Salam

Hai DSCK

Bersiaran dari rumah adikku nih. Keyboardnya keras, jadi kalau mana-mana ejaan yang typo itu harap diabaikan sajalah. Lagipun mahu cepat. Sedang menunggu mama dari kerja. Tadi menyimbat ikut dengan adik beli barang untuk menghias meja sambutan hari lahir anak sulung aku besok, InysaAllah. Kejaplah, nanti aku cerita pasal ini:

Aidilfitri

Aidilfitri tahun ini giliran di kampung Kagu. Sederhana, kurang meriah sebab kakak dan keluarga beraya di Sandakan bersama mertuanya. Kurang meriah sebab tiada Tart Nenas dan Cerelec buatannya hikhikhik. Di samping itu kalau mahu beraya punkena cepat-cepat balik rumah, fikiran hanya ada pada cendawanku. Maklumlah masa awal raya haritu cuaca agak panas, kena siram balik-balik untuk meneutralkan suhu (neutrallah sangat). Waktu beraya rumah mertua pun terpaksa balik awal sebab cendawan juga, kasihan mertua tidak puas. Apa boleh buat, ini ‘kerjaya’ baruku, dorang pun faham juga. Tapi apa-apapun tujuan utama Aidilfitri adalah untuk meraikan kemenangan umat Islam kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa dan lain-lain amal di bulan Ramadan .Cumanya sedikit ralat sebab banyak hari tidak dapat berpuasa. Nanti ada masa aku ceritakanlah. Eh sudah cerita sebelum ini pun.

Cendawan

Alhamdulillah, setakat ini cendawan berjaya dijual, tdak jugalah sampai kering-kerng dalam peti sejuk. Dan untuk memastikan kesegarannya, kami telah membeli chiller jenama Akira takut tidak dapat menampung isi peti sejuk Mamaku.Masih ada beg / bongkah yang belum dibuka, sebab kata kawan Kakakku yang mengusahakan cendawan juga jangan buka dulu nanti dia keluar banyak. Memang pun, kalau keluar banyak nanti tidak muat, masing-masing pun berasak-asak keluar, nanti yang terjepit mati atau tidak cantik. Setakat ini banyak cendawan telah tewas sebab panas (mungkul, anak cendawan baru tidak membesar/mati) sebab asap tekananlah sebab jiran sebelah yang berumah baru membakar semak dekat dengan rumah cendawan), KUMBANG HITAM juga semakin berleluasa terpaksa tangkap seekor-ekor dan lekatkan pada pelekat lalat dengan KERAP, kehadiran Cik Lee Fhas juga di kesan, terpaksa guna ubat Lee Fhas. Kelmarin saja hampir 500gram cendawanku berbentuk keriting, tidak cantik,tidak sesuai untuk dijual, kecewa jugalah tapi setiap usaha yang dilakukan mesti  bertemu dengan cabaran kan, diuji bermacam tantangan  dan jalan yang akan dilalui mesti berliku bukan sepanjang jalan sentiasa lurus kan?. Ecewah! Tapi setidak-tidaknya aku berdepan juga dengan masalah sebegini dan memikirkan jalan untuk menanganinya apalagi jika inilah yang aku jadikan pendapatan (eh), untuk melangsaikan apa yang patut dilangsaikan, contohnya ptptptptpt kan?. Sama-sama kita berdoa ya, peminat DSCK? Amiinn kalau masih adalah ….

Besday

Esok malam, InsyaAllah Birthday Syazwan akan diadakan awal serentak dengan kakak sepupu(anak adikku) dan adik sepupunya (anak kakakku) yang sepatutnya 04.09.2012. Aku kira mahu buat hiasan-hiasan siki macam Jannah haritu tidaklah meriah sangat sebab bajet ketat searang ini (40hari lebih ya sebelum GAJI), sekadar hiasan warni-warni sedikit untuk membangkitkan semangat budak-budak ini. Acara potong kek juga disekalikan dengan kenduri kesyukuran adik bongsu lelaki sambung belajar (pembantu setia rojek cendawan). Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Amiin…

Itu sajalah, gambar tiada boss, komputer urang ni hehehee

Maaf Zahir Batin ya semua, I Love You Full!

Ikhlas

MAMAJNJNJ @ ANANGMUSNEE @ ANANGSUE

Kami.Orang.Kampungan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. BibiErr Karim berkata:

    Selamat Hari Raya, Nang! Wah berbisnes cendawan sangat best. Insya Allah, semua yang diusaha dengan niat baik pasti Allah tolong. All the best for u ya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s