuk dengan mama dan pakcik-makcik kucing yang seramai  5, bikin aku turut sesak nafas. Jadi bila terkena bulu kucing, si Juan ini susah tidur malam. Kena guna bantal sampai 3-4 dan tingi-tinggi barulah dia dapat tidur. Aku tidak tahulah kalau ini berkait dengan keturunan atau bukan, tapi AbahJnJnJ juga punya sejarah serangan asma. Bukan masa dia kecil tapi masa dia remaja sampai ditahan di hospital. Tapi Alhamdulillah sekarang sudah tidak ada lagi.

Jadi di kesempatan yang ada (turun KK), ingat mahu bawa Syazwan jumpa doctor. Kalau bolehlah juga doctor pakar. InsyaAllah.

UPDATE! : Jadi tadi berjumpa dengan Doktor G, di Karamunsing, Juan disahkan ada ‘sedikit ampus’ (lagi). Diberinya ubat Inhaler macam dulu aku pernah blogkan juga tapi kurang ingat namanya, tadi juga masa mengambil ubat itu kurang perhatikan namanya (apakah yang membuatku jadi pelupa sebegini?). Tapi kalau tidak silaplah (kes malas rujuk entri lama, google, atau menjenguk plastik ubat di atas meja sana), Seretide Evohaler …something begitu. Andu bah kan si Juan….., 2 kali sehari, 2 kali picit begitu arahan obatnya pesan Doktor G.

(update: selepas bertanyakan abah juan, di mana obat itu rupanya masih dalam kereta, adeh)

Syazharina

Ya Allah, ya Allah, kalau bercerita pasal budak ini dengan keaktifannya yang tanpa henti kecuali tidur, atau ke tandas, sedangkan makan pun dia boleh menari-nari (bikin aku sesak nafas juga) tidak akan habis di sini. Kalau tidak salah dulu-dulu bila bercerita pasal Jajang, aku ada beritahu pasal dia ini suka bergimnastik. Lentik betul badannya, ya Allah. Kalau orang yang belum pernah lihat dia terbalik-balik di tilam akan sakit dada. Percayalah kamurang. Kalau dia mengengkek (berdiri dengan tumitnya) betul-betul macam menari menari balley (hahahhaaha). Di samping itu, disebabkan kebosanannya di rumah bertemankan si Jannah (yang memilih orang juga, kadang rimas betul dia dengan Jajang sampai menangis bila Jajang mahu bermanja) jadi bila abangnya dating dia akan jadi super aktif. Ya Allah, ya Allah, sesak dadaku bertambah. Bergasak, bergusti dengan Juan tidak ingat dunia, dia akan kacau-kacau Juan sampai Juan mahu main dengan dia, kadang-kadang kena juga oleh abangnya sebab mengacau orang yang tiada mood mahu bermain. Sempena bulan puasa ini, tambah kering lidah aku pergi marah dua orang ini….

Aku faham akan kesunyiannya, yalah kan mamanya ini mana dapat dibawa bermain, asal saja aku manja-manja dengan dia, si Jannah ini pandai cemburu. Aku ada niat untuk sekolahkan dia, tapi dia pula yang tidak mahu. Katanya ‘ kalau mama pergi kerja dan adik Jannah pergi sekolah, barulah Jajang pergi sekolah’. Errkkk….

Bilalah masanya aku pergi kerja lagi kan, kecuali cendawan-cendawan itulah yang merangkap ‘cintabaruku’.

Ohya, ohya ada lagi ni Jajang, dia suka betul pakai kasut bertumit. Aku bukan apa aku faham benar dia sudah ingin memenuhi naluri ke’ladies’annya itu, asal nampak rantai mahu, asal nampak cincin di majalah, mahu juga, asal nampak kasut tumit juga dia mahu sedangkan yang dia pakai itu elok lagi. Ya aku tidak berapa setuju sebab dia apa orang bilang semberono? cuai? ish ada bah satu lagi perkataan ni yang menggambarkan keadaan/sifat/kelakuan/ seseorang yang selalu lalai-lalai ni hingga jalan pun sedikit terjatuh (itu kalau pun dia pakai kasut yang flat pun jatuh juga, apalagi kalau pakai kasut tumit kan?) aku pun lupa apakah itu kata yang paling sesuai. Kalau dalam english pun macam di hujung-hujung otakku sudah, mahu keluar di lidah sudah tapi tidak juga terkeluar sebab lupa. Ah nantilah…

itu, itu kasut tumit angry bird yak ampun, abahnya lagi belikan (astaga)

Syazanna

Bulan Ogos ini, dia berumur  satu tahun 5 bulan. Masih menyusu badan, J. Alhamdulillah. Di peghujung bulan Jun lalu, dia mengalami demam, yang kukira campak tapi tiada pengesahan dari pihak hospital atau klinik. Bukanlah juga aku memandai-mandai kan, tapi berdasarkan dua J sebelum ini tanda-tanda bintik begitu tidak lain daripada campak (rasanyalah). Aku siap dimarahi oleh jururawat di sana, bukan marahlah tapi nada suaranya bertanyakan padaku ‘macamana kau tahu itu demam campak, sudah ada pengesahan dari dokterkah??’ itu tinggi dari perbualan biasa. Aku kira dia belum ada anak. Tapi aku tidak boleh juga nilai orang sebegitu kan, nampak slim dan muda walhal sudah beranak 3 atau mungkin juga sebab dia jururawat (khas ibu dan anak) jadi dia lebih tahu (yakali). Selain campak, perutnya kembung, kurang selera makan, ciritbirit dan tumbuh gigi juga. Jadi berat badannya berkurangan dari 6.9 turun ke 6.7 selama seminggu. Ditambah lagi dengan batuk, selesma yang berterusan (sebab bulu kucing juga), memang tiada lagi ke’chubby’annya masa itu. Aku angkat pun rasa ringan. Nurse di Klinik Ibu dan Anak menyarankan agar aku membawanya lagi selang dua minggu ke sana, dan diberi nasihat tentang menangani bayi yang kembung perut. Dukacitanya aku tidak dapat berkongsi, sebab aku lupa tiap butir katanya. Kasihan betul mamajuan ini jadi tersangat pelupa orangnya sejak berpisah dengan DSCK hehehee.Tapi,  Alhamdulillah selepas dua minggu ada perubahan dari segi selera makannya yang sudah bertambah. Berat badannya naik kembali, sampai 6.9 dan baru-baru ini berklinik bulan 7, sudah naik ke 7.3.

Tentang Syazanna 1 Tahun 5 Bulan

Sudah pandai sebut namanya, seakan namanyalah, Nur Syazanna, disebutnya Jajana 😀

Pandai nyanyi InsyaAllah disebutnya ‘saalaaaa’

Pandai sebut Ba, Ta, Sa. Kenal huruf Ba Ta Sa. Bila aku sebut Alif, dia akan sambung terus Ba, Ta, Sa, lepas itu sambung lagi pulak Ba Ba Ba Ba.

Asal nampak perkataan di buku, akan berlagak seolah-olah membaca, Ba Ba Ba Ba sebutnya…

Meniru solat di sejadahku, sujud J

Sangat takut kambing, kambing bapakku sangat mesra ya, pantang lihat pintu gril rumah terbuka mereka anak beranak akan menyerbu masuk, sampai si Jannah trauma lihat kambing di padang saja sudah teriak kuat-kuat dan berlari ke arahku. Sama kes juga dengan lembu bapak, tapi lembu bapak ada malu-malu sikit mahu masuk rumah tanpa izin, heheheheheee..

Suka makan sayur nangka, bayam dan taugeh (yang disangkakan Mee)

Suka buah betik dan pisang (sangat suka)

Bila tunjuk atau mahu sesuatu, tahu dia akan buat tunjuk jari telunjuk tapi bersilang dengan jari hantu pula, boleh bayangkankah? Hehehee

Kalau mahu sesuatu tidak akan berhenti merengek sampai kemahuannya dituruti (bikin mamajuan sesak nafas sikit-sikit)

Itu saja yang sempat ‘diingati’ olehku.

mygendut.com

Catatan ini kukira terlalu panjang tapi tidak mengapa. Tujuannya satu hari insyaAllah JnJnJ akan membacanya, dan jika ada masa satu hari nanti diizinkanNya, aku akan edit, delete mana-mana entri, perkataan yang mungkin bisa menyakiti hati mereka, yang mungkin buat mereka malu dengan keletah semasa kecil mereka (mungkinlah banyak) atau privatekan saja terus untuk tatapan JnJnJ tersayang (errrkkkk??)

Ini garapan terakhir:

(MamaJnJnJ pula)

Aku? Ramadhan ini hanya mampu mengerjakan ibadah puasa selama 8 hari dan aku berharap masih sempat menghabiskannya selepas ‘cuti wanita 7 atau 8 hari’ ini berakhir, InsyaAllah.

Puasa hari pertama sehingga hari kelima berjalan dengan jayanya, sehinggalah masuk hari ke 6 terpaksa berbuka, terdapat komplenan daripada TuanPuteri Jannah tentang kuantiti ASI yang ada padaku tidak memuaskan hatinya. Merengek sahaja dia macam tidak puas hati. Sikapnya itu merisaukan aku, mengurangkan takat positif dalam diri bahawa ASIku sentiasa ada dan mencukupi serta mengenyangkannya. Aku mulai panik dan berbuka. Bila berbuka tidak pula mengisi perut hanya air sahaja. Jadi sebelah petang sebelum sungkai, otot perut sebelah atas memulas, mengejang maka tragedi di bulan Ramadan tahun lepas bermula bila mana senarai sakitku ditambah dengan nama Gastritis (pulak). Mujurlah, syukurlah mamaku sudah ada ada di rumah balik awal, kalau tidak, tidak tahulah keadaan JnJnJ macamana kerana aku sudah tidak berdaya untuk bergerak, untuk duduk juga tidak mampu apalagi memenuhi kehendak Jannah yang mahu menyusu. Aku mengeras di tilam selama sejam lebih walaupun sudah menelan 2 biji pil Magnesium.

 

Lepas minum ubat dan tertidur sebentar (tiada lain dapat aku buat selain cuba tidur untuk melupakan kesakitan), aku bangun dan kembali mengurus JnJnJ. Masa itu sudah habis bersungkai, tapi datang balik. Aku berlari ke bilik sebelum otot perut mengejang kembali. Kerana jika itu terjadi maka merangkaklah aku ke bilik. Tidur dan terbangun dengan kepulangan AbahJnJnJ. Begitulah ia terjadi. Hari-hari selepasnya aku tidak berani, tidak ada kekuatan untuk mencuba berpuasa sehinggalah 2 hari sebelum ini (Jumaat). Saat menunggu waktu berbuka (di GB dengan keluarga J), masa itulah juga ‘cuti wanita 7 atau 8 hari bermula) Alang-alang juga begitu, tapi tidak mengapalah untuk kes seperti aku :)-

rujuk ini Zaharuddin.net

Alhamdulillah ya Allah!

Itu saja DSCK, andai berkesempatan dan diizinkan olehNya, aku akan mengemaskini DSCK nanti, InsyaAllah.

Salam AIDILFITRI, dengan rasa rendah diri, maaf dipinta jika selama ini aku pernah mengguris perasaan, menghadirkan rasa kejengkelan, menulis entri atau perkataan yang menganggu pandangan mata dan jiwa kamurang semua, semoga amalan dan ibadah kita pada bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT, Amiinnn….

Sekian

kami.orang.kampungan

p/s jemputlah datang ke rumah ibu bapaku di kampung Kagu tercinta :), kalau mahu memborong cendawan, silalah bawa plastik sendiri karna caj plastik saja 20 sen ya

dan

selamat mencari malam yang lebih baik daripada seribu bulan :), sama-samalah kita

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s